Selasa, Julai 30, 2013

Lambaian Kenangan Akademi Dakwah 2009

Akademi Dakwah merupakan salah satu program lapangan dakwah di bawah API Malaysia yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai isu masyarakat. Antaranya ialah isu gejala sosial, isu konflik antarabangsa, isu kepenggunaan, isu alam sekitar dan isu pemikiran. 

Semasa akhir program, peserta diminta untuk memberi maklum balas mengenai sepanjang perjalanan program. Hasil daripada maklum balas tersebut, seorang peserta menterjemahkan perasaannya dalam bentuk puisi.
  

APABILA DAIE BEREHAT

 Apabila Daie berehat...
Tingkat 4 dan 5 Central Square, Sungai Petani,
dibanjiri anak-anak muda mentah untuk mengisi kekosongan jiwa,
Mereka cuba mencari makna hidup disebalik budaya Punk, Skin Head, Black Metal, Gothic dan Shuffle,
Mereka mencari ketenangan dengan melalak dalam karaoke jamban, melanggah arak, main snooker, hidu gam dan bermadu kasih di sana.
Kata kita, "Ini kerja penguatkuasa!!!"

 Apabila Daie berehat...
"Islam tak pa, tak Islam pun tak pa.." ujar seorang warga Kg. Orang Asli di Kuala Mu.
Masyarakat minoriti ini bukan sahaja jauh daripada pembangunan dan kemajuan teknologi maklumat, bahkan jauh dari Islam.
Ada dalam kalangan mereka mengaku Islam namun dalam masa yang sama tangan cekap mengusap anjing.
Kata kita, "Nanti Daie lain lah buat!!!"

 Apabila Daie berehat...
Penduduk Mukim Singkir, Yan berperang dengan K.S Chin Minerals Sdn.Bhd. dan Kemelong Engineering&Sankojaya Construction Sdn.Bhd.
Isu pertelingkahan tentu sahaja tentang kuari Jerai.
Keselamatan penduduk kampung berdekatan terancam sejak kuari ini beroperasi.
Antaranya banjir lumpur, penyakit (akibat debu kuari) dan retakan rumah.
Bukan itu sahaja, kuari ini sebenarnya beroperasi di kawasan hutan yang dilabel Kawasan Sensatif Alam Sekitar (KSAS), kawasan yang sepatutnya dipelihara rapi.
Kata kita, "Aik! Isu kuari Jerai ini pun kerja Daiekah?"

 Apabila Daie berehat...
Penduduk kampung Tanjung Tokong terkontang kanting,
dibiarkan tanpa pembelaan apabila tanah mereka sedikit demi sedikit direbut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Alasan yang diberikan oleh pihak tersebut adalah tanah itu diambil untuk pembangunan.
Namun pembangunan yang sepatutnya menjaga hak, hakikatnya menodai hak.
Kata kita, "Ini bidang tugas orang politik!!!"

 Apabila Daie berehat...
"Ubat ini halal atau tidak?", "Gelatin ini umat Islam boleh makankah?", "Kasut ini dibuat daripada kulit apa?",
Isu halal haram terus dibangkitkan dari hari ke hari.
Kata kita, "CAP dan PPIM kan ada!!!"

 Apabila Daie berehat...
Chik Salleh, 112 tahun terbongkok-bongkok menjirusan air pada tubuh cucunya yang sudah berusia 52 tahun.
Di gubuk yang sudah hampir roboh di tapak tanak rizab kerajaan Felda Bukit Tembaga Daerah Kuala Nerang, Kedah. Chik Salleh dan cucunya yang lumpuh sejak lahir itu tinggal.
Hidupnya  yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tidak mendapat perhatian sewajarnya.
Kata kita, "Orang miskin bukan di bawah tanggungjawab daie!!!"

 Apabila Daie berehat...
Kemusnahan hutan bakau di persisiran pantai semakin menjadi-jadi.
Pengeksploitasian sumber biodiversiti yang tidak terkawal seperti penerokaan kawasan paya bakau untuk pembangunan, ternakan ikan dalam sangkar, ternakan udang, perindustrian, perbandaran dan pembuangan sisa kimia oleh kapal dan bot nelayan telah mengancam ekosistem paya bakau.
Kata kita, "Sudahlah! Kerja Daiekah ini?"

 Apabila Daie berehat...
"Kami perlukan bantuan kamu," ujar seorang mujahiddin dari Pattani kepada seorang mubaligh Kristian. Dalam terpaksa di amohon bantuan dari mereka yang tidak seagama dengannya namun sudi turut membantu.
Apa boleh buat tiada saudara seagama yang serius membantu.
Kata kita, "Iman tidak cukup tinggi lagi hendak pergi berjuang di sana!!!"

 Apabila Daie berehat... 
Lambakan kes-kes di mahkamah syariah terutamanya yang melibatkan wanita tertangguh.
Bukan sehari dua, bukan sebualn dua. Tetapi setahun dua bahkan ada yang lebih lama. Muncul heroin yang mneggelar diri mereka sebagai Sisters In Islam (SIS). Para daie mula gelabah.
Kata kita, "Haramkan SIS!!!"

 Apabila Daie berehat...
"Tiada unsur ketuhanan dalam matematik," ujar seorang pelajar matematik.
Tuhan itu hanya terdapat dalam subjek agama. Subjek-subjek sains ini kosong dari mengingatkan kita kepada tuhan. Fahaman sekular ini mula menjangkiti bidang pendidikan.

Malunya saya hendak mengakui diri sebagai daie sedangkan kerja dibuat bermusim.
Ya Allah, kuatkan diri ini di atas jalan yang telah daku pilih ini.
Kerja kita masih banyak!
Jangan berehat wahai daie!!!!

Hasil nukilan: Siti Munirah Abdul Rashid

 







"Siapa Mereka Di Hati Kita?"

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Program Ramadhan Discovery 2.0 kali ini terlaksana seperti yang dirancang. Seramai 44 sukarelawan (19 sukarelawan UTP, 20 sukarelawan Darul Hadis, 4 sukarelawan UUM, Seorang USIM) yang menyertai misi menyantuni gelandangan sekitar Georgetown. Jom bersama-sama menyelusuri perjalanan sepanjang program.




Barang keperluan (buah, biskut, air kotak, baju) dimasukkan ke dalam ‘goodie bag’
  


Pembahagian kumpulan


Bertaaruf sebelum bertolak ke lapangan


Masa untuk bertolak ke Georgetown

Sesi taklimat oleh Bukhori (Pak Teh)


Pak cik – pak cik sabar menanti nombor kuponnya dipanggil
                                                                                 

 
Sesi membahagikan 'goodies bag' mengikut nombor kupon gelandangan

Sesi resolusi  diketuai Sdr NurFitri Amir (YDP API Malaysia)
  

Alhamdulillah. Program tamat pada 10pm. Pelbagai maklum balas yang diberikan oleh sukarelawan. Paling penting RD merupakan pengalaman yang sukar dilupakan. Insha Allah RD akan bertemu lagi pada Ramadhan akan datang.