Selasa, Oktober 08, 2013

SISWA-SISWI UITM KOTA BHARU DEKATI GELANDANGAN

Petikan mesej seorang siswi:
“kami dah tak tahu dah nak rujuk siapa untuk program ni, kami cuma nak turun bagi makan untuk gelandangan. Tarikh cadangan Jumaat malam (27 September).”
Pada tarikh 28 September dan 29 September, UNGGAS perlu berada di Ipoh, Perak untuk Program Dakwah bersama IPTA/IPTS seluruh Perak. Jadi, UNGGAS terpaksa tolak untuk membawa siswa-siswi UITM Kota Bharu mendekati gelandangan. Turun ke lapangan gelandangan, masa yang sesuai adalah 12 tengah malam dan ke atas kerana pada masa itu mereka akan kembali ke ‘tempat tidur’ di sekitar Georgetown.
Petikan mesej dari UNGGAS:
“Kalau macam tu, kita tukar tarikh ke Khamis malam (26 September)”
Penyelesaiannya, mereka setuju untuk turun pada tarikh tersebut. Untuk makluman, mereka datang ke Pulau Pinang kerana menghadiri program di UITM Pematang Pauh. Namun, bagi memanfaatkan masa di sini, mereka memohon UNGGAS untuk membawa mereka mengembara ke ‘dunia’ gelandangan. 
Biar jauh perjalanan, letih dalam kesukaran, namun ia tidak dijadikan alasan untuk mereka mendalami jiwa gelandangan. Rombongan mereka tiba di Georgtown sekitar jam 11 malam (jam 2.30 petang bertolak dari Kelantan). Setelah sampai, mereka mengisi ‘minyak’ terlebih dahulu. Nasi Kandar time!


Mengisi 'minyak' di sebuah restoran Nasi Kandar 
Mengisi 'minyak' di sebuah restoran Nasi Kandar
Setelah jam menunjukkan 12.15 pagi, UNGGAS (6 sukarelawan/fasilitator) membawa mereka ke tempat tidur gelandangan. Dua kumpulan yang terdiri daripada 12 siswa-siswi dan 3 sukarelawan UNGGAS dibahagikan ke Sekitar Masjid Kapitan Keling dan Lebuh Chulia.

Mesra... Sukarelawan sempat bergambar dengan mak cik yang tiada rumah ini
 Tidak lama kemudian, hujan lebat membasahi bumi. Air naik hingga ke paras betis, kami tidak dapat meneruskan perjalanan kerana hujan terlalu lebat dan kilat serta guruh tidak kurang hebatnya.

Tidak lama kemudian, hujan lebat membasahi bumi. Air naik hingga ke paras betis, kami tidak dapat meneruskan perjalanan kerana hujan terlalu lebat dan kilat serta guruh tidak kurang hebatnya. 
 UNGGAS mengambil keputusan untuk ke KOMTAR. Di sekitar perhentian bas adalah salah satu tempat tumpuan gelandangan untuk melepaskan lelah seharian bekerja. Dahulunya, di hadapan pintu masuk Perangin Mall juga menjadi tempat tidur gelandangan, namun menurut seorang pak cik yang kami temui di situ memberitahu bahawa mereka sudah tidak dibenarkan ‘bermalam’ di situ.

Abang yang mesra

Pak cik yang kesejukan kerana hujan lebat


Sepanjang kami berbual-bual bersama pak cik-pak cik di situ, ALHAMDULILLAH kedatangan kami disambut baik. Tidak kurang juga yang berbual panjang, menceritakan pengalaman bekerja dari satu tempat ke satu tempat. Ada yang menolak pemberian nasi kandar yang kami berikan, sudah kenyang katanya. Ada juga yang minta 2dua bungkus nasi. Sedap dan lapar mungkin. 

Semasa kami mengedarkan makanan kepada pak cik-pak cik di situ, kelihatan seseorang yang menghulurkan satu bungkusan plastik besar yang isinya adalah makanan. Kelihatan encik itu adalah seorang yang berbangsa Cina. (Persoalan yang patut ada dalam benak, halalkah makanan itu? sumbernya dari mana?) Tetapi persoalan ini hanya perlu ada dalam benak seseorang yang bertindak mencari jawapannya.
Alhamdulillah, sasaran kami untuk berjumpa dengan gelandangan sambil memberi 30 bungkus nasi tercapai. Pertemuan kami berakhir sekitar jam 2.30 pagi. Moga UNGGAS dan siswa-siswi UITM Kota Bharu akan dipertemukan lagi di program yang akan datang.

Moga pertemuan ini hanya detik permulaan berkenalan

Tiada ulasan: