Khamis, Mac 27, 2008

Bedah Buku "Civilization and Modernization: What’s The Difference"

Buku : Civilization and Modernization: What’s The Difference
Penulis : Ali Shariati (2006)
Terbitan :Citizens Ali Shariati (2006), International: Penang.

Introduction;

  • important issue is the relationship between an imposed modernization & genuine civilization
  • modernity has been imposed on us, the non European nations, in the guise of civilization
  • for the past 150 yrs, the West has under taken the task of modernizing men with the missionary zeal
  • intellectual? Assimilation? Alienation?

Dehumanizing effects of modern factory work

Analogy-factory

  • clearly illustrates that in the present system there is not the slightest room for expression of human sentiment
  • human becomes like a machine
  • “one dimensional man”, “depreciated man” @ “circular man”
  • Circular man: who produces for the sake of consumption & consumes for the sake of production

Alienation as a condition of being possessed

Alienation, which affects men through mechanical & dehumanized disciplined, may be caused by bureaucracy & technology

Cultural alienation

  • Alienation: indicates a condition in which one does not perceive himself as he is, but rather perceives something else in his place
  • Culture: collection of intellectual, non-material artistic, historical, literary, religious & emotional expressions of a nation which have accumulated in the course of its history & acquire unique form
  • Artificial factors wipe out any real culture & substitute a false culture for different conditions, different historical stage, different economy, different background, different political & social

Mosaic societies

Mosaic civilization

  • Civilization which carry some leftover parts from the past, some deformed parts from Europe & combination of the two produces a half-civilized, half-modernized society
  • Formless, no special shape, no goal

Welcome to the machine

Problem

  • To make people in Asia & Africa consumers of European products
  • Their societies must be structured so they would buy European products

Strategy

  • All the people of the world must becomes uniform
  • The differences in thinking & spirits of nations of the world must be destroyed in order for men become uniform
  • It shows all Easterners, Asians & Africans, how to think, how to dress, how to desire, how to grieve…etc
  • New culture-modernization
  • eg: a need of automobile in Africa

Effects

  • modernization is changing traditions, mode of consumption & material life from old to new

# aktiviti bedah buku yang dijalankan oleh Ummah Aid pada setiap hari Rabu jam 5.30 di Universiti Sains Malaysia. Terbuka kepada semua yang berminat. Jikalau berminat layari http://ummahaid.blogspot.com/

Selasa, Mac 25, 2008

Bertakwakal Hanya Kepada Allah

Seseorang mukmin seharusnya sentiasa bertawakal kepada Allah dalam apa jua urusannya. Bertawakal kepada Allah bukanlah halangan dalam melakukan pekerjaan, bahkan menjadikannya lebih sempurna. Dalam kehidupan ini, kita diperintahkan melakukan pekerjaan-pekerjaan sesuai dengan kemampuan kita dan bertawakal kepada apa yang kita belum mampu. Dengan demikian, faedah tawakal kepada Allah dapat menenangkan hati. Maka seoarng yang bertawakal, ia melakukan apa yang ia mampu dan menyerahkan kepada Allah, apa yang ia tidak mampu.

Hadis daripada Ibnu Abbas dalam Sahih Bukhari menyatakan bahawa Ibnu Abbas pernah berkata, ketika Ibrahim a.s. dilemparkan ke dalam api, baginda berkata “hasbunallah wa ni’mal wakil’ (cukuplah Allah sebaik-baik Pelindung) dan doa ini pulalah yang diucapkan Nabi Muhammad saw ketika ada segolongan yang menakut-nakutkan baginda.

Seorang mukmin yang bertawakal kepada Allah dan melakukan perintahNya akan menerima apa yang Allah berikan kepadanya. Ini kerana, ia mengetahui bahawa kemampuannya sangat terhad dibandingkan dengan kekuasaan Allah. Apa yang telah Allah berikan kepadanya adalah baik.

Selasa, Mac 18, 2008

MANGSA TEKNOLOGI GM YANG RADIKAL

Saintis yang paling terkenal pada abad ke-20 iaitu Albert Enstein pernah berbicara berkenaan dengan Lebah.

