Khamis, Februari 02, 2012

Amalan Yang Paling Dicintai...

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarokatuh.

"Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan(istiqamah) walaupun itu sedikit." [HR. Muslim no. 783]


Apa khabar semua? Semakin hari, semakin banyak peristiwa-peristiwa dan isu-isu masyarakat yang terkesan di hati dan fikiran kita. Sudahkah kita benar-benar mengambil contoh, pengajaran dan iktibar dari setiap kejadian yang berlaku, atau kita langsung tidak mahu mengambil peduli. Semoga terus bersemangat menghadapi hari-hari mendatang. Bagi pihak API kepada semua aktivis, lihat lampiran gambar, ada perubahan jadual bagi program-program tarbiah API dan program-program Lapangan.

Jumaat, Januari 13, 2012

Kuliah Pengajian Bulan Januari

Perihal Ilmu...


Namun, 


 Maka Ketahuilah,


Panggilan untuk semua aktivis yang berpusat di Pulau Pinang untuk hadir ke Majlis Ilmu Bulanan tiga serangkai, semoga dengan usaha ini dapat memandu kita dalam menilai dan memperbaiki amal Islami kita untuk masyarakat...

Rabu, Januari 11, 2012

Perihal Makna Akhlak Dan Konsep Moral

Antara masalah utama dalam masyarakat adalah kesalahan masyarakat untuk menilai baik buruk sesuatu perkara. Sama ada apa yang dilakukan itu benar atau salah. Sila baca...
http://www.sinarloronggelap.blogspot.com/2012/01/dogma-nota-dari-pengaman-lapangan.html

Selasa, Disember 13, 2011

Kuliah Akidah & Pengajian Tamadun Islam dan Barat




Dijemput sahabat-sahabat yang dihormati sekalian ke:

Kuliah Tafaqquh Fiddin

Pengajian Tamadun Islam dan Barat

pada 18 Disember 2011 (Sabtu) jam 9 pagi

di Serambi Dakwah, Bagan Lalang, Butterworth, P. Pinang.

Kuliah akan disampaikan oleh:
Prof. Madya Dr. Fadhlullah Jamil
(Timb. YDP. Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan P. Pinang).

"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna." (Surah Az-Zumar 39 : Ayat 9)

JUGA DIJEMPUT KE;








Kuliah Aqidah yang akan membincangkan

tafsir Surah Nuh

pada 15 Disember 2011 (Khamis) jam 9 malam

di Serambi Dakwah, Bagan Lalang, Butterworth, P. Pinang.

Kuliah akan disampaikan oleh Al-Fadzil Ust. Hafizullah Ubaidah
(Guru Agama Sek. Men. Keb. Alma, P. Pinang).

KELAS RAKYAT DIDIKAN SERAMBI




Alhamdulillah, semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah. Flyers tentang kelas percuma ini telah diedarkan dari rumah ke rumah di kawasan Bagan Lalang, biasalah ada yang menyokong dan ada juga yang memfitnah itu dan ini tentang usaha kita ini. Namun hampir semua penduduk menyokong kecuali beberapa pakcik yang prejudis terhadap keberadaan kita di Serambi Dakwah yang kononnya ada agenda politik. Sebelum itu, biar saya ceritakan tentang projek kita ini.

Rabu, Disember 07, 2011

USRAH MEGA SISTER


Assalamualaikum..
Khas untuk semua WANITA-WANITA HEBAT di luar sana. API akan mengadakan satu program yang dinamakan 'USRAH MEGA SISTER' Jom ramai-ramai kita singgah berterapi sebentar di :

Tempat: Serambi Dakwah, Bagan Lalang.
Tarikh : 10 Disember hingga 11 Disember 2011
Masa : 5 Petang hingga 2 petang
Yuran Pendaftaran: RM 10 ( Orang Awam), RM 5 (Pelajar )

Selasa, November 15, 2011

Kuliah Tafaqquh Fid-din Bulan Ini: Akhlaq dan Fiqh Wanita


Bismillahirrahmanirrahim....


Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T, Kuliah Tafaqquh Fid-din sudah bermula. Kelas pertama telah diadakan pada 23 Oktober 2011 yang lalu. Kelas pertama "Usul al-din" disampaikan oleh Prof Dr Wan Salim Wan Mohd Nor. Buku rujukan yang digunakan ialah "IMAN: Rukun, Hakikat dan Pembatalannya" karya Dr Muhd Naim Yasin, terbitan Pustaka Darussalam. InsyaAllah, kelas kedua akan diadakan pada:


Tarikh: 20 November 2011
Hari: Ahad
Masa: 8 pagi - 10 pagi
Tempat: Serambi Dakwah, Lorong Bagan Lalang 22, Taman Bagan Lalang, 13400 Butterworth, Pulau Pinang.


Fokus kali ini adalah Akhlaq dan Fiqh Wanita. Akan disampaikan oleh Ustazah Mardziah Zakaria. Dijemput sahabat-sahabat untuk datang ke majlis ilmu ini. Sebar-sebarkan untuk manfaat bersama.

MUSLIMIN: Kenapa anda perlu
datang?

· "Setiap kamu adalah penjaga dan akan ditanya tentang jagaannya; pemimpin akan ditanya tentang jagaannya, lelaki akan ditanya tentang isteri dan anak-anaknya.." (H.R Muslim)


Ya akhi: Allah taklifkan ke atasmu untuk memegang amanah untuk mentaati kedua ibu bapamu dan juga memegang amanah untuk mendidik isteri dan anak-anakmu u
ntuk mentaati Allah dan RasulNya. Bersediakah kau memikul amanah itu? Sudah cukupkah ilmu di dada buat bekalan melayari bahtera dunia menuju negeri yang abadi di mana segalanya akan dipersoalkan dan diberi balasan setimpal?


MUSLIMAT: Kenapa anda perlu datang?

· "...Isteri adalah penjaga di rumah suaminya dan akan ditanya tentang jagaannya dan anak adalah penjaga harta bapanya dan akan ditanya tentang jagaannya." (H.R Muslim)

Ya ukhtie: Allah jadikan dirimu sebagai pelengkap rusuk suamimu sebagai tanda kekuasaanNya. Kau diamanahkan untuk mentaati suamimu setelah Allah dan RasulNya. Tugasmu juga, mengasuh dan mendidik permata hatimu untuk mentaatiNya. Sudah cukupkah ilmu di dada untuk mendidik diri dan anak-anakmu kelak? Kerana tarbiyah itu bermula dengan tarbiyah diri.

Ya Akhi..wa Ukhtie...

Rebutlah kesempatan ini...tingkatkan bekalan ilmu di dada. Rujuklah pada ahlinya, agar terpandu ke jalan yang diredhai..insyaAllah. Bawa bersama keluarga anda, tarbiyah awal untuk permata hati kalian. Moga hati anak-anak kecil itu terpaut pada kemanisan menuntut ilmu dan keberkatan berada dalam majlis ilmu..insyaAllah.

· Orang-orang yang berkumpul mengingati Allah (majlis ilmu @ zikir) akan dikelilingi Malaikat, dipenuhi Rahmat, diturunkan Ketenangan dan disebut-sebut nama mereka. (H.R Muslim)

Semoga kita sama-sama diberi keberkatan atas ilmu yang Allah kurniakan dan diberi kekuatan untuk mengamalkannya dan istiqamah dengannya..insyaAllah..('',)

Sebarang pertanyaan sila hubungi 019-5236057.