Selasa, November 15, 2011

Kuliah Tafaqquh Fid-din Bulan Ini: Akhlaq dan Fiqh Wanita


Bismillahirrahmanirrahim....


Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T, Kuliah Tafaqquh Fid-din sudah bermula. Kelas pertama telah diadakan pada 23 Oktober 2011 yang lalu. Kelas pertama "Usul al-din" disampaikan oleh Prof Dr Wan Salim Wan Mohd Nor. Buku rujukan yang digunakan ialah "IMAN: Rukun, Hakikat dan Pembatalannya" karya Dr Muhd Naim Yasin, terbitan Pustaka Darussalam. InsyaAllah, kelas kedua akan diadakan pada:


Tarikh: 20 November 2011
Hari: Ahad
Masa: 8 pagi - 10 pagi
Tempat: Serambi Dakwah, Lorong Bagan Lalang 22, Taman Bagan Lalang, 13400 Butterworth, Pulau Pinang.


Fokus kali ini adalah Akhlaq dan Fiqh Wanita. Akan disampaikan oleh Ustazah Mardziah Zakaria. Dijemput sahabat-sahabat untuk datang ke majlis ilmu ini. Sebar-sebarkan untuk manfaat bersama.

MUSLIMIN: Kenapa anda perlu
datang?

· "Setiap kamu adalah penjaga dan akan ditanya tentang jagaannya; pemimpin akan ditanya tentang jagaannya, lelaki akan ditanya tentang isteri dan anak-anaknya.." (H.R Muslim)


Ya akhi: Allah taklifkan ke atasmu untuk memegang amanah untuk mentaati kedua ibu bapamu dan juga memegang amanah untuk mendidik isteri dan anak-anakmu u
ntuk mentaati Allah dan RasulNya. Bersediakah kau memikul amanah itu? Sudah cukupkah ilmu di dada buat bekalan melayari bahtera dunia menuju negeri yang abadi di mana segalanya akan dipersoalkan dan diberi balasan setimpal?


MUSLIMAT: Kenapa anda perlu datang?

· "...Isteri adalah penjaga di rumah suaminya dan akan ditanya tentang jagaannya dan anak adalah penjaga harta bapanya dan akan ditanya tentang jagaannya." (H.R Muslim)

Ya ukhtie: Allah jadikan dirimu sebagai pelengkap rusuk suamimu sebagai tanda kekuasaanNya. Kau diamanahkan untuk mentaati suamimu setelah Allah dan RasulNya. Tugasmu juga, mengasuh dan mendidik permata hatimu untuk mentaatiNya. Sudah cukupkah ilmu di dada untuk mendidik diri dan anak-anakmu kelak? Kerana tarbiyah itu bermula dengan tarbiyah diri.

Ya Akhi..wa Ukhtie...

Rebutlah kesempatan ini...tingkatkan bekalan ilmu di dada. Rujuklah pada ahlinya, agar terpandu ke jalan yang diredhai..insyaAllah. Bawa bersama keluarga anda, tarbiyah awal untuk permata hati kalian. Moga hati anak-anak kecil itu terpaut pada kemanisan menuntut ilmu dan keberkatan berada dalam majlis ilmu..insyaAllah.

· Orang-orang yang berkumpul mengingati Allah (majlis ilmu @ zikir) akan dikelilingi Malaikat, dipenuhi Rahmat, diturunkan Ketenangan dan disebut-sebut nama mereka. (H.R Muslim)

Semoga kita sama-sama diberi keberkatan atas ilmu yang Allah kurniakan dan diberi kekuatan untuk mengamalkannya dan istiqamah dengannya..insyaAllah..('',)

Sebarang pertanyaan sila hubungi 019-5236057.

Tiada ulasan: