Sabtu, Februari 06, 2010

Cerita di sebalik bancian penduduk Tanjung Tokong

serba sedikit tentang UDA Holding…

Established by the government on November 12, 1971, the Urban Development Authority (UDA) was given the responsibility to promote planned urban development. After 29 years of successfully fulfilling its responsibilities UDA was incorporated on September 1, 1996 and became known as UDA Holdings Sdn Bhd.

The drive to firmly establish the company was achieved when it changed its status to that of a public limited company with effect from July 14, 1999, to be known as UDA Holdings Berhad. The company was listed on the Main Board of Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) on November 18, 1999.

Today, led by a board of experienced directors and highly qualified professionals, UDA is committed to enhance its competitiveness and to partake a bigger role in urban development thereby contributing to entrepreneurial growth in line with the national aspiration.

The principal activities of the Company are in investment holding and property development while the principal activities of the Group are in land and property development, property management and leisure industry.

Bancian ini telah dijalankan pada 23 Januari 2010 oleh PPMUSM dan API

Lihat apa reaksi penduduk Tanjung Tokong.


pelbagai reaksi yang dipertontonkan kepada kami sewaktu bancian dijalankan. rata-ratanya tidak bersetuju dan memberontak apabila mereka dituduh sebagai penduduk setinggan sedangkan geran tanah masih atas nama mereka. mereka merasakan UDA tidak sewajarnya meneruskan hasrat untuk membangunkan 650 unit banglow dan 40 unit rumah kos rendah di tanah sah mereka, tanpa memberi apa-apa jaminan kepada penduduk di situ. cuba bayangkan jika unit-unit perumahan itu didirikan, mampukah mereka menetap di kawasan yang sedang membangun pesat dengan pembelanjaan hidup yang sememangnya akan lebih tinggi dari apa yang mereka lalui sekarang.

mereka ini bukan lah golongan yang menolak pembangunan. mereka cuma akan bersetuju dengan cadangan UDA jika pembangunan itu dilakukan untuk penduduk di kawasan itu juga, bukan untuk kesenangan sebelah pihak sahaja. jika mereka dihalau, ke mana lagi mereka akan pergi? sedangkan seluruh keturunan mereka dilahirkan dan dibesarkan di situ…di Tanjung Tokong.


siapakah yang mampu menolak pembangunan jika masih hidup sebegini di celah-celah dunia yang mengila membangun sekarang ini???

saya mula terfikir, kadang-kadang, kita hanya memandang kepada kejayaan sesebuah negara dalam mengejar arus pemodenan dan giat bersaing dengan negara luar, hanya untuk dipandang tinggi oleh mereka… tanpa kita sedari, dalam masa yang sama, ramai rakyat kita sendiri yang ditindas!!!

cuma mungkin kita sering terlepas pandang akan cerita sebenar disebalik semua ini. ‘the big secret behind all this’. tak semua orang sedar bahawa disebalik berdirinya bangunan yang megah itu, ada permainan psycho!!! apa yang anda rasa kan jika anda dikelilingi manusia berbadan tegap, bengis dan menggerunkan?? sedangkan anda cuma seorg yang kurus, tidak ada ilmu seni pertahankan diri dan sedang lemah. apa yang anda akan lakukan??? pastinya anda akan lari kan diri dari tempat tersebut tanpa perlu dikerah oleh mereka yang menggerunkan itu!! kalau mahu selamat!! sedar atau tidak, analogi ini lah yang sedang membelenggu mangsa-mangsa pembangunan. inilah realitinya! realiti manusia yang semakin hari semakin hilang erti kemanusiaan.

dalam masa yang sama, cuba kita fikirkan tentang nasib generasi akan datang…

cabaran-cabaran yang kami tempuhi sepanjang membuat bancian:

ada sebilangan penduduk yang enggan memberi kerja sama kerana menganggap kami berpihak kepada sebuah puak saja. hal ini berikutan terdapat beberapa persatuan dalam kampung yang sama, yang memperjuangkan perkara yang sama, tetapi melalui cara yang berbeza dan tidak bersefahaman, maka terhasillah suatu gambaran berpuak-puak. yang menjadi kemusykilan kami, kenapa perlu berpuak-puak, jika mereka memperjuangkan perkara yang sama??? mungkinkah ini punca utama mengapa isu perampasan tanah masih gagal diselesaikan walau dah berpuluh-puluh tahun isu ini diperdebatkan?? ‘orang melayu tak bersatu’!!!! pada sudut pandangan saya sebagai sukarelawan yang tidak menyebelahi mana-mana pihak, saya merasakan, selagi orang melayu tak bersatu dan buang ego mereka, berapa banyak bancian yang dilakukan sekali pun, tidak akan membuahkan apa-apa hasil.

p/s: sebarang perkongsian dan pendapat boleh lah dikongsi bersama dalam bahagian komen dibawah ini. sebarang cadangan untuk mengatasi permasalahan ini juga amat dialu-alukan…:)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Punca masalah adalah peminpin tak pandai (bodoh ) membodohkan rakyat miskin, masa ada kuasa buncitkan perut dan sokong buta tuli sang penguasa.