Jumaat, Ogos 10, 2012

Kita Fokus Kepada Masalah Sebenar







Perjumpaan NGO Islam Pertubuhan Aktivis Pengupayaan Insan (API), Pertubuhan 

Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS MALAYSIA) dengan YDP MAINPP Datuk 

Mohd Salleh Man mengenai isu kristianisasi Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang. 

Perjumpaan ini diadakan di Pejabat Agama Daerah Butterworth.


Lain-lain pegawai yang hadir ialah Pengarah JAIPP, KPP Bahagian Dakwah JAIPP, 

Unit  Penguatkuasa JAIPP, Media TV Al-Hijrah. NGO Islam yang lain turut hadir IKRAM 

dan ISMA. IPSI turut memberi sokongan menerusi telefon walaupun tidak dapat 

hadir.Salah faham isu kristianisai melalui media dapat dijelaskan secara 

bersemuka dengan pihak berkuasa agama MAINPP dan JAIPP. 



Peringkat awal perbincangan berlaku sedikit perselisihan faham antara fungsi NGO 

dan agensi kerajaan dan agama. Akhirnya perjumpaan tersebut dapat ditemui titik 

pertemuan dan bentuk kerjasama yang akan diselaraskan NGO Islam dengan pihak 

MAINPP dan JAIPP. Apa yang dipersetujui dan diputuskan, jangan ada mana-mana 

pihak yang cuba membuat persepsi negatif dan tidak betul sebelum merujuk 

maklumat sebenarnya isu yang berlaku. Jangan ada mana-mana pihak yang cuba 

mengambil kesempatan menanguk di air keruh.


Isu pokok sebenarnya adalah isu golongan gelandangan dan miskin bandar ini yang 

tidak terbela, tiada motivasi, dan tidak mendapat bantuan moral dan kebajikan. 

Sepatutnya semua pihak turun padang melaksanakan kerja-kerja dakwah 

lapangan mendekati gologan sasaran yang terbiar dan terpinggir. Ini merupakan 

kewajiban dakwah setiap muslim yang mukallaf. Oleh sebab kita umat Islam menyisih 

mereka ini terutamanya gelandangan Islam, maka pihak lain mengambil kesempatan 

mendekati mereka ini, akhirnya kita sendiri yang malu.




Diharapkan YB tidak hanya berjanji manis. Melaui Ketua Unit Dakwah, Ustazah 


Maria (Pegawai yang diminta terus berhubungan dengan kami). Diharapkan program 


susulan dapat dilaksanakan...


Selasa, Ogos 07, 2012

Video Pengaduan Dan Pengakuan Pakcik Beca Tentang Agenda Kristianisasi Di Georgetown

video

Assalamualaikum,

Ini adalah rakaman video tentang peristiwa Pakcik Beca didatangi dua pelancong Amerika yang juga merupakan mubaligh kristian. Kami sangat berharap, semua pihak tidak membuat tuduhan melulu kononnya ini adalah isu rekaan untuk mencemarkan nama baik MAINPP.

Kita perlu insaf bahawa dua lelaki ini sangat komited dalam melaksanakan tugas dakyahnya. Tetapi kita, umat Islam masih lagi bermain tuding menuding mencari salah siapa.

Pada kami, melihat dari tanggungjawab pemerintah dan peruntukan undang-undang, dua lelaki ini salah dan perlu ditangani. Pihak yang terbabit tidak perlu berdolak dalih lagi. Tindakan mesti diambil. Jangan buruk sangka kepada kami.Tetapi apa yang lebih penting adalah apa yang kita lakukan untuk menyelesaikan masalah utamanya. Nasib golongan miskin bandar ini. Terlalu banyak alasan yang diberikan untuk tidak membantu. 

Sindiket, Penipuan, Sikap Malas, Tak Tahu Mereka Islam atau bukan, semua ini adalah alasan yang diberikan sewaktu pertemuan dengan pihak-pihak terbabit. Ya, mereka memang bermasalah. Memang sakit hati berurusan dengan orang-orang macam ini. Macam-macam perangai, pengotor, mabuk, lebih suka meminta-minta... Tapi kerana mereka bermasalah lah kita perlu bantu. Kalau mereka semua ok. Normal. Tak perlulah bantu. 

Umat Islam perlu sedar, kita perlu peka dengan keadaan sekeliling, jangan pentingkan diri, jangan merasa diri sudah mulia dan tidak perlu peduli dengan orang-orang yang menjengkelkan ini.

Ingatlah pesan Allah Azza Wa Jallah dalam surah Al-Maun: 

1. Tahukah Engkau akan orang Yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?

2. orang itu ialah Yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,

3. dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan Yang berhak diterima oleh orang miskin.

4. (kalau orang Yang demikian dikira dari bilangan orang-orang Yang mendustakan ugama), 
maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang -

5. (laitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

6. (juga bagi) orang-orang Yang berkeadaan riak (bangga diri Dalam Ibadat dan bawaannya),

7. dan orang-orang Yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang Yang berhak mendapatnya).



Maka marilah kita muhasabah diri kita, adakah kita di dalam kalangan orang-orang yang mendustakan agama?


Sekitar program Ramadhan Discovery (dimana kami terserempak dengan kes ini).
Untuk makluman. Kami telah pun menelefon YDP MAINPP dan membuat aduan rasmi.


Khamis, Ogos 02, 2012

USRAH SISTER API

 
Usrah Sister API :

Tarikh : 5 Ogos 2012 (Ahad)
Masa   : 5.30 petang
Tempat : Teratak Cahaya Fitrah, Taman Orkid, Pongsu Seribu, Kepala Batas.

Tentatif :
Tadarus - Tadabbur Surah at-Tahrim
Tazkirah - Terdidik Wanita, Terdidik Generasi
Iftar Jamaie
Solat Berjemaah


Sesiapa yang ingin masuk syurga biasa-biasalah bermain di taman-tamannya dahulu. Apa itu taman syurga? 
Taman syurga ialah tempat belajar, sekolah dan universiti, halaqah ilmu atau apa sahaja yang mendidik jiwa mengingati ALLAH...

Rabu, Ogos 01, 2012

Ramadhan Discovery : Siapa Mereka Di Hati Kita (penemuan mengejutkan)




PENDEDAHAN EKSKLUSIF 
HOMELESS vs PADERI KRISTIAN


Semasa Kami menjalankan program mengumpul Database Warga Jalanan untuk program kerjasama bersama Lapangan API iaitu UNGGAS Malaysia (maklumat lanjut http://sinarloronggelap.blogspot.com/2012/07/kutipan-databse-homeless-sekitar-masjid.html), kami terdengar perbualan diantara 2 orang 'Pelancong*' dengan seorang pengayuh beca yang tidak berumah
yang juga turut ingin mendaftarkan diri dalam Database kami.

Apa yang mengejutkan kami, 2 orang 'Pelancong*' tadi memberikan ceramah Agama Kristian secara terbuka kepada Pak Cik tadi.

"2 Paderi ini Menyamar sebagai Pelancong dan menyogok Pak Cik dengan RM50 dan berkata Jesus itu betul dan Muhammad tidak betul, mereka akan datang esok untuk mem baptis kan saya, saya mengelak dan mengatakan tiada air dan tidak berminat"- Ulas Pak Cik Pembawa beca.

Menurut Makluman dari IPSI pada bulan Ramadhan ini mereka [Paderi Kristian] menjalankan modus operandi menyebarkan Dakwah Kristian secara terang-terangan, mereka menjemput masuk Paderi dari Filipina dan Juga Jawa yang fasih berbahasa melayu. Mereka dengan bersahaja mendekati remaja muslim yang sedang berbuka di restoran dan bertanya "Kenapa anda berpuasa." -terang Salah seorang NGO IPSI


2 Paderi yag sedang menyebarkan Dakwah Kristian Kepada Pak cik pembawa beca yang tidak berumah. Mereka membawa brosur dan mengedar kepada gologan sasaran mereka.


Apa yang pihak kami khuatiri, golongan Warga jalanan yang dibelenggu kesempitan hidup ini mungkin tergoda dengan tawaran wang ringgit yang disogok Paderi ini dan boleh mengoyahkan Aqidah mereka dan menjadi Mangsa taktik Dakwah Kotor Paderi Kristian ini.