Memaparkan catatan dengan label SMS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SMS. Papar semua catatan

Jumaat, Mei 23, 2008

SMS Hari Ini ...

Bila kau bergelar DAIE..

Kau wajib sedar bahawa JIWA kau tidak boleh lama menjadi REMAJA..

Kata AL BANNA..

'Tanggungjawab melebihi MASA yang ada' dan tarbiyyah yang bersalutkan ILMU dan CABARAN lah yang dapat menDEWASAkan kau..

Tapi cukupkah jika sekadar menerima tarbiyyah?

Sampaikanlah pada yang lain..

Bangunlah wahai SYABAB.. Sedarlah wahai FATA..

Kalian bukan memulakan perjuangan..

Tapi kalian adalah mata-mata yang menyambung rantai perjuangan..

Bangkitlah wahai sahabatku..

Semoga usaha kalian diberkati Yang Maha Esa..

~Salam Jihad..~

Rabu, Mei 21, 2008

SMS Hari Ini..

Jika kejahatan di balas kejahatan,

Maka itu adalah dendam.

Jika kebaikan di balas kebaikan,

Itu adalah perkara biasa,

Jika kebaikan di balas kejahatan,

Itu adalah zalim,

Tapi jika kejahatan di balas kebaikan,

Itu adalah mulia dan terpuji.

Seperti Rasul kita muhammad saw,

Ingatlah sabar itu iman,

Duit bukan kawan,

Dunia hanya pinjaman dan mati tidak berteman.

Oleh itu berusahalah seolah – olah kita akan hidup seribu tahun,

Dan beribadahlah seolah – olah esok tiada lagi buat kita....

Selasa, Mei 20, 2008

SMS Hari Ini..

Sesuatu yang di impikan,

Tidak selalu menjadi kenyataan .

Tetapi apa yang tidak terduga,

Seringkali berlaku dengan tiba – tiba.

Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam.

Tapi usah kita ketawa memanjang,

Kerana kemenangan yang belum pasti untuk selamanya.

Tiada abid yang ma’sum tanpa dosa.

Apalagi bila berjiwa muda .

Namun kegagalan bukanlah mengajar erti kekalahan.

Tetapi mengingatkan tentang kemenangan yang masih tertunda.

Mungkin hari ini kita kuat dan selesa,

Tapi tak mustahil esok kita pula rebah tak berdaya.

Salam Mujahadah..

Kuatkan hati wahai pejuang Allah....

Khamis, Mei 15, 2008

SMS Hari Ini...

Jika dakwah adalah

kelopak bunga yang mekar,

Biarkan ia menebar wangiannya

hingga ke pelusuk dunia.

Jika dakwah adalah

jalan yang panjang,

Maka jangan berhenti

hingga bertemu penghujungnya yang terang.

Rabu, Mei 14, 2008

SMS Hari Ini...

Persahabatan tidak pernah putus,

Kerana di ikat tali keimanan,

Diri tidak pernah keseorangan,

Kerana di ikat dengan ikatan hati,

Perjuangan tak pernah selesai,

Sehingga seluruh alam,

Di laungkan kalimah LA ILA HAILLALLAH....

Selasa, Mei 13, 2008

SMS Hari Ini...

Bala yang sangat di takuti di atas dunia ini;
Muda mulia, tua hina.
Mula kaya, akhir papa.
Mula sekutu, akhir bercerai.
Awal berkasih,akhir berbenci.
Hadapan baik,belakang mengumpat.
Mula sepakat, akhir berpuak.
Berbenci sama sendiri, kasih bangsa asing.
Mula islam, akhir murtad.
-Syeikh Abd Lathif Al-Fathoni-

Isnin, Mei 12, 2008

SMS Hari Ini...

Jiwa gelisah ,
Rawan tiada kesudahan.
Hati merintih resah,
mata menangis kepiluan.
Itulah mujahadah, di dalamnya seribu keperitan.
Dalam kepayahan , di dalamnya sejuta kemanisan.
Yakinkan diri pada Allah,
Moga akhirnya di pertemukan dengan kebahaigaan yang tiada kesudahan.
Semoga setiap pengorbanan fisabilillah mendapat kasih tertinggi Mardhotillah...
Amin..

Ahad, Mei 11, 2008

Jom Baca SMS Hari Ini...

Hati yang ada cinta kepada Allah ,
Menjadikan setiap ujian yang datang tak di rasakan masalah.
Sebaliknya hati ini akan berhibur dengan mehnah yang datang,
kerana itulah tanda kasih dan perhatian Allah pada kita ....