Tindakan para penuntut Uitm mengadakan demostrasi aman jelas menunjukkan sikap ‘double standard’ peringkat tertinggi pentadbiran universiti berkenaan. Pernah suatu ketika jika penuntut melakukan perkara yang sama, mesti terpaksa mengadap Majlis Tatatertib Universiti. Malah, sebelum ini jika tindakan berdemostrasi merupakan salah satu tindakan yang dianggap ‘bukan budaya kita’ bagi kerajaan Malaysia. Namun kini menjadi sebaliknya. Tiada satu pun pihak yang mengecam tindakan ini. Saya merasakan tindakan yang diambil oleh penuntut kita merupakan satu tindakan yang betul jika tidak beralaskan kepada Akta AUKU, yang melarang sebarang perhimpunan dilakukan. Ini kerana apa yang dilakukan untuk mempertahankan satu-satunya universiti tempatan yang mempunyai 100% penuntut bumiputra. Alasan untuk meningkatkan kecemerlangan penuntut Bumiputra dengan memasukkan penuntut bukan bumiputra tidak berasas sama sekali. Cukuplah UMNO dengan baik hati membenarkan hak bumiputra diambil seperti mana yang berlaku di MRSM dan hilangnya hampir separuh hak mendapatkan biasiswa JPN kepada pelajar-pelajar bumiputra yang cemerlang. Bukan saya bersifat perkauman tapi apa yang dilakukan oleh UMNO adalah untuk kepentingan politik semata-mata.
Saya juga merasakan tindakan Gabungan NGO Islam di Pulau Pinang mengadakan perhimpunan awam di depan Hotel Cititel untuk menghalang satu Forum yang dianjurkan oleh Kumpulan Artikel 11 adalah bertepatan untuk mempertahankan kesucian Islam dan sebenarnya tidak patut dibincangkan oleh orang bukan Islam. Paling menyedihkan salah seorang panel yang dijemput adalah Zaid Ibrahim yang kini memegang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam hak ehwal undang-undang untuk menjadi wakil orang Islam. Sedangkan dia juga merupakan pendokong kuat IFC dan Artikel 11. Adakah orang sebegini layak menjadi wakil umat Islam? Forum bertujuan untuk membincangkan isu berkaitan Suruhanjaya Antara Kepercayaan Agama (IFC) termasuk sistem kehakiman dan penolakan sebarang usaha menjadikan Malaysia negara teokratik. Tindakan mahkamah yang diambil oleh kumpulan Artikel 11 ke atas beberapa orang yang dikatakan mengetuai umat Islam untuk mengadakan perhimpunan aman ini sehingga kini masih belum selesai walaupun telah berlanjutan hampir 2 tahun. Diharapkan mereka yang terlibat dalam perhimpunan aman menentang penganjuran Forum ‘Memeluk Islam’ anjuran Majlis Peguam tidak turut diseret ke mahkamah.
Teruskan usaha wahai pejuang-pejuang Islam sekalian. Banyak isu dan perkara yang masih perlu diperbaiki untuk memastikan umat Islam di Malaysia berada lurus di jalan yang diredai Allah swt dengan perancangan yang teratur dan berstategik. Sesungguhnya usaha yang dilakukan pasti akan melalui rintangan yang pelbagai. Tapi disitulah adanya kemanisannya. Allahuakbar...
Pesanan penaja; kepada MB Selangor, pohon maaflah secara terbuka. Duduknya anda di kerusi empuk MB adalah kerana sokongan Melayu. Jangan cepat lupa…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan