Sabtu, Ogos 30, 2008

SEHARI SEBELUM MERDEKA - Ketagihan Baru Di Kalangan Remaja Sungai Petani



Sungai Petani
- Hasil tinjauan pada 30/08/08. Kami mendapati terdapat trend baru dikalangan remaja Sg. Petani. Penemuan banyak botol-botl kosong di bangunan PKNK menunjukkan bahawa tempat ini menjadi tempat melepak sambil berkhayal dengan meminum arak pelbagai jenis yang dijual dengan harga yang murah dipasaran tempatan. Lebih memeranjatan apabila kami menemui botol-botol yang dipercayai bekas ubat batuk buatan thailand.

Berikut adalah jeni-jenis arak murah dan ubat batuk yang ditemui :-

1. Ubat batuk jenama M-150 keluaran syarikat Thailand yang tidak dapat dibaca namanya. Semua tulisan yang ada dibotol ini adalah tulisan thai kecuali perkatan M-150.

2. Arak 3 Axes Brandy yang mengandungi 40% alkhohol. Dikilangkan di Klang oleh KB Liquor Trading Sdn. Bhd. Tertulis amaran tidak sesuai digunakan oleh sesiapa di bawah 18 umur. Sedangkan peminum adalah remaja berusia antara 12 - 18 tahun.

3. Arak T.H.B. Brand yang mengandungi 30% alkhohol. Dikilangkan di Bakar Arang, Sungai Petani oleh Northern Vintage Industry Sdn. Bhd.

4. Arak "Cap Buluh" bertulisan thai yang dibotolkan oleh Northen Vintage Industry SDN BHD, , Sg. Petani, Kedah. 22% alkohol.

5. Arak 'Thai Girl Original' yang mengandungi 35% alkohol, buatan KB Likeur Trading Sdn. Bhd. Klang.

Kami juga tersempak dengan 4 orang lelaki bujang disyaki anggota tentera yang sedang membeli 'gam' di salah sebuah kedai hardware di sini. Apa yang menjadi persoalan adalah apakah yang ingin dilakukan oleh mereka dengan gam itu sedangkan mereka terus menuju ke central squre selepas membeli gam tersebut. Ini menunjukkan gam itu bukan untuk membaiki tayar atau kasut tapi berkemungkinan besr untuk dihidu.

Kami sempat bersembang dengan 3 orang remaja perempuan tingkatan 3 yang melepak di CS. Apabila ditanya mengenai ubat batuk yang kami temui tadi, mereka menjelaskan bahawa ubat batuk itu akan dicampur dengan air coca-cola di dalam botol, digancang lalu diminum untuk diminum oleh remaja lelaki dan perempuan. Jika hendak lebih dahsyat lagi, panadol boleh dicampurkan dalam botol itu.

Tinjauan kami di bangunan apartment separuh siap yang terbengkali mendapati seluruh tingkat bangunan itu pasti akan dapat dijumpai sisa-sisa jarum suntikan. Najis manusia pula terdapat dimerata-rata tempat diseluruh aras di bangunan 8 tingkat. Menunjukkan mereka membuang air besar di mana-mana mereka suka. Di tingkat-tingkat atas, terdapat tilam-tilam dan pakaian penagih dadah ini disamping jarum, kondom, coli dan pakaian dalam wanita, bekas-bekas lilin, sudu besi dan botol-botol arak kebanyakan jenis Thai Song dan Thai Girl.

Apa yang kami temui sehari sebelum merdeka ini sangat mengecewakan kami. Nampaknya masyarakat kita, terutama golongan belia dan remaja masih lagi terjajah di bumi sendiri dengan khayalan mereka sendiri demi mencapai kebahagiaan palsu yang digelar hedonisma.

sebarang maklumat lanjut boleh didapati di laman urusetia LANDAS
http:/urusetialandas.blogspot.com

NURFITRI AMIR MUHAMMAD
Usrah Isu Sosial API
Koordinator RAUDAH DAN UNGGAS

Tiada ulasan: