Isnin, Julai 18, 2011

Tentatif Uzlah Tazkiyah API 2011




TENTATIF UZLAH TAZKIYAH API 2011


5 OGOS 2011 (JUMAAT)


9.30 pagi : Bertolak

1.00 tengahari : Sampai di tempat penginapan dan Solat Zohor/Solat Jumaat

2.00 petang : Rehat dan urus diri

3.30 petang : Taaruf dan taklimat program

4.45 petang : Solat Asar dan persiapan ifthar

7.30 malam : Ifthar dan Solat Maghrib

8.30 malam : Solat Isya’ dan Tarawikh

10.00 malam : Rehat 6 Ogos 2011 (Sabtu)


6 OGOS 2011 (SABTU)


4.30 pagi : Qiyamullail dan persiapan sahur

5.00 pagi : Sahur dan Solat Subuh

6.30 pagi : Slot 1: Kuliah Subuh
Bab 1: Adab Guru & Murid

8.00 pagi : Riadhah

9.00 pagi : Slot 2: LDK
Bab 2: Induk Sarana Tazkiyah.
Fasa 1-fasa 8: Dari Solat Hingga Mengingati Mati.

10.30 pagi : Solat Dhuha

11.00 pagi : Slot 3: Kuliah Umum
Bab 2: Induk Sarana Tazkiyah.
Fasa 9: Muraqabah, Muhasabah, Mujahadah & Mu’aqabah.
Fasa 12: Mengetahui Pintu-pintu Masuk Syaitan Ke Dalam Jiwa Dan
Menutup Jalannya.

12.45 tengahari : Persiapan Zohor dan Solat Zohor

2.00 petang : Slot 4: Kuliah Umum
Bab 3: Hakikat Kesucian Jiwa.
Fasa 1: 12 Aspek Penyucian Jiwa.

3.30 petang : Slot 5: LDK
Berakhlak Dengan Asma’ Al-Husna.

3.45 petang : Slot 6: Kuliah Umum
Bab 3: Hakikat Kesucian Jiwa.
Fasa 2 & 3: Tahaqquq & Takhalluq.

4.45 petang : Solat Asar dan persiapan ifthar dan urus diri.

7.30 malam : Ifthar jam’ie dan Solat Maghrib.

8.30 malam : Solat Isya’ dan Tarawikh.

9.30 malam : Slot 7: Kuliah Umum
Bab 4: Buah Tazkiyah.
Fasa 1: Mengendalikan Lidah: 20 Penyakit Lidah Yang Mengundang
Kehancuran Besar.


7 OGOS 2011 (AHAD)


4.30 pagi : Qiyamullail dan persiapan sahur.

5.00 pagi : Sahur dan Solat Subuh.

8.00 pagi : Riadhah

6.30 pagi : Kuliah Subuh @ sambungan/pembentangan LDK “Berakhlak Dengan Asma’
Al-Husna.

9.00 pagi : Slot 8: Kuliah Umum
Bab 4: Buah Tazkiyah.
Fasa 2: Adab Berbagai Hubungan: Perihal Adab Dalam Muamalah.

10.30 pagi : Solat Dhuha

11.00 pagi : Slot 9: LDk
Daripada Faham Kepada Amal: Kearah Aktivis Cekap & Berakhlak.

12.45 tengahari : Persiapan Zohor dan Solat Zohor

2.00 petang : Riadah “Jelajah Gua Kelam” (bagi yang mampu dan mahu)

5.00 petang : Lambaian Ukhuwah


Modul Uzlah Tazkiyah pada kali ini adalah berdasarkan buku "mensucikan Jiwa: Kaedah Tazkiyatun Nafs Bersepadu" yang ditaskhih dan disusun semula oleh Sa'id Hawwa.

MEMBELI SAMBIL BERAMAL...('',)

Sahabat-sahabat digalakkan untuk mendapatkannya sebagai rujukan. Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan buku ini boleh membuat tempahan awal kepada pihak kami. Harga RM 50 sebuah (termasuk infak untuk Tabung Dana Untuk Ummah).

Sebarang pertanyaan, pendaftaran dan tempahan buku sila hubungi 019-5236057).

Sabtu, Julai 09, 2011

Tazkiyah Al-Nafs Kunci Hidup Mukmin...



“Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (perilaku) kejahatan dan ketakwaannya. Sungguh beruntung orang yang menyucikannya, dan sungguh merugi orang yang mengotorinya.”
(Surah Asy-Syams: 7-10)

UZLAH TAZKIYAH

Anjuran Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API)

Tarikh: 5-7 Ogos 2011

Tempat: Gua Kelam, Perlis.

Tema: "Tazkiyah Al-Nafs Kunci Hidup Mukmin"

Mengupas
-pengertian, prinsip dan penghayatan tazkiyah al-nafs dalam kehidupan mukmin
-dua dimensi tazkiyah al-nafs: takhalli dan tahalli
-metodologi: muhasabah, mujahadah, muraqabah...
-apa itu ummahatul akhlaq dan bagaimana memilikinya?

Semuanya akan terjawab di sini...ahlan2...('',)

*Tempat adalah terhad dan keutamaan diberi kepada penyertaan awal.

Untuk pertanyaan dan pendaftaran sila hubungi 019-5236057.

Jumaat, Julai 08, 2011

Jom2..Usrah Murobbi Fasa 2...



AYUH SAHABAT2..JOM2...

Usrah Murobbi Fasa 2

Anjuran Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API)


Perbincangan Buku Risalah Untuk Kaum Muslimin

Karya: Syed Naquib al-attas)

Oleh Sdr Nizam Mahshar

Tarikh: 12 Julai 2011 (Selasa)

Masa: 8.30 mlm

Tempat: Serambi Dakwah, Taman Bagan Lalang, Butterworth.

Sebarang pertanyaan sila hubungi 019-5236057.

Selasa, Julai 05, 2011

Ya Allah...aku hambaMu yang penuh dosa....



Ya Allah..
Kotornya hati ini hanya Engkau yang tahu...
Andai...
Andai saja manusia melihat hati ini...
Pasti mereka merasa jelak...
Benar kataMu...
Maksiat itu membuat dada terasa sesak dan sempit...
Namun aku yakin pada janjiMu...
Aku yakin pada asma'Mu...
Biar dosa menggunung tinggi...
Namun rahmat dan keampunanMu melangit luas...

"Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya, dan sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Az-Zumar: 53)

Ya Allah...
Jadikanlah aku daripada kalangan hambaMu yang sentiasa bertaubat kepadaMu...
Jadikan titisan air mataku hanya untukMu..
Air mata taubat...yang bisa memadamkan api nerakaMu...

-------------------------------------------------------------------------------------

Setiap manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan. Kerana sesungguhnya itulah tanda kekuasaan Allah. Yang sempurna itu hanyalah Allah. Namun, sebaik-baik manusia ialah apabila ia melakukan kesalahan, ia segera bertaubat kepadaNya dengan sebenar-benar taubat (taubat nasuha).

JOM BERAMAI-RAMAI KE PROGRAM BEDAH BUKU

Anjuran Angkatan Pemuda-Pemudi Islam (API)

Tarikh: 6 Julai 2011 (Rabu)
Tempat: Serambi Dakwah, Bagan Lalang,Butterworth

Tajuk buku: "Titisan Air Mata Keinsafan-Taubat: Amalan & Penghayatannya"
Karya: Muhammad Isa Selamat
Oleh: Sdri Azila


Sebarang pertanyaan sila hubungi 019-5236057.