Jumaat, Jun 06, 2008

Ilmu

Ilmu..

Daripada Abu Musa r.a. daripada Nabi s.a.w., beliau bersabda, "Perumpamaan petunjuk dan ilmu yang Allah mengutus aku untuk menyampaikannya adalah seperti hujan jatuh ke bumi.

"Sebahagian dari bumi itu ada yang subur menyerap air, menumbuh-suburkan tanam-tanaman, dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula tanah yang keras, tidak dapat menyerap air sehingga tergenang. Maka denganya Allah memberi manfaat kepada manusia. Mereka dapat minum darinya dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya) dan untuk bercucuk tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain, iaitu di atas tanah (berlapis batu) yang tidak menggenang air dan tidak pula menumbuhkan rumput."

"Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama (menuntut ilmu), yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, iaitu ia mempelajari dan mengajarkannya dan begitu pula perumpaan orang yang tidak mahu memikirkan dan tidak mahu menerima petunjuk Allah yang aku diutus untuk menyampaikannya. "

(Riwayat Bukhari)

Tiada ulasan: