Ahad, Oktober 21, 2012

Forum Bersama Ulama' - Hukum Hudud:Konsep Dan Penghayatan

JEMPUTAN KE FORUM BERSAMA ULAMA' : HUKUM HUDUD - KONSEP DAN PENGHAYATAN


Bersama Panel :
1. Dr. Wan Salim bin Wan Mohd. Noor (YDP PUMPP)
2. Dato' Haji Salleh bin Ahmad (Ahli Majlis Fatwa P. Pinang)
3. En. Munir Faeed (Peguam Syar'ie)

Pada : 24 Okt. 2012 (Rabu)
Jam  : 7.30 malam
Di   : Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Program adalah anjuran Persatuan Ulama' Malaysia Pulau Pinang (PUMPP)

Perhubungan :
Saudara Amir +6013-7069509
Saudara 'Izzat +6013-4025570

Mohon disebarkan...


Khamis, Oktober 11, 2012

USRAH MUROBBI OKTOBER 2012

Usrah Murobbi bulanan datang lagi. Jom sama-sama kita isi kelompangan hati dan waktu yang terluang dengan sama-sama mengikuti kupasan buku Bahtera Penyelamat - Dalam Kehidupan Pendakwah Karya Fathi Yakan. KArya ini akan dikupas sendiri oleh Pengerusi API Malaysia. Bila usrah ini akan diadakan? Usrah ini akan diadakan pada 12 Oktober 2012. Kupasan buku ini akan berlangsung pada jam 8.30 malam di Surau Plaza Ivory, Bukit Gambier, Pulau Pinang. Jom sama-sama kiita imarahkan majlis ilmu.

usrah murobbi Oktober 2012

Rabu, September 26, 2012

USRAH MUROBBI SEPTEMBER 2012

Usrah Murobbi kembali lagi untuk bulan September. Jom sama-sama kita imarahkan majlis ilmu. Bila akan diadakan? Di mana ? Pukul berapa? 

Tarikh  : 28 September 2012
Masa   : 8.30 malam
Tempat :Surau Plaza Ivori, Jalan Bukit Gambir (Berdekatan dengan pintu Desasiswa RST             USM)
Kehadiran : Terbuka kepada semua.

                         Jom Ramai-Ramai Kita Serbu Majlis Ilmu..



Khamis, September 06, 2012

Kuliah Umum: Merdeka Dalam Pengertian Islam


Sempena dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2012 ini, API akan mengadakan satu kuliah umum berkenaan dengan kemerdekaan. Kuliah umum yang bertajuk 'Merdeka Dalam Pengertian Islam' itu akan dikupas oleh Naib Yang Di-Pertua Persatuan Ulamak Malaysia Cawangan Pulau Pinang, Dr. Fadhlullah Jamil.

Semua dijuemput hadir ke kuliah umum ini yang akan diadakan di pusat operasi API di Serambi Dakwah Taman Bagan Lalang, Butterworth, Pulau Pinang.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang program,bolehlah berhubung dengan saudari syazwani di talian 019-8932552.

" Jom pakat-pakat kita mai tambah ilmu ".

Selasa, September 04, 2012

Usrah Bulanan Sister API


Usrah bulanan untuk muslimah datang lagi. Kali ini isu yang akan dibincangkan di dalam usrah adalah " belajar dari alam". Sambil berusrah menambah ilmu,kita eratkan ukhwah fillah ini. Moga segalanya dalam keberkatan dan redha Allah. Untuk pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi 019-8932552

Jumaat, Ogos 10, 2012

Kita Fokus Kepada Masalah Sebenar







Perjumpaan NGO Islam Pertubuhan Aktivis Pengupayaan Insan (API), Pertubuhan 

Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS MALAYSIA) dengan YDP MAINPP Datuk 

Mohd Salleh Man mengenai isu kristianisasi Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang. 

Perjumpaan ini diadakan di Pejabat Agama Daerah Butterworth.


Lain-lain pegawai yang hadir ialah Pengarah JAIPP, KPP Bahagian Dakwah JAIPP, 

Unit  Penguatkuasa JAIPP, Media TV Al-Hijrah. NGO Islam yang lain turut hadir IKRAM 

dan ISMA. IPSI turut memberi sokongan menerusi telefon walaupun tidak dapat 

hadir.Salah faham isu kristianisai melalui media dapat dijelaskan secara 

bersemuka dengan pihak berkuasa agama MAINPP dan JAIPP. 



Peringkat awal perbincangan berlaku sedikit perselisihan faham antara fungsi NGO 

dan agensi kerajaan dan agama. Akhirnya perjumpaan tersebut dapat ditemui titik 

pertemuan dan bentuk kerjasama yang akan diselaraskan NGO Islam dengan pihak 

MAINPP dan JAIPP. Apa yang dipersetujui dan diputuskan, jangan ada mana-mana 

pihak yang cuba membuat persepsi negatif dan tidak betul sebelum merujuk 

maklumat sebenarnya isu yang berlaku. Jangan ada mana-mana pihak yang cuba 

mengambil kesempatan menanguk di air keruh.


Isu pokok sebenarnya adalah isu golongan gelandangan dan miskin bandar ini yang 

tidak terbela, tiada motivasi, dan tidak mendapat bantuan moral dan kebajikan. 

Sepatutnya semua pihak turun padang melaksanakan kerja-kerja dakwah 

lapangan mendekati gologan sasaran yang terbiar dan terpinggir. Ini merupakan 

kewajiban dakwah setiap muslim yang mukallaf. Oleh sebab kita umat Islam menyisih 

mereka ini terutamanya gelandangan Islam, maka pihak lain mengambil kesempatan 

mendekati mereka ini, akhirnya kita sendiri yang malu.




Diharapkan YB tidak hanya berjanji manis. Melaui Ketua Unit Dakwah, Ustazah 


Maria (Pegawai yang diminta terus berhubungan dengan kami). Diharapkan program 


susulan dapat dilaksanakan...


Selasa, Ogos 07, 2012

Video Pengaduan Dan Pengakuan Pakcik Beca Tentang Agenda Kristianisasi Di Georgetown


Assalamualaikum,

Ini adalah rakaman video tentang peristiwa Pakcik Beca didatangi dua pelancong Amerika yang juga merupakan mubaligh kristian. Kami sangat berharap, semua pihak tidak membuat tuduhan melulu kononnya ini adalah isu rekaan untuk mencemarkan nama baik MAINPP.

Kita perlu insaf bahawa dua lelaki ini sangat komited dalam melaksanakan tugas dakyahnya. Tetapi kita, umat Islam masih lagi bermain tuding menuding mencari salah siapa.

Pada kami, melihat dari tanggungjawab pemerintah dan peruntukan undang-undang, dua lelaki ini salah dan perlu ditangani. Pihak yang terbabit tidak perlu berdolak dalih lagi. Tindakan mesti diambil. Jangan buruk sangka kepada kami.Tetapi apa yang lebih penting adalah apa yang kita lakukan untuk menyelesaikan masalah utamanya. Nasib golongan miskin bandar ini. Terlalu banyak alasan yang diberikan untuk tidak membantu. 

Sindiket, Penipuan, Sikap Malas, Tak Tahu Mereka Islam atau bukan, semua ini adalah alasan yang diberikan sewaktu pertemuan dengan pihak-pihak terbabit. Ya, mereka memang bermasalah. Memang sakit hati berurusan dengan orang-orang macam ini. Macam-macam perangai, pengotor, mabuk, lebih suka meminta-minta... Tapi kerana mereka bermasalah lah kita perlu bantu. Kalau mereka semua ok. Normal. Tak perlulah bantu. 

Umat Islam perlu sedar, kita perlu peka dengan keadaan sekeliling, jangan pentingkan diri, jangan merasa diri sudah mulia dan tidak perlu peduli dengan orang-orang yang menjengkelkan ini.

Ingatlah pesan Allah Azza Wa Jallah dalam surah Al-Maun: 

1. Tahukah Engkau akan orang Yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?

2. orang itu ialah Yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,

3. dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan Yang berhak diterima oleh orang miskin.

4. (kalau orang Yang demikian dikira dari bilangan orang-orang Yang mendustakan ugama), 
maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang -

5. (laitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

6. (juga bagi) orang-orang Yang berkeadaan riak (bangga diri Dalam Ibadat dan bawaannya),

7. dan orang-orang Yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang Yang berhak mendapatnya).



Maka marilah kita muhasabah diri kita, adakah kita di dalam kalangan orang-orang yang mendustakan agama?


Sekitar program Ramadhan Discovery (dimana kami terserempak dengan kes ini).
Untuk makluman. Kami telah pun menelefon YDP MAINPP dan membuat aduan rasmi.