Selasa, Jun 24, 2008

Bengkel Penulisan

Pada 7 Jun 2008 Bengkel Penulisan telah berjaya diadakan oleh Usrah Sastera API di Kebun Bunga, Pulau Pinang bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Bengkel ini telah dihadiri oleh 11 orang peserta terdiri daripada 7 peserta lelaki dan 4 peserta perempuan seperti berikut:

Peserta diminta menulis apa-apa sahaja dalam masa lima belas minit untuk melihat kecenderungan genre masing-masing. Dalam kalangan peserta masing-masing menunjukkan kecenderungan dalam penulisan kreatif seperti novel, puisi dan cerpen sementara dalam penulisan bukan kreatif peserta berkecenderungan menulis makalah dan artikel.

Selepas itu peserta didedahkan dengan realiti ’penulisan’ dan ’bacaan’ semasa dan bagaimana mereka harus tampil sama ada sebagai penyelamat keadaan atau merebut peluang yang ada untuk berdakwah. Setelah peserta diberikan panduan asas penulisan mereka diberikan masa selama dua puluh minit untuk menulis. Semua buah fikiran mereka dikongsi dengan peserta yang lain secara lisan.

Kebanyakan peserta berasa bahawa bengkel adalah baik dan tempat yang dipilih adalah sesuai. Kaedah pengendalian dalam kumpulan yang kecil dan secara santai lebih memudahkan mereka untuk menonjolkan bakat masing-masing tanpa rasa segan yang berlebihan. Peserta mencadangkan agar bengkel diadakan secara berkala dan lebih menjurus kepada genre-genre tertentu misalnya bengkel penulisan cerpen atau bengkel penulisan makalah. Peserta berjanji akan menyiapkan sebuah hasil tulisan dalam masa sebulan dan akan menghantarnya ke alamat e-mel neza_nini@hotmail.com pada 7 Julai 2008.

Semoga Bengkel Penulisan telah memberikan manfaat dan semoga Allah memudahkan untuk mengadakan bengkel-bengkel berikutnya. Wallahu a’lam.

Siti Hazneza bt. Abdul Hamid

Ketua Usrah Sastera API.

Tiada ulasan: