Ahad, Disember 27, 2015

Doakan Kami Agar Kembali Aktif

Assalamualaikum,

Sudah setahun blog ini tidak diupdate. Ini kerana API sedang menghadapi saat-saat sukar. Para senior sudah ramai yang berkeluarga dan mempunyai bebanan hidup masing-masing untuk terus aktif. Para junior semakin kurang yang mahu mengambil tangungjawab untuk memikul beban dakwah sebenar. Masyarakat kita semakin terpisah antara satu sama lain meskipun sangat terhubung melalui media sosial. Anak-anak muda lebih gemar bersosial di internet berbanding di alam nyata.

Namun begitu, lapangan yang diwujudkan API iaitu UNGGAS dan AMANI nampaknya sudah mampu bergerak jauh dengan sendirinya. Semoga Allah memberikan balasan yang setimpal buat pendokong-pendokong awalnya.


Semoga tahun 2016 membawa pengertian yang lebih bermakna.


Khamis, Julai 17, 2014

Uzlah Tazkiyah: "Mengutip mutiara ilmu sebagai pedoman hidup"

Alhamdulillah.. Berkat rahmat ALLAH s.w.t, Uzlah Tazkiyah kali ini yang membawa tema, "Penyucian Jiwa Menghadapi Fitnah Akhir Zaman" berjalan lancar selama 3 hari 2 malam di Teluk Nipah, Kedah.

Sedikit perkongsian ilmu buat tatapan sahabat-sahabat yang tidak berkesempatan untuk menyertai uzlah kali ini.


Mejar Zaidi mengetuai slot riadah: Survival dalam hutan

Tazkirah Subuh oleh Ustaz Afif Zuhdi

Mentadabbur ayat ALLAH dalam Surah Taha dan An-Nahl bersama Ustazah Mardziah Zakaria. 

 

Petikan dari ayat 124: Surah Taha
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan pertunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".

Petikan dari ayat 97: Surah An-Nahl
"Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan".    
 
Berdasarkan kedua-dua ayat ALLAH ini, jelas bahawa ALLAH menunjukkan perbezaan hidup hamba-NYA yang ingar dan yang beramal soleh. 

Peringatan ini sangat jelas ditujukan kepada kita. Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w yang akan menyuluh hidup kita dalam meniti kegelepan. Jika kita tidak bersungguh-sungguh mengamalkannya, bahkan menyimpang pula darinya, maka bangkitlah kita dalam keadaan yang buta. Nauzubillah...

Moga kita sentiasa berusaha meningkatkan amal ibadah kita setiap hari.....

Info tambahan:
"Aku memohon agar Allah berikan Hidayah, tetapi aku lupa bahawa aku juga belum memliki Taufik"

Apa bezanya Hidayah dan Taufik?. Hidayah itu Petunjuk, manakala Taufik itu pula kekuatan untuk melaksanakan apa yang diilhamkan ALLAH.

Analogi yang mudah: "Aku sedar bahawa mendirikan solat itu indah, manisnya bersimpuh di hadapan Allah memohon keampunan, persoalannya, adakah aku berusaha untuk bangun mendirikan solat malam itu?" 

"Baru aku sedar selama ini jiwa aku subur dengan Hidayah, namun hati aku ketandusan Taufik"


Memantapkan niat bersama Ustaz Hafiz Mustafa Lubis


Dalam dunia dakwah, banyak ujiannya. Tambahan pula, menghadapi manusia akhir zaman ini amatlah mendesak jiwa seorang pendakwah itu untuk sentiasa berhati kental, tidak mudah berasa kalah dan berputus asa.

Peringatan dari Ustaz Hafiz, "Pendakwah yang betul-betul menginfakkan diri dalam masyarakat perlu sentiasa membetulkan niat sepanjang perlaksanaan usaha dakwah kerana khuatir hati berasa riak"

Info tambahan: "Sesiapa yang memelihara matanya dari melihat yang ALLAH haramkan, selamatlah dari api neraka". Mata yang akan menjadi penyuluh setiap diri dalam kehidupan seharian. 

Mata kadang-kadang melihat, tetapi tak nampak aya yang dilihat. Dan, kadang-kadang juga, mata tidak melihat tetapi dia nampak apa yang tidak dilihat. Justeru, kita perlu berhati-hati dengan mata. Sentiasa memohon ALLAH agar menampakkan apa yang tidak terlihat. Semua itu, perlu ada usaha. Usaha menambahkan ilmu di dada.

Analogi mudah, akhir zaman nanti, Dajjal dengan mudahnya boleh menipu kita dan dengan mudah kita terpedaya dengan Dajjal. Semuanya bermula dari pandangan mata kerana mata yang akan mempengaruhi pemikiran kita.


Menghayati Ramadhan bersama Ustaz Kamaruddin Kassim 

Dalam kita menempuhi Ramadhan, pernahkah kita meletakkan standard pencapaian sebelum dan selepas? Standard ini amat penting untuk mengukur kesan ibadah puasa dalam diri kita.

Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkat, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)

Ramadhan adalah bulan yang BERKAT. Keberkatan dalam diri dapat dirasai dalam 3 standard:-

Pertama: Az-Ziadah (Pertambahan)
Kedua: As-Sa a'dah (Bahagia)
Ketiga: Ad-Dawamah (Berterusan)

Dalam ketiga-tiga standard ini, tiga hal iaitu ILMU, AMAL dan REZEKI perlu ada. Setiap muslim perlu ada pertambahan, bahagia dan berterusan dalam tahap ilmu, amal dan rezeki. Sekiranya, ketiga-tiga standard ini tercapai, maka kita tergolong dalam orang-orang yang bertaqwa. Allah s.w.t meninggikan taraf seorang hamba-NYA sekiranya berjaya menjalani ibadah puasa dengan penuh penghayatan.

Ianya jelas dalam firman ALLAH:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
.
“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan puasa ke atas kamu sepertimana telah diwajibkan ke atas orang-orang daripada sebelum kamu. Semoga kamu bertaqwa”(al-Baqarah: 183)





Rabu, Jun 11, 2014

"PENYUCIAN JIWA MENGHADAPI FITNAH AKHIR ZAMAN"

Pada 11 Julai hingga 13 Julai (Ramadhan 13 hingga Ramadhan 15), API Malaysia bersama lapngan NGO lain akan menganjurkan program Uzlah Tazkiyah di Chalet Juwitaku Sayang, Teluk Nipah, Kota Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah.

Berbeza dengan tahun lepas, modul yang digunakan iaitu "Untukmu Yang Berjiwa Hanif" lebih ringan, namun tahun ini agak luas berikutan umat Islam sekarang ditimpa ujian terus-menerus. 

Antara penceramah jemputan ialah Ustaz Hafiz Mustafa Lubis dari ABIM Kedah, Ustaz Kamaruddin Kassim, Ketua Jurulatih Pertubuhan Urusetia Menangani Gejala Sosial Malaysia, Ustazah Mardziah Zakaria dari SALIMAH Pulau Pinang dan Ustaz Rosli Othman dari Persatuan Ulama Malaysia.

Untuk mendaftar: Hubungi/SMS: 0145058825 (AJK Pendaftaran)



Info tambahan:-
Program Uzlah Tazkiyah: "Penyucian Jiwa Menghadapi Fitnah Akhir Zaman" adalah salah satu program di bawah Program Mega: Kembara Ramadhan. Program Mega ini adalah anjuran bersama NGO UNGGAS MalaysiaAMANI MalaysiaAPI Malaysia, Kumpulan MIM BROTHERS dan Pergerakan Perkhidmatan Msyarakat USM.

Rabu, Mei 14, 2014

Mohon Maaf Kerana Tidak Dikemaskini

Pihak pengelola Blog memohon maaf kerana gagal mengemaskini blog ini dari semasa ke samasa. Untuk pengetahuan, aktiviti kuliah, usrah dan keilmuan API masih berjalan secara berkala. Dan aktiviti kerja buat lapangan aktif dilaksanakan melalui jaringan lapangan-lapangan API iaitu UNGGAS Malaysia, Aman Patani dan PPM. Turun naik dalam usaha dakwah adalah adat dan merupakan ujian daripada Allah S.W.T

Teruskan Perjuangan !!. Terima Kasih.

Selasa, Disember 03, 2013

KULIAH BULANAN: BICARA ILMU BERSAMA USTAZ HAFIZ MUSTAFA LUBIS

Assalamualaikum.

Insha ALLAH pada 14 Disember 2013 (Sabtu) ini, berkesempatan untuk mendengar mutiara kata daripada murobbi, Ustaz Hafiz Mustafa Lubis.

Ayuh bersama-sama hadiri majlis ilmu ini.
Semua dijemput hadir.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya : “Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman Syurga tersebut? Rasulullah berkata: Majlis-majlis ilmu.  (Hadis riwayat at-Tirmizi).
- See more at: http://harithfaisal.blogspot.com/2011/01/bertamu-di-taman-syurga.html#sthash.a3ZRgRPd.dpuf
Rasululullah s.a.w bersabda: "Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka endaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabt bertanya Apakah taman-taman syurga tersebut. Rasulullah menjawab: Majlis-majlis ilmu."
 (Hadis riwayat: at-Tirmizi)


Isnin, November 11, 2013

"HARI AKTIVISMA DAN KESUKARELAAN"

WAKE UP CALL!!
Calling all northern activists and volunteer ! Hadir dan segarkan semangat aktivisma anda.

"HARI AKTIVISMA DAN KESUKARELAAN" bersama API Malaysia serta lapangan UNGGAS dan AMANI. Dengan kerjasama Gabungan kelab-kelab UUM.