Rabu, Disember 30, 2009

Persediaan Menyambut Pesta Maksiat . Mana persediaan menanganinya?

Concerts and fireworks to feature in 2010 countdown

By LESTER KONG

PETALING JAYA: The countdown to the end of the decade promises to be a fun-filled event, crammed with star-studded concerts, fireworks displays and other activities.

Revellers can head out to Dataran Merdeka on New Year’s Eve, where they can expect to be entertained from 8.45pm onwards by a line-up of local artistes and groups, such as Ella, Amy Search, bands Bunkface and Hujan.

The concert – which will be accompanied by City Hall’s 40-member orchestra and multi-cultural dance troupe – will also be enlivened by traditional performances from various ethnic groups.

Preparing for the big show: Workers busy installing fireworks at a garden near Dataran Merdeka Tuesday.The fiery display will bid the old year goodbye while welcoming the new one.

For those with a taste for adventure, they can make a beeline to KL Tower where 10 local BASE jumpers are scheduled to take a plunge to mark the passing of the old year.

In view of the New Year’s Eve celebrations, services at selected LRT, KL Monorail and RapidKL routes will also be extended.

Syarikat Prasarana Negara Bhd said in a statement that certain LRT stations on the Kelana Jaya line – Kelana Jaya, Bangsar, KL Sentral, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dang Wangi, Kampung Baru, KLCC and Ampang Park — will stay open until 2am.

On the Ampang LRT route, the Hang Tuah, Masjid Jamek and Bandaraya stations will also be opened until 2am, it said, adding that all other stations would close at 12.45am.

All KL Monorail stations will operate until 3am.

“To ease travel, there will be special ticket counters at selected LRT and monorail station,” the statement said, adding that the public could call its Helpline at 03-7885 2585 between 7am and 8.30pm from Mondays to Fridays, and between 8.30am and 5.30pm on weekends for information.

Kuala Lumpur Traffic Police chief ACP Rusli Mohd Noor said several roads around the city would be closed on Dec 31 for the celebrations in Dataran Merdeka and Bukit Bintang.

The road closure for Dataran Merdeka will be from the traffic lights at the intersection of Jalan Hishamuddin and Jalan Raja until those at the Jalan Raja-Jalan Tuanku Abdul Rahman junction from 7pm onwards.

For the celebrations in Bukit Bin-tang, the stretch between the Jalan Imbi-Jalan Sultan Ismail intersection and Jalan Sultan Ismail-Jalan Bukit Bintang will be closed beginning mid-night tonight until 6am on Jan 1.

Other roads are expected to be closed according to traffic situations

Mereka dengan bangga mempersiapkan diri dengan segala apa yang mereka ada untuk menyambut Majlis Maksiat ini. Saban tahun, kedatangan tahun baru masihi pasti akan disambut dengan perbuatan manusia mencabar hukum Allah bukan dengan menginsafi apa yang telah kita lakukan pada tahun lepas. Para dai'e sekalian, ayuh! jangan biarkan kefasadan ini menenggelamkan kita. Buatlah sesuatu walaupun sekadar menasihati keluarga agar tidak menonton sambutan tahun baru ini di tv... Lebih daripada itu, berdakwahlah, turun dan turut serta mereka, tetapi bukan untuk sama berkhayal, bahkan untuk menasihati segelintir mereka agar berubah....

Usrah Sosial, API

Selasa, Disember 29, 2009

Ops Sayangi Remaja (OSR)

Assalamualaikum para aktivis Islam sekalian. Seperti tahun-tahun sebelum ini, malam tahun baru akan tiba tidak lama lagi. Oleh itu, misi untuk menyelamatkan anak-anak muda kita daripada maksiat akan dilaksanakan. Ops Sayangi Remaja akan dijalankan sebagai satu bentuk dakwah lapangan dengan pendekatan kaunseling lapangan bagi mendekati remaja-ramaja lepak, couple, arak dan sebagainya. Oleh itu, anda dijemput turut serta dalam program ini yang akan dilaksanakan di sepanjang pantai di Lebuh Raya Pantai Butterworth (BORR, butterworth outer ring road)), Pantai Bersih.

