Khamis, April 08, 2010

ABABIL Mendesak Kaji Semula Jawatankuasa Persefahaman Antara Agama (Inter-religious Understanding Committee)

Penubuhan Jawatankuasa Persefahaman Antara Agama (Inter-religious Understanding Committee) pada bulan Februari yang lalu di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) seharusnya dikaji semula secara menyeluruh melibatkan tokoh-tokoh agamawan serta tokoh-tokoh intelektual yang diiktiraf oleh semua agama. Langkah ini bertujuan mencegah daripada berlakunya pertelingkahan yang melibatkan dasar agama terutamanya Islam yang memerlukan kefahaman kerangka asas Islam iaitu ‘aqidah dan syari‘ah serta kepakaran dalam pentafsiran al-Qur’an dan al-Hadith mengikut sumber kelimuan yang sahih lagi benar.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Jawatankuasa Persefahaman Antara Agama ini ditubuhkan bertujuan mengenal pasti dan menyelesaikan pertikaian berkaitan dengan agama bagi mengelakkan perselisihan faham yang boleh menggugat keharmonian negara. Namun begitu, Angkatan Bertindak Banteras Islam Liberal (ABABIL) berpendapat bahawa penglibatan ahli jawatankuasa serta matlamat utama penubuhan jawatankuasa ini seharusnya dikaji semula dengan lebih mendalam dan telus.


Jawatankuasa ini yang bernaung di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) seharusnya memfokuskan perpaduan kaum yang melibatkan kepelbagaian kebudayaan serta adat resam dalam masyarakat dalam mewujudkan keharmonian negara. Penglibatan JPNIN dalam mewujudkan Jawatankuasa Persefahaman Antara Agama sedikit sebanyak menyisih bidang kuasa autoriti agama yang lain secara tidak langsung seperti Institusi Istana, Mahkamah Syari‘ah, Jabatan Mufti, Majlis Fatwa Kebangsaan, dan lain-lain lagi.

Malah, penubuhan Jawatankuasa Persefahaman Antara Agama ini dilihat tidak bertujuan membawa perpaduan antara agama tetapi lebih kepada toleransi antara agama. Perkara ini perlu dipandang serius kerana tujuan perpaduan antara agama sepatutnya melibatkan pendidikan yang intensif kepada masyarakat dan bukannya perbincangan setelah masalah antara agama terjadi. Dari perspektif Islam pula, perkara-perkara yang berkaitan ‘aqidah dan syari‘ah tidak wujud soal toleransi sehingga mengorbankan prinsip asas dalam Islam seperti yang terkandung di dalam surah al-Kāfirūn, surah ke-109 ayat ke-6 iaitu,

"Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku"

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, antara perkara yang akan dibincangkan di dalam jawatankuasa ini ialah isu kontroversi penggunaan kalimah Allah oleh Herald Tribune. Di samping itu, menurut ketua Jawatankuasa Persefahaman Antara Agama, Datuk Ilani Datuk Isahak, pertikaian agama yang bakal diketengahkan juga termasuk pertukaran agama, penyebaran agama, penggunaan istilah agama, pembinaan rumah-rumah ibadat dan isu tanah perkuburan. Jika dilihat secara jujur, kesemua isu ini langsung melibatkan hubungan Islam dengan agama-agama lain. Situasi ini nampaknya begitu serius kerana perkara-perkara yang disentuh bukanlah perkara-perkara remeh dalam Islam, tetapi perkara yang melibatkan dasar Islam itu sendiri iaitu ‘aqidah dan syari‘ah. Kebimbangan ABABIL bertambah kerana dasar-dasar perbincangan ini seakan-akan mirip tujuan penubuhan Interfaith Commission (IFC) yang menjadi kontroversi suatu ketika dahulu.

Bagi sesebuah jawatankuasa yang bertujuan menyelesaikan pertikaian agama, keahlian seharusnya diberikan kepada orang yang benar-benar pakar dalam bidang keagamaan. Islam terutamanya menekankan dasar keilmuan al-Qur’an dan al-Hadith dalam meletakkan prinsip hidup seseorang Muslim serta masyarakat di atas jalan yang benar. Kegagalan dalam menguasai bidang keilmuan sebegini boleh menyebabkan kekeliruan dalam masyarakat timbul sehingga menyebabkan kesesatan ‘aqidah yang menjadi pegangan asas seseorang Muslim.

Walaupun Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menyatakan jawatankuasa ini tidak melibatkan ahli politik, tetapi Datuk Ilani Datuk Isahak merupakan bekas Ahli Parlimen Kota Bharu yang berlatarbelakangkan politik secara langsung. Ketelusan dalam pemilihan Ketua Jawatankuasa Persefahaman Antara Agama ini sepatutnya dititikberatkan dengan memilih tokoh agamawan yang bebas sepenuhnya daripada pengaruh politik dan diiktiraf oleh semua agama.

Penglibatan ulama’ yang diiktiraf bagi mewakili masyarakat Islam seharusnya di ambil kira sebagai langkah utama. Kepakaran ilmu golongan ulama’ sangat penting dalam menentukan sesuatu keputusan berkaitan masalah-masalah yang melibatkan Islam. Kesilapan tidak meletakkan ulama’ yang benar untuk membincangkan perkara dasar Islam dalam jawatankuasa ini menyebabkan ketegangan antara agama di Malaysia khususnya akan menjadi lebih parah seperti kata pepatah “tikus membaiki labu”.

Angkatan Bertindak Banteras Islam Liberal (ABABIL) di bawah Persatuan Ulama’ Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP) mendesak kajian semula terhadap penglibatan ahli Jawatankuasa Persefahaman Antara Agama ini yang sepatutnya mengambil ulama’, tokoh agama dan tokoh intelektual yang diiktiraf oleh semua agama bagi mengelakkan kecelaruan dasar agama yang seterusnya menggugat keharmonian negara. Matlamat utama jawatankuasa ini juga sepatutnya dijelaskan secara telus supaya bidang kuasa mutlak Institusi Istana, Mahkamah Syari‘ah, Jabatan Mufti, Majlis Fatwa Kebangsaan serta badan-badan autoriti agama yang lain tidak diketepikan secara langsung atau secara halus.

‘Izzat Anwari bin Hasni

Koordinator

Angkatan Bertindak Banteras Islam Liberal (ABABIL)

Persatuan Ulama’ Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP)

Jumaat, Mac 26, 2010

Bengkel Pembangunan Jiwa Dan Bahasa Pelajar Pondok Di Patani.



anak-anak pattani yang dahagakan ilmu..



Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi..

Kami memerlukan seramai 10 orang untuk menjadi sukarelawan sebagai fasilitator untuk bengkel bahasa pelajar pondok..
tawaran ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat...

Nama sekolah :
Ma'had Al-Bi'that Ad-Diniah (Sekolah Pondok Haji Harun)
tempat :
Selatan Thai (di Bandar Yala) @ wilayah Yala

Tarikh :
27/5/2010 hingga 29/5/2010

kemudahan :
penginapan dan makan minum insyallah akan disediakan seadanya

anda berminat?
saudara Mohd Saiful Afindi Sulaiman 019-4131472
(saiful_pedang87@yahoo.com.my)



sila beri
1) nama penuh anda,
2) nombor telefon dan emil

semoga Allah mempermudahkan urusan kita dan memberi ruang untuk kita melibatkan diri dalam kerja-kerja amal...

*******************************************************************
sedikit catatan (MESTI BACA) :

sekolah pondok haji Harun ini merupakan sebuah sekolah aliran agama dan akademik.. sekolah ini terletak di Selatan Thai (di Bandar Yala) @ wilayah Yala.

sesi pagi fokus akademik manakala sesi petang fokus agama. terdapat empat kuliah iaitu kuliyah bahasa arab, syariah, tarbiyah dan usuluddin.

jumlah pelajar kuliah ini adalah lebih kurang 600 orang. di sini juga terdapat sekolah tingkatan 1 hingga tingkatan 6. sekolah ini mempunyai lebih 500 orang guru. sebelum ini sekolah ini pernah mempunyai lebih kurang 8000 orang pelajar. kini pelajarnya cuma 5500 berikutan pergolakan yang berlaku di selatan thai.

*******************
Anda ingin menyumbang???

Untuk bantuan sumbangan kewangan boleh disalurkan boleh di salurkan atas nama Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Pulau Pinang, No. Akaun Bank Islam : 7043011013136. Diharapkan Tuan dapat memaklumkan jumlah derma kepada pihak kami untuk tujuan rekod.

kami memerlukan dana untuk membantu menyediakan:

1)penyelenggaraan program dan bengkel pendidikan anak-anak konflik Selatan Thai
2)menyediakan kemudahan pendidikan kepada mangsa konflik Selatan Thai.

sumbangan juga boleh disalurkan dalam bentuk material ke alamat:

Aman Patani(AMANI)
d/a Serambi Dakwah,
2912, Jalan Perai,
Taman Inderawasih,
13600 Pulau Pinang.



moga Allah mengetuk pintu hati kita untuk sama-sama berjuang susah senang bersama.... amin..

Isnin, Mac 15, 2010

Sekitar Hari Induksi API


Serambi Dakwah - 14 Mac, Angkatan Pemuda-Pemudi Islam (API) telah menganjurkan Hari Induksi API 2010 dalam rangka untuk memantapkan fikrah yang dipegang API, skop perjuangan API, pecahan usrah dan merapatkan lagi ukhuwah sesama anggota API. Program ini telah diadakan di Serambi Dakwah, Bagan Lalang, Pulau Pinang dengan jayanya.

Kehadiran wakil-wakil utama:

  1. Nurfitri Amir (UNGGAS)
  2. Saiful Afindi (AMANI)
  3. Fatin Safiah (Alam Sekitar)
  4. Nur Azwaahidah (Pembangunan Wanita)
  5. Mohd Zaidi (Pendidikan)
  6. Izzat Anwari (ABABIL)
  7. Mariani Ali Imran (Penulisan)
  8. Nor Azila (AMANI)
  9. Khairul Azzam (UNGGAS)
  10. Liyana (UNGGAS)
  11. Siti Munirah (Penulisan)
  12. Izzul Islam (ABABIL)

Tentatif program:


10.00 – 12.30 pg: Isu Kepenggunaan dan Kemiskinan di Bandar (En. Shahrizan Sazali/CAP)



    • Keadaan dunia yang semakin bercelaru
    • United Nation Development Programme (UNDP)

Ø membuat kajian tentang kesan pembangunan. Tempoh kajian dari tahun 1947-1967

Ø hasil kajian mendapati, kesan pembangunan pada dunia telah mendapati 15% dari dari sumber alam telah dimusnahkan.

Ø Kaian mendapati kita memerlukan 4 lagi bumi bagi meneruskan kelangsungan hidup yang membutuhkan kehendak manusia yang tidak terbatas.

· Budaya kepenggunaan dalam masyarakat realiti

Ø Keperluan-sumber asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal

Ø Kehendak- selain dari keperluan asas

Ø Permintaan

Ø Ekonomi

Ø Budaya pembeli


· Tayangan video kepenggunaan bertajuk Food Taste & Hunger


Ø Bagaimana penduduk yang kaya dan miskin di Filipina dan corak tersebut sama sahaja di seluruh dunia

Ø Makanan segera seperti KFC, Mc D dan sebagainya menjadi tarikan kepada semua untuk menjadikan makanan tersebut sebagai sesuatu yang dibanggakan dan berlaku banyak pembaziran kerana makanan tersebut tidak dihabiskan.

Ø Seterusnya, sisa makanan tersebut akan di buang dan diambil oleh mereka yang miskin


Pandangan

Ø Saiful= Realiti hidup yang miskin semakin miskin dan yang kaya semakin hidup bermewah

Ø Amir= kemiskinan di Bandar lebih teuk dari kemiskinan di luar Bandar

Ø Izzat= budaya makan yang sama di seluruh dunia, makanan segera yang tidak
berkhasiat dan berlakunya pembaziran.
ØAbg Shah=Setiap iklan yang berada di pasaran mempengaruhi corak gaya
hidup atau budaya setempat.Contohnya, iklan Horlicks di Malaysia menekankan
unsur-unsur kehidupan kanak-kanak yang bertenaga, sihat dan kuat manakala
di India iklan di promosikan untuk tujuan tidur, bermaksud, minum Horlicks
selepas itu tidur.

12.30 – 2.00 ptg: Rehat/ Makan/ solat Zohor






2.30 – 3.00 ptg: Ucapan aluan



3.00 – 3.30 ptg: Pemantapan Fikrah Dan Tarbiyah



3.30 - 4.00 ptg : Resolusi



Kata sepakat yang dihasilkan;

1. UNGGAS, ABABIL dan AMANI akan terus dimantapkan.

2. Kumpulan lapangan dakwah isu Pendidikan, Wanita, Kepenggunaan dan Alam Sekitar akan dijenamakan semula.

3. Aktivis teras (Core activist) API yang berada di Kedah tidak dapat hadir hari Ahad, jadi kumpulan dari Penang akan ke sana dlm masa terdekat untuk membincangkan gerak kerja.

4. Skop perbincangan dalam Usrah akan dipandu oleh panduan yang akan disiapkan oleh Saiful.

5. Program-program akan diselaraskan dengan jadual aktivis dari negeri lain.

6. Himpunan Aktivis API akan dilaksanakan pada 18 hb April.