Khamis, Jun 23, 2011

Jom Ke Kuliah Dhuha...

Assalamualaikum...



"Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan menuju ke syurga."
(H.R Muslim, Abu Daud, Turmizi dll)

Mafhum hadith ini, sesiapa saja yang sanggup melapangkan sedikit masanya untuk menambah pengetahuan lebih-lebih lagi ilmu yang berkaitan dengan agama, maka peluangnya untuk masuk ke dalam syurga adalah cerah kerana jalan ke sana telah dimudahkan oleh Allah SWT.

Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda:
"Selamat datang wahai orang yang menuntut ilmu, sesungguhnya para penuntut ilmu itu akan dinaungi oleh sayap-sayap para malaikat yang saling bertindihan satu sama lainnya sampailah ke langit dunia, ini kerana kecintaan mereka kepada orang yang menuntut ilmu."
(H.R Ibnu Majah, Ahmad, Thabrani & Ibnu Hibban)

-------------------------------------------------------------------------------------

Semua sahabat-sahabat dijemput beramai-ramai ke program pengisian ilmiah anjuran Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API)

KULIAH DHUHA

Kupasan buku Aqidatul Najihin (Sheikh Zainal Abidin Bin Muhammad Al-Fathoni)

Oleh: Ustaz Rosli Othman
(NYDP Persatuan Ulamak Malaysia Caw. P.Pinang dan Ahli Majlis Fatwa Negeri).

Tarikh: 26 Jun 2011 (Ahad)

Masa: 9.00-11.00 pg

Tempat: Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Bertam, Pulau Pinang.

Ayuh beramai-ramai imarahkan majlis ilmu...hayati sabda junjungan mulia...('',)

Tiada ulasan: