Selasa, Ogos 07, 2012

Video Pengaduan Dan Pengakuan Pakcik Beca Tentang Agenda Kristianisasi Di Georgetown


Assalamualaikum,

Ini adalah rakaman video tentang peristiwa Pakcik Beca didatangi dua pelancong Amerika yang juga merupakan mubaligh kristian. Kami sangat berharap, semua pihak tidak membuat tuduhan melulu kononnya ini adalah isu rekaan untuk mencemarkan nama baik MAINPP.

Kita perlu insaf bahawa dua lelaki ini sangat komited dalam melaksanakan tugas dakyahnya. Tetapi kita, umat Islam masih lagi bermain tuding menuding mencari salah siapa.

Pada kami, melihat dari tanggungjawab pemerintah dan peruntukan undang-undang, dua lelaki ini salah dan perlu ditangani. Pihak yang terbabit tidak perlu berdolak dalih lagi. Tindakan mesti diambil. Jangan buruk sangka kepada kami.Tetapi apa yang lebih penting adalah apa yang kita lakukan untuk menyelesaikan masalah utamanya. Nasib golongan miskin bandar ini. Terlalu banyak alasan yang diberikan untuk tidak membantu. 

Sindiket, Penipuan, Sikap Malas, Tak Tahu Mereka Islam atau bukan, semua ini adalah alasan yang diberikan sewaktu pertemuan dengan pihak-pihak terbabit. Ya, mereka memang bermasalah. Memang sakit hati berurusan dengan orang-orang macam ini. Macam-macam perangai, pengotor, mabuk, lebih suka meminta-minta... Tapi kerana mereka bermasalah lah kita perlu bantu. Kalau mereka semua ok. Normal. Tak perlulah bantu. 

Umat Islam perlu sedar, kita perlu peka dengan keadaan sekeliling, jangan pentingkan diri, jangan merasa diri sudah mulia dan tidak perlu peduli dengan orang-orang yang menjengkelkan ini.

Ingatlah pesan Allah Azza Wa Jallah dalam surah Al-Maun: 

1. Tahukah Engkau akan orang Yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?

2. orang itu ialah Yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,

3. dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan Yang berhak diterima oleh orang miskin.

4. (kalau orang Yang demikian dikira dari bilangan orang-orang Yang mendustakan ugama), 
maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang -

5. (laitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

6. (juga bagi) orang-orang Yang berkeadaan riak (bangga diri Dalam Ibadat dan bawaannya),

7. dan orang-orang Yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang Yang berhak mendapatnya).



Maka marilah kita muhasabah diri kita, adakah kita di dalam kalangan orang-orang yang mendustakan agama?


Sekitar program Ramadhan Discovery (dimana kami terserempak dengan kes ini).
Untuk makluman. Kami telah pun menelefon YDP MAINPP dan membuat aduan rasmi.


Tiada ulasan: