Selasa, Mei 19, 2009

Apabila Larangan ALLAH diabaikan

GRIK: Hasrat dua remaja perempuan bersaudara keluar makan malam bersama teman mereka bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dirogol secara bergilir-gilir sembilan lelaki di sebuah bangsal getah berhampiran Pusat Perkelahan Lata Ulu Lawin dekat sini, Rabu lalu.


Kedua-dua mangsa berusia 16 dan 17 tahun keluar dari rumah keluarga mereka di Kati, Kuala Kangsar apabila seorang daripadanya menghubungi teman lelakinya untuk mengajak makan di pekan Lenggong dan dibawa membonceng motosikal oleh teman lelaki mangsa dan rakannya.

Bagaimanapun, mereka dibawa ke Lawin Selatan, Grik sejauh lebih 50 kilometer dari rumah mereka.

Sumber polis berkata, apabila tiba di bangsal ladang getah itu kira-kira jam 10.30 malam, kedua-dua gadis berkenaan dirogol teman lelaki dan rakannya. Beberapa ketika kemudian, tujuh lagi lelaki yang menaiki motosikal tiba di situ dan merogol mereka secara bergilir-gilir.

Kedua-dua mangsa kemudian ditinggalkan di bangsal itu sehingga keesokan paginya dan berjalan kaki keluar ke jalan raya di Felda Lawin Selatan sebelum meminta bantuan penduduk kampung.

Mangsa yang bersaudara sepupu sudah tidak bersekolah dan bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di Kuala Kangsar itu kemudian dibawa keluarga masing-masing untuk membuat laporan polis di Balai Polis Kati pada jam 1.30 pagi, Jumaat lalu.

Menurut sumber, polis merampas beberapa helai pakaian dan kain yang ditemui di tempat kejadian selepas menerima laporan untuk dijadikan bahan bukti.

Ketua Polis Daerah Grik, Superintendan Mahad Nor Abdullah, ketika ditemui di sini, semalam mengesahkan kejadian itu, berkata polis sedang memburu mereka yang terbabit dalam kejadian rogol berkumpulan itu.

“Dengan bantuan maklumat yang diterima daripada mangsa, polis sudah berjaya menahan tiga lelaki berusia awal 20-an di rumah masing-masing iaitu seorang Jumaat lalu dan dua pada malamnya.

“Polis masih memburu enam lagi suspek dan percaya akan dapat menahan mereka dalam tempoh terdekat kerana sudah mempunyai maklumat mengenai mereka,” katanya.

Berita Harian (19 Mei 09)

Tiada ulasan: