Jumaat, Ogos 10, 2012

Kita Fokus Kepada Masalah Sebenar







Perjumpaan NGO Islam Pertubuhan Aktivis Pengupayaan Insan (API), Pertubuhan 

Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS MALAYSIA) dengan YDP MAINPP Datuk 

Mohd Salleh Man mengenai isu kristianisasi Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang. 

Perjumpaan ini diadakan di Pejabat Agama Daerah Butterworth.


Lain-lain pegawai yang hadir ialah Pengarah JAIPP, KPP Bahagian Dakwah JAIPP, 

Unit  Penguatkuasa JAIPP, Media TV Al-Hijrah. NGO Islam yang lain turut hadir IKRAM 

dan ISMA. IPSI turut memberi sokongan menerusi telefon walaupun tidak dapat 

hadir.Salah faham isu kristianisai melalui media dapat dijelaskan secara 

bersemuka dengan pihak berkuasa agama MAINPP dan JAIPP. 



Peringkat awal perbincangan berlaku sedikit perselisihan faham antara fungsi NGO 

dan agensi kerajaan dan agama. Akhirnya perjumpaan tersebut dapat ditemui titik 

pertemuan dan bentuk kerjasama yang akan diselaraskan NGO Islam dengan pihak 

MAINPP dan JAIPP. Apa yang dipersetujui dan diputuskan, jangan ada mana-mana 

pihak yang cuba membuat persepsi negatif dan tidak betul sebelum merujuk 

maklumat sebenarnya isu yang berlaku. Jangan ada mana-mana pihak yang cuba 

mengambil kesempatan menanguk di air keruh.


Isu pokok sebenarnya adalah isu golongan gelandangan dan miskin bandar ini yang 

tidak terbela, tiada motivasi, dan tidak mendapat bantuan moral dan kebajikan. 

Sepatutnya semua pihak turun padang melaksanakan kerja-kerja dakwah 

lapangan mendekati gologan sasaran yang terbiar dan terpinggir. Ini merupakan 

kewajiban dakwah setiap muslim yang mukallaf. Oleh sebab kita umat Islam menyisih 

mereka ini terutamanya gelandangan Islam, maka pihak lain mengambil kesempatan 

mendekati mereka ini, akhirnya kita sendiri yang malu.




Diharapkan YB tidak hanya berjanji manis. Melaui Ketua Unit Dakwah, Ustazah 


Maria (Pegawai yang diminta terus berhubungan dengan kami). Diharapkan program 


susulan dapat dilaksanakan...


3 ulasan:

Chik PBertam berkata...

Teruskan perjuangan..janji Allah itu pasti..Ujian dan dugaan hadir tanpa batasan untuk menguji sejauhmana kita beriman kepadaNya. Fokus isu sebenar, dokumentasikan bukti dan fakta, berpegang kepada janji Allah, Insyaallah dan mudah-mudahan semuanya lancar...

Orang Penang berkata...

NGO-NGO Islam yang ada kena fokus + sama2 bertindak secara terancang untuk menangani masalah Kristianisasi yang berlaku di Penang. InsyaAllah kami orang2 Penang akan bersama-sama membantu. Kalau harapkan MAINPP terutamanya YDP yang jelas mempunyai kepentingan politik, isu ini pasti akan terus berleluasa.

saya berkata...

dalam konteks negeri pulau pinang. mungkin boleh guna platform FORUM Penyelarasan Ummat.. tapi macam dah tak aktif je forum...