Maklumat:
Berkumpul di MASJID KUBANG BUAYA, BUTTERWORTH bermula JAM 7 mlm. Bagi mengelakkan kekeliruan dan keadaan kucar kacir seperti yang berlaku sebelum ini, maka PENDAFTARAN DIWAJIBKAN di KAUNTER MASJID pada hari berkenaan (31/12/2009) bermula jam 7mlm sehingga 9 mlm. Taklimat dan panduan akan diberikan pada malam berkenaan. Kenderaan anda boleh ditinggalkan dimasjid, Bus akan disediakan untuk ke BORR dari Masjid.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Koordinator UNGGAS : Nurfitri Amir Muhammad 013-7069509. Sekian. Mari bersama kami menyelamatkan anak muda kita...!!!

Sabtu, Disember 19, 2009

Apabila Daie Berehat...

بسم الله الرحمن الرحيم

Apabila Daie berehat...

*Gambar sekadar hiasan

Tingkat empat dan lima Central Square, Sungai Petani dibanjiri anak-anak muda mentah untuk mengisi kekosongan jiwa. Mereka cuba mencari makna hidup disebalik budaya Punk, Skin Head, Black metal, Gothic dan Shuffle. Mereka mencari ketenangan dengan melalak dalam karaoke jamban, melanggah arak, main snooker, hidu gam dan bermadu kasih di sana.
Kata kita, "Ini kerja penguatkuasa!"

Apabila Daie berehat...

*Gambar sekadar hiasan

"Islam tak pa, tak Islam pun tak pa...," ujar seorang warga Kg. Orang Asli di Kuala Mu. Masyarakat minoriti ini bukan sahaja jauh daripada pembangunan dan kemajuan teknologi maklumat, bahkan jauh dengan Islam. Ada dalam kalangan mereka mengaku sebagai Islam namun dalam masa yang sama tangan cekat mengusap anjing. Kata kita, "Nanti daie lain buat!"

Apabila Daie berehat...

*Gambar sekadar hiasan

Penduduk Mukim Singkir, Yan berperang dengan K.S Chin Minerals Sdn. Bhd. dan Kemelong Engineering & Sankojaya Construction Sdn. Bhd. Isu pertelingkahan tentu sahaja tentang kuari Jerai. Keselamatan penduduk kampung berdekatan kuari terancam sejak kuari ini beroperasi. Antaranya, banjir lumpur, penyakit (akibat debu kuari) dan retakan rumah. Hasil kebun turut merosot akibat gegaran kuat dari kuari. Bukan itu sahaja, kuari ini sebenarnya beroperasi di kawasan hutan yang dilabel Kawasan Sensitif Alam Selitar (KSAS), kawasan yang sepatutnya dipelihara rapi.
Kata kita, Aik! Isu kuari Jerai ini pun kerja daiekah?"

Apabila Daie berehat...

*Gambar sekadar hiasan

Penduduk Kampung Tanjung Tokong terkontang kanting dibiarkan tanpa pembelaan apabila tanah mereka sedikit demi sedikit direbut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Alasan yang diberikan oleh pihak tersebut adalah tanah itu diambil untuk pembangunan. Namun pembangunan yang sepatutnya menjaga hak hakikatnya menodai hak.
Kata kita, " Ini bidang tugas orang politik!"

Apabila Daie berehat...

*Gambar sekadar hiasan

"Ubat ini halal atau tidak?"
"Gelatin ini umat Islam boleh makankah?"
"Kasut ini dibuat daripada kulit apa?"
Isu halal haram terus dibagkitkan dari hari ke hari.
Kata kita, " CAP dan PPIM kan ada!"

Apabila Daie berehat...

*Gambar sekadar hiasan

Chik Saaleh, 112 tahun terbongkok-bongkok menjiruskan air pada tubuh cucunya yang sudah berusia 52 tahun. Di gubuk yang sudah hampir roboh di tapak tanah rizab kerajaan Felda Bukit Tembaga Daerah Kuala Nerang, Kedah, Chik Salleh dan cucunya yang lumpuh sejak lahir itu tinggal. Hidupnya yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang tidak mendapat perhatian sewajarnya. Kata kita, "Orang miskin bukan dibawah tanggungjawab daie!"

Apabila Daie berehat...