“ Jikalau sang lebah lenyap daripada muka bumi ini, umat manusia hanya akan mampu bertahan selama 4 tahun untuk hidup. Tiada sang lebah, tiada pendebungaan, tiada tumbuhan, tiada binatang, dan tiadalah manusia”


Agak pelik seorang ahli fizik terkemuka berbicara mengenai subjek yang diluar bidangnya iaitu biologi. Walau bagaimanapun, peringatan yang diberi oleh Enstein ini telah memberi satu petanda yang cukup penting untuk kita yang sedang melangkah maju dalam abad ke-21 ini.

Siapa sangka perkara yang dibicarakan Enstein itu benar-benar berlaku pada tahun 2005.Walter Haefeker, Naib Presiden Persatuan Penjaga Lebah Profesional Eropah telah menimbulkan rasa resahnya pada keadaan yang berlaku kepada koloni lebah di Eropah.

Tanpa diketahui sebabnya, populasi lebah di Jerman semakin menghilang dan ini memberi kemudaratan kepada penjaga-penjaga lebah di sana. Di Amerika Syarikat berbeza pula, dimana populasi lebah mati secara mendadak dalam kuantiti yang banyak yang akan memberi kesan ekonomi yang besar kepada sektor yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Tiada siapa yang mengetahui sebab mengapa populasi lebah-lebah itu musnah tetapi sesetengah saintis percaya bahawa bencana ini berlaku akibat daripada tanaman tumbuhan ubah suai genetik (genetically modified plants) atau tumbuhan transgenic secara besar-besaran di US sebagai salah satu faktor

Laporan daripada Persatuan Penjaga Lebah Bavaria di Jerman pernah melaporkan bahawa sebanyak 12% daripada populasi lebah tempatan telah berkurangan. Felix Kriechbaum, salah seorang daripada ahli persatuan tersebut menjelaskan bahawa “ jikalau populasi lebah hilang tanpa kesan, agak sukar untuk kami melakukan siasatan kerana kebanyakkan daripada mereka tidak mati di dalam sarang mereka.” Terdapat banyak sebab yang membolehkan lebah-lebah tersebut hilang deria orientasi yang akan menyebabkan lebah-lebah tersebut tidak mampu pulang ke sarang mereka semula.

Presiden Persatuan Penjaga Lebah Jerman, Manfred Hederer pula melaporkan bahawa sebanyak 25 % penurunan jumlah populasi lebah di seluruh Jerman. Tambahnya lagi “dalam kes terpencil pernah berlaku penurunan sebanyak 80 % jumlah populasi lebah”. Beliau menjangkakan terdapat “ toksin - bahan kimia yang tidak biasa diketahui” yang mungkin membunuh lebah-lebah tersebut.

Di Amerika berlaku bencana yang lebih dahsyat. Penjaga lebah di pantai timur Amerika Syarikat melaporkan mereka telah kehilangan sebanyak 70 peratus bilangan lebah mereka manakala di pantai barat, mengalami penurunan sehingga 60 peratus. Dalam satu artikel yang pernah disiarkan dalam akhbar New York Times dalam ruangan bisnes menekankan bahawa “ kesan yang buruk bakal diterima sektor pertanian Amerika jikalau lebah-lebah berterusan mati”. Pakar di Universiti Cornell memperjelaskan lagi hipotesis New York Times dengan menganggarkan jumlah keuntungan yang diperoleh melalui penglibatan lebah-lebah dalam pendebungaan buah-buahan, dan sayur-sayuran untuk dijadikan makanan kepada manusia dan haiwan ternakan berjumlah kira-kira 15 bilion US dolar.

Komuniti saintis menggelarkan fenomena misteri ini sebagai Colony Collapse Disorder (CCD) yang semakin pantas bertukar menjadi masalah nasional. Ada juga saintis yang melabel masalah ini sebagai “ AIDS kepada industri penjagaan lebah”. Apa yang pasti adalah berjuta lebah telah hilang begitu sahaja. Yang hanya tinggal dalam sarang ialah anak-anak yang pasti akan mati kerana tidak diberi makanan oleh lebah-lebah dewasa yang hilang tersebut. Lebih ganjil, lebah-lebah yang mati itu tidak dijumpai di dalam sarang ataupun di sekitar kawasan sarang mereka. Saintis yang sedang melakukan penyiasatan turut berasa hairan kerana simptom yang di paparkan dalam kes ini tidak dapat dirujuk dalam mana-mana data dan maklumat yang tersedia ada berkenaan lebah.

Dalam banyak kes saintis masih berjaya menemui bahan bukti bahawa hampir semua virus yang berkaitan dengan lebah telah ditemui pada lebah-lebah yang dijumpai dalam sarang setelah kehilangan secara besar-besaran yang berlaku dalam koloni lebah tersebut. Sesetengah daripada lebah tersebut menerima 5 hingga 6 jenis jangkitan dan pada masa yang sama juga dijangkiti oleh kulat. Saintis membuat kesimpulan bahawa tanda-tanda sebegini hanya berlaku kepada lebah yang telah musnah sistem antibodi mereka.

Kejutan lain buat para saintis yang menyelidiki kes ini ialah sarang lebah yang terbiar tidak didatangi oleh lebah-lebah dan haiwan yang lain. Kebiasaannya koloni lebah yang berdekatan atau parasit akan mencuri madu dan debunga yang ditinggalkan atas sebab yang berbeza seperti kesejukan yang melampau dalam musim sejuk. Para saintis tersebut membuat hipotesis bahawa “terdapat sesuatu yang toksik pada koloni yang tertinggal yang membuatkan haiwan lain menjauhi daripadanya”.

Walter Haefeker melihat perkara ini melebihi dari skop industri penjagaan lebah. Beliau membuat andaian bahawa kemungkinan paling besar faktor yang mempengaruhi fenomena ini ialah pertambahan bilangan ladang tanaman ubah suai genetik (GM) yang mempunyai sifat rintang serangga perosak telah ditanam sekitar 40 % di ladang jagung di Amerika Syarikat. Di Jerman jumlahnya hanya sekitar 0.06 % yang hanya merangkumi kawasan di sebelah timur Mecklenburg dan Brandenburg. Beliau telah menghantar beberapa saintis untuk membuat kajian di kawasan tersebut dan mencari hubungan antara tanaman GM dan penyakit yang dialami oleh lebah. Kajian yang dibuat di Universiti of Jena berkisar mengenai kesan debunga daripada jagung GM jenis Bt (Bt Corn) terhadap lebah memberi satu pandangan baru. Sifat jagung Bt yang tahan daripada serangan serangga perosak ialah dengan mengeluarkan rembesan toksik kepada serangga perosak tersebut. Setakat ini tidak ada bukti kukuh kes yang berlaku melibatkan jagung Bt tetapi apabila para saintis tersebut memberi racun jenis Bt kepada lebah yang diuji, jangkitan parasit berlaku kepada lebah tersebut yang membawa kepada maut. Antibodi lebah tersebut terus hilang dan ini dapat dilihat melalui jangkitan parasit terhadap lebah tersebut.

Mengikut Profesor Hans-Hinrich Kaarz daripada University of Halle yang juga merupakan salah seorang daripada Direktor kajian tersebut, beliau menyifatkan jangkitan parasit itu mungkin berlaku akibat kesan toksik yang telah mengubah permukaan usus lebah tersebut seterusnya memberi peluang kepada parasit untuk masuk. Eksperimen itu dikendalikan dengan meningkatkan kepekatan toksin tersebut sebanyak sepuluh kali ganda daripada kandungan yang biasa terdapat dalam debunga Bt selama 6 minggu.

Itulah kes yang berlaku di sekitar Eropah dan Amerika Syarikat yang dicanangkan sebagai Negara yang maju lagi moden. Kejayaan dalam bidang sains dan teknologi telah menjadikan mereka angkuh dan bongkak dalam mengatur ekologi yang jelas telah sempurna ditetapkan Tuhan. Tangan-tangan saintis yang bersifat sekularisme itu telah menidakkan peranan Tuhan dalam mengatur alam.

Dalam kes ini, hanya semata-mata untuk meningkatkan keuntungan dalam produksi pertanian, mereka telah mengubah sifat asal sesuatu tanaman dengan penggunaan bioteknologi. Mungkin di satu sudut kita lihat kebaikan daripada teknologi ini, tapi di satu sudut yang lain, seperti mana yang berlaku terhadap koloni lebah telah jelas menunjukkan bahayanya apabila kita cuba menjadi Tuhan. Kes sebegini perlu dikaji dengan lebih mendalam oleh para intelektual Islam agar kita tidak menjadi seperti mereka dengan membawa analisa dan paradigma yang lebih holistik dalam isu ini.

Selain daripada lebah, mangsa teknologi GM yang radikal ini mengenai serangga bukan sasaran (non target species) yang lain seperti kupu – kupu Monarch yang merupakan spesis kebanggaan di US. Apa yang berlaku terhadap serangga – serangga bermanfaat ini terhadap sistem pendebungaan semulajadi ini adalah , mereka keracunan, mati dan semakin pupus akibat daripada menghisap madu dari debunga tanaman GM . Inilah manfaat teknologi tanaman yang di ubah suai yang di dakwa dan di gembar – gemburkan oleh pihak – pihak yang terlibat dalam usaha membangunkan penyelidikan dan pemberian dana kepada penyelidikan tersebut dan syarikat multinasional barat yang menerajui bidang ini untuk di komersialkan atas nama keuntungan ekonomi.

Hakikat sebenarnya, teknologi bioteknologi dalam bidang pertanian sama sekali tidak mampu memberikan hasil tanaman yang berkualiti tinggi, tidak langsung mengurangkan penggunaan racun serangga, tidak membantu meninggikan taraf ekonomi petani, tidak meningkatkan hasil pendapatan Negara dalam bidang pertanian, malah tidak juga mengurangkan masalah kebuluran bagi Negara miskin. Teknologi yang masih di ragui manfaatnya berbanding kesan buruk yang telah di buktikan di peringkat antarabangsa. Hasil daripada penyelidikan badan bebas antarabangsa terhadap teknologi GM yang telah wujud lebih dahulu di Negara mereka berbanding Malaysia yang masih lagi bertatih dalam membangunkan usaha ini. Adalah wajar bagi Malaysia untuk menyelidiki dan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Negara dunia sebelum perkara yang buruk turut kita ulangi, alami dan rasai impaknya.

Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal
Angkatan Pemuda Pemudi Islam
(Petikan ;Milinea Muslim Mac 2008)

Isnin, Mac 10, 2008

JEMPUTAN : Program Latihan Aktivis Dalam Isu-Isu Sosial (LANDAS II)


Persatuan Ulamak Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUMPP), Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API) dan Rumah Upaya Daya dan Harapan (RAUDHAH) ingin menjemput saudara-saudari ke LANDAS II - 2008 pada 13 -15 Mac 2008. Program terhad kepada 20 org peserta sahaja. Sumbangan program ... sekadar mampu...

Dekati isu-isu 1) Penagih Gam 2) Dadah 3) Arak 4) Remaja Liar & Budaya Baru
5) Seks Bebas 6) Pelacuran 7) Mat Rempit 8) Mat Nyah secara terus dilapangan.

sila hubungi SU Kerja PUM PP; Amir 0137069509 atau SU Kerja API ; Azrol 0135045065 segera @ email no kontak perhubungan ke apipenang@yahoo.com atau pumpenang@yahoo. com. Latihan akan di buat d utara semenanjung. Tempat akan dimaklum setelah pengesahan kehadiran.


Catatan Perjalanan: Masyarakat yang Sakit ( Siri 1) - LANDAS 1


“Kau nak ke mana cuti raya cina ni?”

“ Aku ada program dakwah lapangan”

“Ish ko ni, orang tengah sibuk prepare nak Pilihan Raya ko wat benda lain pulak”

“Entahlah, aku disillusion dengan politik kepartian. Alih-alih masalah Orang Melayu tak selesai jugak”

“ Eh, ko ni. Kau tolak politik ke pulak?”

“ Tak. Aku cuma lebih selesa dengan politik rakyat berbanding politik kepartian. Puas sudah aku cuba tenyeh isu-isu rakyat seperti FTA pada orang-orang penting BA tapi tak jadi jugak”

Ehtah. Aku juga seperti ramai daripada sahabat aku yang ‘berjuang’ menentang ‘taghut’ dalam politik Negara ni. Tapi akhir-akhir ni aku lebih kecewa daripada gembira. Melihat nasib rakyat, tak kiralah Melayu, India dan Cina, semuanya tersepit terutamanya golongan marhain. Terlampau banyak sangat politik akhirnya masalah asas rakyat terbiar. Bazir tenaga maki hamun, penyelesaiaan tidak ada juga.

Nasib baik dalam kekecewaan sebegini aku diberi peluang untuk menulis dalam akhbar alternatif yang tidak kurang hebatnya seperti Harakah. Sekurang-kurangnya, aku boleh sumbang buah fikiran dalam mempersiapkan minda para pembaca akan isu yang patut difokus dalam PRU akan datang.

Aku tidak berseorangan. Sahabat-sahabat di Pulau Pinang senantiasa terbuka dengan idealisme aku yang ganjil ini. Mana tidaknya, banyak daripada pemikiran aku dibentuk dalam sibghah gerakan rakyat dari Pulau Pinang terutamanya di bawah sekolah pemikiran S.M Idris.

Maka aku nekad cuti Raya Cina ini, aku akan menyertai Program LATIHAN AKTIVIS DAKWAH DALAM ISU-ISU SOSIAL (LANDAS) anjuran Persatuan Ulama Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPPP) dan juga NGO Islam yang aku memegang Usrah Antarabangsa dalam Angkatan Pemuda-Pemudi Islam (API). Majoriti daripada mereka ini adalah bekas pelajar USM yang sudah sebati dengan gerak kerja dalam masyarakat sewaktu di kampus.

Tepat jam 6 pm aku bergerak keluar dari Ipoh menaiki bas Super Nice ke Sungai Petani, lokasi program kami. Sunyi jugakla pergi program dakwah lapangan seorang diri. Sahabat lain mungkin ada agenda PRU. Sepanjang perjalanan, aku sempat melihat pemandangan sawah padi yang menghijau. Sayu betul masa tu. Apa agaknya akan jadi kepada sawah ni kalau FTA dengan Amerika dimeterai. Tak sanggup aku lihat para petani kita meratap sebab tak dapat jual beras dek kerana beras Amerika jauh lebih murah kelak dengan FTA.

Tidak lama kemudian aku tertidur.

Aku tiba di Sungai Petani lebih kurang jam 9 pm. Gelap betul stesen bas buruk ni. Perut aku dahla kosong waktu tu. Nasib baik ada satu gerai Melayu yang tak tutup lagi. Makcik tu layan aku dengan penuh mesra walaupun aku tengok muka dia letih sangat. Kerja kuat makcik ni.

Lebih kurang sejam kemudian datanglah si Amir, salah seorang pengarah program LANDAS ni. Rasa cuak tu ada la jugak sebab dah malam sangat, Dahla geng-geng pendatang asing ni bersepah kat stesen bas.

Malam tu jugak, geng-geng Penang ni sampai dengan van lama. Disebabkan kami masih lapar, destinasi pertama kami ialah ke medan selera dekat dataran Sungai Petani. Ramai jugak manusia masa tu tengah makan. Tak lama kemudian, kapten kami, Ustaz Kamaruddin (nama manja Ustaz Din) dari PUMPP datang makan bersama kami. Beliaulah ‘taiko’ dakwah lapangan area Kedah ini. Sangat berpengalaman merawat masyarakat yang sakit terutamanya budak-budak muda status Mastika. Lesen penguatkuasa agama negeri yang dipegang oleh beliau menjadikan program kami ini ada autoriti sedikit.

“ Hang tau dak tadi ada sorang makcik tersadai di wakaf depan masjid tu” sapa Ustaz Din.

“ Awat?” Tanya Mesol, sahabat dari P.Pinang.


“ Itulah. Katanya, dia diceraikan oleh suami dia, sorang Tok Imam dekat Gombak. Katanya, dia tengah mengandung 2 bulan”

“Takut kami tengok ustaz kasar dengan dia tadi. Awat lagu tu?” Tanya si Amir yang dah lama berada di Sungai Petani sebelum kami datang.

“ Hang bila berhadapan dengan masalah macam ni, kena korek betul-betul. Kalau pakat berlembut, kesian memanglah dia selesa. Bila ustaz keras sikit, baru emosi dia terfokus balik. Mana boleh bagi muka. Baru dapat tau hal sebenaq”

“ Ish, kesiannya. Awat Tok Imam tu buat macam tu?” Tanya si Zul, budak lepasa SPM yang nak jugak join program kami.

“ Tak taula. Ustaz kena call suami dia ni. Tadi ustaz ada call tapi dia letak lepas tu. Nampak sangat macam takut-takut. Ni kes pertama kita kot”

Kami tersenyum. Baru sampai Allah dah bagi satu kes percuma. Hebat.

Selepas kenyang bantai burger ( tadi aku makan Nasi Goreng Ayam) kami pulang ke Masjid Sultan Mudzafar Shah yang terletak di tengah-tengah pusat Bandar Sungai Petani.

Macam biasa, program dakwah lapangan ni tak payah nak expect katil empuk. Tidur kat bilik mesyuarat dalam masjid je. Nasib baik Ustaz Din dikenali di kawasan ni. Senang sikit kerja kami urus program ni. Kami pun tidur atas karpet berselimutkan kain pelikat dan jaket.

Kejutan pertama di malam hari

“Tok! Tok!”

“ Bangun-bangun!”

“ Uish siapa tu?!” Tanya si Azrul.

Kami tersentak dari tidur dek kerana ketukan kuat dari luar bilik kami.

La, Ustaz Din rupanya. Ingatkan Mat Pit mana kacau kami tidur.

“ Pukul berapa ni Ustaz?”

“Cepat pakai seluaq. Kita ada kes”

Jam aku menunjukkan pukul 2 pagi. Kami tidur tak sampai sejam je dari tadi!

Dengan masing-masing masih sedikit mamai, kami naik van yang dibawa Mesol ke tempat yang Ustaz Din tunjuk.

“Kes apa ni ustaz?”

“ Kes khalwat. JKKK taman perumahan tu dok perhati lama dah. Depa syak malam nak raya cina ni, budak-budak tu tidur satu rumah”

Sampai di taman tersebut, kami mengambil kawan Ustaz yang turut mempunyai kuasa seperti Ustaz: pencegahan maksiat.

Setibanya kami di kawasan tersebut, terlihat ramai ahli JKKK yang terdiri daripada Pakcik-pakcik siap dengan kayu untuk sertai serbuan kami. Katanya, mereka dah lama perhati masalah budak lelaki masuk rumah perempuan tu. Tiap-tiap pagi mereka akan keluar dari rumah untuk elak dilihat. Tapi sudah tentu pakcik-pakcik yang bersubuh di Masjid nampak.

Ni lah pertama kali aku join kerja-kerja penguatkuasaan macam ni. Cuak jugak nak ketuk pintu rumah orang pagi-pagi buta macam ni. Ustaz Din dan sahabatnya menjadi leader kepada operasi ini. Kami sekadar lihat dari tepi. Begitu juga dengan pakcik-pakcik JKKK.

Nasib mereka baik pada malam tu. Budak-budak lelaki tu keluar naik motor budak perempuan tersebut dengan kereta mereka dibiar parking di luar rumah. Sewaktu soal siasat dijalankan, kami difahamkan pakcik-pakcik yang berjaga di luar rumah terlihat dua motor yang berpatah balik daripada menuju ke arah kami. Sahla budak-budak lelaki tu. Mereka nampak ramai berkumpul depan rumah perempuan mereka, terus cabut dari pandangan kami.

Budak-budak perempuan tu diberi warning untuk tidak membawa masuk lagi budak-budak lelaki tersebut untuk tidur di rumah. Ustaz Din menegaskan bahawa orang-orang taman perumahan ni bukan buta.

Perasaan hampa sedikit melingkari pakcik-pakcik JKKK. Selama ni, mereka memang pasti budak-budak lelaki tu selalu bermalam di rumah budak-budak perempuan tersebut. Kami tak boleh buat apa-apa sebab tak ada bukti kukuh. Cuma boleh ambil maklumat dan nasihat. Tapi kami yakin budak-budak lelaki tu akan datang balik pagi-pagi nanti sebab kereta mereka masih kat situ.

Baru sehari, sejam tidur kat Masjid, Allah dah bagi kami kes kedua. Kami sambung tidur jam 4.30 pagi. Program belum rasmi lagi Ustaz Din dah bawak kami ke tempat masalah. Hebat-hebat.

Hari yang mengubah hidup aku


Tak ramai pun yang join. Tapi lebih senang nak kawal kami sebab ni bukan program makan angin. Risiko banyak.

Hari pertama program kami dimulakan dengan sesi perkenalan dengan para pengarah program dan peserta lain. Ada seorang cikgu kaunselor dari Sungai Petani turut serta dengan kami. Yang lain, seramai 9 orang lagi merupakan sahabat-sahabat yang baru grad.

Kenapa program ni buat? Katanya target group program ni bukanlah untuk kami tetapi untuk Ustaz dan Ustazah yang tak pernah turun lapangan. Ustaz Din frust dengan banyak ustaz-ustaz ni terutamanya budak-budak Al Azhar yang jadi guru J-QAF. Masa belajar punya berapi-api atas pentas ceramah, balik Malaysia terkena habuan al-wahan (cinta dunia). Sama jugak seperti ustaz-ustaz ceramah ni. Mereka selama ni duk ceramah dalam zon selesa, dengan orang yang datang kuliah yang dah dapat hidayah. Nak turun ke masyarakat jauh sekali. Banyak alasan semua.

Tapi, syukur Alhamdulillah, Allah menggerakkan hati-hati kami untuk turut serta program yang kecil tetapi besar maknanya kepada kami sebagai aktivis dakwah masyarakat. Realiti di kampus tidak sama, malah bagai langit dan bumi kalau nak diikutkan dari segi cabaran dan ujiannya.


Ustaz Din memberi tips dan penerangan bagaimana nak berhadapan dengan 'pesakit-pesakit sosial'


Mujur ada Ustaz Din yang masih tidak jemu menunjuk ajar kami untuk menjadi aktivis dakwah yang bergelumang dengan penyakit-penyakit dalam masyarakat. Disinilah ujian sebenar seorang pendakwah. Bagaimana hendak menarik golongan yang sudah terjelus dalam lumpur untuk dibersihkan dengan iman dah ihsan.

Ustaz Din bersama Abang Nizam Mashar ( pengarah program ini) memberi kami taklimat teknikal berhubung dengan perjalanan program ini. Disamping itu turut disaji kepada kami gambar-gambar yang Ustaz Din peroleh daripada kerja-kerja lapangan yang terdahulu. Memang parah budak-budak Melayu kita.


Aku masih segar di hadapan masjid sebelum berhadapan dengan masalah di lokasi ekpedisi kami

Selepas makan tengah hari lebih kurang pukul 3.30 petang kami bergerak ke lokasi pertama: Stesen Bas dalam negeri yang buruk.


Ustaz memang tak peduli apa dah. Dia buat kerja je yang aku nampak.


Ustaz Din dengan gaya selamba terus duduk dekat sepasang merpati. Aku sebagai camera man perlu bertindak cermat untuk merekod proses interrogation yang Ustaz Din lakukan. Bila check IC rupanya baru habis sekolah. Ustaz Din bukan nak saman mereka tapi nak ‘takutkan’ mereka bahawa duduk berdekatan sebegitu di tepi sungai yang kotor tidak elok bagi orang Islam macam kita. Budak lelaki tu pucat jugakla bila Ustaz Din tunjuk kad kuasa Majlis Agama Islam. Ustaz Din boleh je saman.

Itu bukan kes kami yang sebenar. Hanya warm up sebelum berhadapan dengan kes yang lebih real. Kami bersepuluh berjalan di belakang Ustaz Din menempuh laluan belakang rumah kedai yang dinobatkan sebagai “Black Area” dekat Sungai Petani. Lokasi tersebut hanya berhadapan dengan Central Square Sungai Petani.

Ustaz Din memberi isyarat diam. Kelihatan dari jauh beberapa anak muda Melayu sedang syok berborak. Apabila mereka nampak Ustaz Din dan kami, 3 orang daripada mereka terus cabut lari. Yang lain tak sempat lari kerana kami dah kepung. Muka masing-masing mula kelat.

Bau busuk betul. Aku rasa pening lalat sikit. Rupa-rupanya, inilah lokasi yang Ustaz Din kata tempat lepak minum arak budak-budak Melayu Sungai Petani. Aku tengok ada sorang tu dah tersadai atas kanvas denga tidak sedarkan diri. Dua botol arak nampak kosong disebelah budak tu.

Ustaz Din isyaratkan kami untuk memulakan dakwah. Disebabkan kami tak pernah berhadapan dengan makhluk Allah yang sebegini, kekok jugak mula-mula. Kami mula berborak-borak dengan budak lelaki, Perserta Muslimat turut menarik budak-budak perempuan tu ke satu sudut untuk beramah mesra.

Aku dengan kamera Samsung menangkap gambar secara diam-diam.



Banyak maklumat yang kami dapat. Ramai diantara mereka ni baru keluar penjara atas beberapa kes mencuri. Memang jenis tahap bermasalah payah nak ubah dengan ceramah.



Ustaz Din menggayakan teknik ‘kasih sayang’ yang diajar kepada kami pada waktu pagi. Beliau mengusap tangan, budak-budak mabuk ni disamping bersoal jawab dengan mereka. Memang sah mamai budak-budak ni tonggak berbotol-botol arak murah berjenama Thai Sung yang berharga RM3.50 sebotol. Depa mana main minum Carlsberg, Anchor semua. Lagi murah arak (lebih tepat samsu) lebih kuat kesan dia. Mana taknya, kandungan alkohol cukup tinggi.



Aku dan Zul menyusun botol-botol arak untuk didokumenkan gambarnya. Vodka pun ada. Gila mabuk budak-budak Melayu ni (diulang budak-budak Melayu yang ada bin dan binti).

Mereka agak terkejut ada orang pakai tudung macam peserta Muslimat ni yang datang jumpa diorang. Selama ni, mereka kata tak ada sorang pun yang sudi jumpa. Mungkin inilah yang menjadi sindrom golongan pendakwah. Mereka lebih suka menghukum dari berdakwah. Manusia yang kotor dengan dosa tidak layak didekati oleh geng-geng dakwah berapi-api ni.


Pengsan sepengsan-pengsannya. Dibuai mimpi lepas tonggang Thai Sung.


Macam mana nak selesai masalah umat? Ni yang aku frust kadang-kadang tapi bila aku sendiri rasa, memang sangat-sangat perlu ustaz,ustazah, siswa siswi islamik ni rasa sendiri berhadapan dengan pesakit-pesakit sosial ni.

Macam-macam sakit budak-budak mabuk ni ada. Ada yang putus tunang, ada yang frust family problem. Mereka minum arak untuk lari dari semua masalah tersebut. Peserta Muslimat ada interview budak-budak perempuan tersebut. Mereka bengang dengan Ustaz Din sebab bawak masuk cerita mereka dalam rangancan 999 di TV3 disamping disumbatkan jugak dalam Mastika dan Harian Metro.



“ Kami tak buat seks bebas seperti yang depa lapor dalam tv tu”


“ Betui ke hang tak buat?” Tanya peserta Muslimat.

“ Betuila. Kami buat pun dengan pakwe kami”

Astaghafirullah. Aduih. Rupanya, mereka faham ‘seks bebas’ yang kami maksudkan tu adalah melakukan hubungan seks dengan banyak lelaki lain. Kalau dengan teman lelaki sendiri tak dikira seks bebas walaupun dah beberapa kali buat zina tu.

Kami terkejut beruk jugakla dengan pengakuan macam tu. Kadang-kadang mereka ambik marijuana dan syabu untuk meningkatkan tahap ‘high’ mereka ni. Nak lari dari masalah tunggang Thai Sung, syabu dan marijuana. Lepas habis mimpi indah masalah datang balik. Tunggang balik. Itulah kitaran hidup mereka.


Aku cuba meneliti cara dan pendekatan Ustaz Din. Kena banyak bersabar dalam buat kerja ni sebab budak-budak ni dahlah mabuk pastu melalut pulak.


Kenapa diorang lepak kat area tu? Sebabnya, sumber arak dekat. Mereka duk beli arak dari rumah Cina tepi tempat mereka lepak. Aku tak tau orang Cina tu ada lesen ke tidak jual arak tu, tapi yang nyata pelanggan mereka ni budak-budak Melayu ni.

Rata-ratanya tak habis sekolah dan pernah masuk penjara sekali. Disamping itu, majoritinya mempunyai keluarga yang bermasalah. Penceraian, miskin merupakan butiran norma bagi pesakit-pesakit masyarakat ni.

Kepala aku mula pening. Dahla tak tahan bau arak bila cakap dengan diorang. Bertambah pening bila mana aku cuba membuat analisa tentang masalah yang mereka hadapi.

Kenapa budak-budak ni jadi macam ni? Nak bagi alasan tak ada didikan agama sangat mudah sekali jawapan macam tu. Aku tengok mereka ni haru. Pening dan rumit. Kenapa budak Melayu yang jadi camni? Kenapa aku tak nampak budak India dan Cina yang jadi camni? Mungkin ada tetapi jarang sekali nak jumpa secara terbuka macam budak-budak Melayu ni.

Adui. Pening-pening…


Bersambung dalam siri ke-2. Panjang sangat…

diambil dari laman blog ahli API http://sosialiskanan.blogspot.com/