*Gambar sekadar hiasan

Kemusnahan hutan bakau di persisiran pantai semakin menjadi-jadi. Pengeksploitasian sumber biodiversiti yang tidak terkawal seperti penerokaan kawasan paya bakau untuk pembangunan, ternakan ikan dalam sangkar, ternakan udang, perindustrian, perbandaran dan pembuangan sisa kimia oleh kapal dan bot nelayan telah mengancam ekosistem paya bakau.
kata kita, " Sudahlah! Kerja Daiekah ini?"


Apabila Daie berehat...

*Gambar sekadar hiasan

"Kami perlukan bantuan kamu," ujar seorang mujahidin dari Pattani kepada seorang mubaligh Kristian. Dalam terpaksa dia mohon bantuan dari mereka yang tidak seagama dengannya namun sudi turun membantu. Apa boleh buat tiada saudara seagama yang serius membantu.
Kata kita, " Iman tak cukup tinggi lagi hendak pergi berjuang di sana!"

Apabila Daie berehat...

*Gambar sekadar hiasan

Lambakan kes-kes di mahkamah syariah terutamanya yang melibatkan wanita tertangguh. Bukan sehari dua. Bukan sebulan dua. Tetapi setahun dua bahkan ada yang lebih lama. Muncul heroin yang menggelar diri mereka sebagai Sisters In Islam(SIS). Para daie mula gelabah.
Kata kita, "Haramkan SIS!"

Apabila Daie berehat...

*Gambar sekadar hiasan


"Tiada unsur ketuhanan dalam matematik," ujar seorang pelajar matematik. Tuhan itu hanya terdapat dalam subjek agama. Subjek-subjek sains ini kosong dari mengingatkan kita kepada tuhan. Fahaman sekular ini menjangkiti bidang pendidikan.

Malunya saya hendak mengakui diri sebagai daie sedang kerja dibuat bermusim. Ya Allah kuatkan diri ini di atas jalan yang telah daku pilih ini. Kerja kita masih banyak! Jangan berehat wahai daie!

Oleh : Siti Munira Abdul Rashid (Peserta Akademi Dakwah) http://wwwqamarmuneera.blogspot.com/

Editor: Muhammad Izzul Islam bin Hasni (Peserta Akademi Dakwah)
http://ibnuhasni.blogspot.com/

Khamis, Disember 17, 2009

Sekitar Akademi Dakwah@Madrasah Aktivis Umat (MAD'U)

Di Kg. Sg. Dua, Pulau Pinang

Banjir ooo..banjir ooo...Rumah Pak Usop naik airrrr...ooo-(Hujat lebat menenggelamkan 'kabin' peserta ikhwah)

Apa yang penting?....Kerjasama-(Pengerusi API dibantu oleh 'peserta cilik' memunggah barang akibat banjir)

Ar..buat kerja tu. Jangan curi tulang...

Di Pejabat Persatuan Penduduk Kampung Tanjung Tokong, Pulau Pinang

Bergambar bersama Pengerusi PAJIM dan Pengerusi Persatuan Penduduk Kg. Tg. Tokong...

Di Kg. Makam, Pulau Pinang

"Hampa ni mai jangan dengaq saja...balik nanti cerita kat orang kampung hampa no"...keluh wakil Barisan Rakyat Tertindas ketika menerangkan tentang isu tanah wakaf.


Antara papan tanda bantahan pembangunan tanah wakaf yang begitu kontroversi...

Peserta diberi peluang menziarahi makam Allahyarham Haji Kassim yang telah mewakafkan tanahnya untuk pembinaan Masjid Kg. Makam ini...

Di Kg. Orang Asli Pos Kuala Mu,Perak
*Catatan sepanjang Ziarah & Dakwah ke Kuala Mu dirakamkan di http://ummahaid.blogspot.com

Suasana waktu Subuh di Kuala Mu...sejuk...

Cikgu Khalid bermesra dengan adik 'baru'nya...Jeng Jeng

Ziarah ke rumah penghulu Adu...(teringat ubi kayu goreng)

Kak Wahida menge'pau' budak kecik...ish3

Tarian Sewang oleh penduduk kampung...diketuai oleh Awan

"Geramnya..anak sapa ni?", monolog Akh Amir.

"Sapa tak bawak buku, bangun..."keluh Cikgu Amir.

Di Kg. Singkir Genting, Yan, Kedah

"Lamanya...lenguh dah aku pegang ni.."keluh Cikgu Khalid dan Kak Syahidah.

Isu Halal dan Haram yang dibentangkan oleh kumpulan Power Puff Girl.

Di Kg. Teluk Mat Acheh, Yan, Kedah

"Apa diaorang kecek ni..." keluh Ismael dari Pattani.

*Monolog dan dialog diatas sekadar ulasan(main-main) admin sahaja.

Rabu, Disember 16, 2009

Akademi Dakwah 2009

Perjalanan Aktivis Umat/Du'at

Hampir dua minggu perjalanan Madrasah Aktivis Dakwah (Mad’u) atau Akademi Dakwah 2009 anjuran sayap pemuda Persatuan Ulama’ Malaysia Pulau Pinang (PUMPP) iaitu Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API) merencanakan pelbagai permasalahan umat yang meruncing belakangan ini. Program yang bermula di Sg. Dua, Pulau Pinang dan berakhir di Kg. Teluk Mat Acheh, Yan disusun dengan lapangan aktivisme yang pelbagai sebagai contoh serangan pemikiran, pendidikan, konflik umat Islam global, sosio ekonomi umat Islam, dakwah kelompok minoriti, alam sekitar dan kepenggunaan, permasalahan sosial dan penulisan.


Pengenalan dan Sesi Ta’aruf – 30 Nov. 2009

Sesi ta’aruf bermula jam 4.00 petang dengan kehadiran lebih 20 orang peserta. Para peserta memperkenalkan diri serta tujuan mereka menyertai Akademi Dakwah ini. Seterusnya para peserta dibekalkan dengan buku ‘monolog’, fail, pen, tentatif dan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk memudahkan perjalanan AD selama 2 minggu ini. Akh Nizam Mahshar dijemput untuk mengisi slot pengenalan dengan tajuk Tasawwur Islami, yang diolah dengan begitu menarik ditambah pula dengan pengisian Ustaz Hafiz Nordin yang betajuk Pengantar Gerakan Islam.


Ghazwul fikr (serangan pemikiran) – (1 Dis. 2009) Sg. Dua, Pulau Pinang

Tajuk ; Pemikiran Islam, Sejarah dan Cabaran : Monoreligio Global, Perkembangan dan Cabaran pada dunia Islam yang disampaikan oleh Akh Nizam Mashar sebagai pengantar kepada pemikiran-pemikiran yang muncul menjadikan para peserta tersentak dengan istilah-istilah serta kalimah-kalimah falsafah yang agak memeningkan . Pemikiran sekularisme yang meracuni negara moden kini menjadi asbab kepada kefasadan yang berlaku kini turut dibentangkan. Petangnya, Akhi Izzat pula mengetengahkan tentang Pemikiran Islam yang agak berat tambahan pula pada waktu petang yang agak mendung, menambahkan lagi ‘aura’ mengantuk sementara Ustaz Hafiz Nordin pula membentangkan tentang Islam Liberal yang berkembang pesat ke seluruh dunia dan sejarahnya sehingga fahaman sesat ini semakin berkembang. Pada malamnya pula, Dr. Muhammad Ali dari SOLACE menyampaikan ceramah tentang Wacana Pemikiran Islam Baru sebagai penyelesaian serangan pemikiran yang telah dibentangkan sebelumnya. Beliau turut menyeru agar para peserta AD mengkaji dan mengambil iktibar tentang pemikiran-pemikiran ini serta melakukan sesuatu untuk membetulkannya semula.


Sistem Pendidikan Islam – (2 Dis. 2009) Sg. Dua, Pulau Pinang

Dr. Fadhullah Jamil dari Pusat Pendidikan Jarak Jauh USM yang juga seorang pakar sejarah Tamadun Islam pula membentangkan kertas kerja mengenai Falsafah Pendidikan Islam. Beliau begitu serius dalam membicarakan topik ini, dengan lantang dan nada yang agak keras tetapi mempunyai mesej yang jelas. Definisi Pendidikan Islam dihuraikan satu persatu memudahkan peserta memahami apa yang hendak disampaikan. Kritikan-kritikan ‘pedas’ yang dilemparkan menghilangkan rasa mengantuk peserta-peserta AD. Pengisian seterusnya mengenai Isu Pendidikan di Malaysia secara ringkas diberikan oleh Cikgu Sakinah membuatkan peserta merasai realiti sebenar tentang permasalahan yang berlaku dan sedikit pendekatan yang diberikan untuk bakal-bakal guru. Banyak soalan yang dikemukakan oleh para peserta menandakan mereka begitu peka tentang pendidikan di negara kita ini. Pada malamnya, peserta (secara berkumpulan) dikehendaki menganalisa satu permasalahan pendidikan di Malaysia meliputi faktor, kesan dan tindakan antaranya Kualiti Guru, Gejala Sosial, Kebanjiran pusat pengajian tinggi, masalah displin dan lain-lain.


Konflik Umat Islam Global – (3 Dis. 2009) Sg. Dua, Pulau Pinang

Kertas kerja Hj. Mohideen dari Citizens International (CI) mengenai Isu Global Umat Islam (State of The Muslim World) mendedahkan tentang cabaran dan masalah berlakunya konflik ini dan beberapa penyelesaian isu ini secara worldview. Lapangan ini menfokuskan Isu Selatan Thailand sebagai rujukan dengan menjemput Saudara Fawaz Abdul Aziz, bekas wartawan malaysiakini yang sekarang bertugas di CI dan merupakan seorang yang mahir tentang isu di Selatan Thailand. Beliau membicarakan tentang sejarah Selatan Thai dan sebab berlakunya ketegangan di sana dengan Kedatangan 2 orang wakil aktivis dari Selatan Thailand iaitu dari HAP (sebuah organisasi Hak Asasi Manusia) menceritakan sejarah dan pengalaman ditangkap membuatkan sebahagian peserta berasa sedih dan terharu. Pemuda-pemuda di sana yang ditangkap oleh dadu(baca:tentera) dipaksa mengaku melakukan jenayah walaupun bukan mereka yang melakukuannya. Pelbagai bentuk penderaan dikenakan untuk membuatkan mereka mengaku bersalah dan menyelesaikan kes-kes serangan bom. Pada malamnya, kami dipersembahkan tentang gambar-gambar dan video-video yang menayangkan perjuangan sahabat di Patani, Yala dan Narathiwat terhadap kerajaan Thailand yang menekan kehidupan mereka. Kemudian, Akh Saiful Affindi turut memperkenalkan sekteriat khusus untuk membantu menyelesaikan beberapa permasalahan di sana dengan kerjasama beberapa NGO-NGO Selatan Thailand.

*Kisah pengalaman dan penindasan yang diceritakan oleh aktivis dari Selatan Thai diatas dicoretkan dalam blog salah seorang peserta AD. Layari http://wwwqamarmuneera.blogspot.com/2009/12/mereka-saudara-kita.html

Sosio Ekonomi Umat Islam – (4 Dis. 2009) Tanjung Tokong dan Kg. Makam, Pulau Pinang

Kali ini kami menuju ke Pejabat Persatuan Penduduk Kg. Tanjung Tokong bersama dengan Pengerusi Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (PAJIM) yang mesra dengan panggilan Pak Usop. Turut sama hadir ialah Pengerusi Persatuan Penduduk Kg. Tg. Tokong iaitu Cikgu Saleh. Kami didedahkan tentang sejarah kampung dan realiti yang berlaku antara pihak UDA Holdings dan penduduk kampung. Cikgu Saleh turut mengemukakan bukti-bukti tentang kewujudan masyarakat Melayu sebelum Pulau Pinang diserahkan kepada Francis Light lagi. Ternyata penduduk Kg. Tanjung Tokong ini peka dengan strategi pihak pemaju yang dilihat ingin mengaut keuntungan semata-mata. Selepas solat Jumaat di Masjid Tg. Tokong, kami bergerak ke Masjid Kg. Makam yang turut sama menjadi mangsa akibat kerakusan pihak yang menghidapi penyakit “wahanisme”. Kepentingan peribadi lebih diutamakan berbanding dengan kepentingan rakyat, lebih malang lagi aduan serta desakan yang dibuat kepada pihak yang bertanggungjawab tidak pernah diendahkan. Penerangan beberapa penduduk kampung bersama Angkatan Bertindak Rakyat Tertindas mengenai tanah wakaf di situ menimbulkan kehairanan bagaimana pihak yang bertanggungjawab lalai menunaikan amanah dan cuai dalam menjaga tanah wakaf di sekitar Pulau Pinang.


Dakwah kelompok minoriti (Orang Asli) – (5-6 Dis. 2009) Sg. Siput, Perak

Peserta-peserta AD bertolak ke Sg. Siput, Perak dari Butterworth dengan menaiki kenderaan pacuan 4 roda Team 4x4 (Utara Offroad Club) sebanyak 11 buah. Kira-kira jam 5 pagi, kami tiba di Masjid Lasah dan berehat sebelum bertolak ke kaki bukit. Seawal 7 pagi, semua kenderaan pacuan 4 roda bertolak ke kaki bukit menuju ke Kampung Orang Asli Pos Kuala Mu. Kira-kira jam 12 tengah hari, kami tiba di sana dengan selamat walaupun pelbagai rintangan dihadapi. Antara program yang diaturkan ialah gotong-royong memasak untuk jamuan makan kepada masyarakat orang Asli (Pos Kuala Mu) ; cak raya, menziarahi Tok Batin, mengedarkan beras, dan beramah mesra dengan penduduk, menyaksikan tarian sewang dan lain-lain. Solat berjemaah dan tazkirah turut dijalankan walaupun suasana begitu sejuk pada sebelah paginya. Masyarakat orang Asli di sana kebanyakkannya masih belum mampu untuk menunaikan perkara-perkara asas Islam. Kami berasa belum puas walaupun kebanyakkan golongan kanak-kanak orang Asli mampu melafazkan kalimah-kalimah syahadah dengan baik. Kami tinggalkan bumi Kuala Mu dengan seribu kenangan pahit dan manis sambil menghayati bagaimana dakwah RasuluLlah yang begitu ‘berat’ berbanding apa yang telah kami alami.


Alam Sekitar dan Kepenggunaan – (7-9 Dis. 2009) Singkir, Kedah

Saudara Ridzuan bin Muhammad wakil Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyampaikan slot beliau mengenai Kepenggunaan meliputi hak-hak pengguna, isu-isu kepenggunaan dan lain-lain. Para peserta begitu tertarik dengan perkara-perkara yang dibincangkan kerana kebanyakkannya berkisar tentang kehidupan mereka contohnya masalah urusan jual beli dan sebagainya. Isu halal dan haram yang dikemukakan kepada penceramah menyebabkan para peserta makin tertarik dengan isu kepenggunaan ini. Kemudian para peserta dikehendaki mem’bedah’ buku-buku kepenggunaan antaranya Masyarakat yang Sakit, Kesan Televisyen terhadap Anak-anak, Awasi Garam Tersembunyi dalam Makanan dan Merungkai Perangkap Budaya Pengguna. Peserta kemudiannya dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan seterusnya membentangkan perkara-perkara pokok dalam buku tersebut. Keesokkan harinya, Saudari Fatin Safiah Kamaruddin dari Sahabat Alam Malaysia (SAM) pula menyampaikan ceramah tentang Alam Sekitar dan beberapa isu alam sekitar di Malaysia. Para peserta kemudiannya diminta mem’bedah’ buku Islam dan Ekologi yang menjadi bahan bacaan wajib bagi aktivis alam sekitar SAM. Pada petangnya, Saudara Shamsul Ery Shamsuddin wakil Sahabat Alam Malaysia memberi penerangan tentang isu kuari Jerai yang mencetuskan konflik yang begitu hebat. Turut dimuatkan tentang isu SULIHH (Sungai Limau Hydro Carbon Hub) yang diperkenalkan oleh kerajaan Kedah di Pulau Bunting Yan. Para peserta dibawa ke Pulau Bunting untuk melihat sendiri isu ini serta membuat sedikit temu ramah dengan penduduk di sana. Malamnya, Akh Nizam Mashar dijemput menyampaikan ceramah tentang Alam Sekitar, Pembangunan dan Masyarakat yang menyentuh tentang punca-punca isu alam sekitar dan kaitannya dengan pemikiran, pembangunan secara Islam dan masyarakat.


Permasalahan Sosial – (10-11 Dis. 2009) Sg. Petani, Kedah

Kami kemudiannya menginap di Masjid Sultan Muzaffar Shah selama 2 hari untuk mengikuti LANDAS (Latihan Aktivis Dakwah Dalam Isu Sosial) bersama dengan Ustaz Kamaruddin Kassim (Koordinator LANDAS). Menyelami permasalahan sosial remaja hari ini yang begitu meruncing, para peserta dibawa ke lapangan untuk melatih diri ber’hemoi’ dengan mad’u masing-masing. Bukan sekadar teori, malahan praktikal dakwah turut didedahkan kepada para peserta Akademi Dakwah. Pelbagai strategi mendekati golongan muda-mudi yang terjebak dengan gejala sosial contohnya gejala menghidu gam, menghisap dadah, couple, meminum arak dan lain-lain lagi. Para peserta turut disajikan dengan video mengenai Sihir Muzik yang mendedahkan tentang perancangan musuh-musuh Islam serta peranan artis-artis Barat dalam menjatuhkan umat Islam. Kemudiannya, para peserta dikehendaki merangka teknik-teknik pencegahan yang boleh dilakukan dalam isu-isu gejala sosial contohnya gejala ponteng, pergaulan bebas, permainan video dan lain-lain. Antara pengalaman pahit yang dilalui oleh para peserta AD ialah ketika mendekati mad’u di Central Square(CS), diugut akan ditikam sekiranya tidak meninggalkan kawasan CS dengan segera.


Kronologi Peristiwa Ugutan di lapangan LANDAS
Pada sebelah petang hari kedua, kami menuju ke Tingkat 4&5 Central Square (CS) untuk meninjau suasana dan mendekati mad’u. Kawasan ini merupakan port bagi muda mudi berkumpul untuk berhibur, berkaraoke, bermain permainan video dan lain-lain. Kami dikejutkan dengan kehadiran segelintir remaja yang sedang mabuk ‘menyerang’ kumpulan kami. Mereka begitu agresif sehingga bertindak memecahkan botol arak yang sedang diminum berhampiran food court. Mereka kelihatan begitu paranoid memandangkan mereka ternampak salah seorang daripada peserta AD membawa kamera dan mengambil gambar di port mereka. Kesilapan ini mencetuskan kemarahan salah seorang remaja yang sedang mabuk dan bertindak mengugut untuk menikam kami sekiranya tidak beredar dengan segera. Sebenarnya mereka sudah mengesan kehadiran kami melalui ‘mata-mata’ yang berada di sekeliling bangunan CS. Ugutan demikian dibuat memandangkan mereka menganggap kami adalah merupakan penguatkuasa Majlis Agama Islam. Seorang daripada remaja yang mabuk datang menemui kumpulan kami dan menunjukkan rasa tidak puas hati dengan kesilapan peserta AD tadi yang mengambil gambar port mereka. Memikirkan akan keselamatan, kami mengambil langkah drastik dengan beredar dari CS beransur-ansur bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Dari pemerhatian kami, remaja-remaja ini dilindungi oleh pihak yang berkepentingan bagi melindungi kegiatan mereka; sebagai strategi perniagaan arak yang begitu lumayan di situ.


Dakwah dalam Penulisan – (12 Dis. 2009) : Yan, Kedah



Hari terakhir AD dimuatkan dengan ceramah mengenai penulisan oleh Saudari Siti Mariani Ali Imran, seorang Research Officer di USM. Pendedahan mengenai Public Relation(PR) dan teknik-teknik penulisan menarik minat para peserta. Pada sebelah petangnya, peserta dikehendaki merangka pelan penulisan akan datang sebagai langkah memperkukuhkan penulisan khususnya dalam lapangan dakwah masing-masing. Slot terakhir lapangan penulisan diisi oleh Ustaz Azizi Abdullah, seorang penulis yang tidak asing lagi. Beliau menfokuskan mengenai penulisan artikel bagi memudahkan peserta menyiapkan tugasan artikel yang diberi sebelum berakhirnya AD. Beliau turut berharap agar perjalanan AD 2009 ini dijadikan diari sebagai platform untuk mendedahkan kepada masyarakat tentang lapangan aktivisme ini disamping boleh dijadikan bahan komersial kepada pihak-pihak yang berminat.