Selasa, November 03, 2009

Madrasah Aktivis Umat (MAD'U)



Angkatan Pemuda-pemudi Islam (API) dengan kerjasama Persatuan Ulama’ Malaysia Pulau Pinang (PUMPP) akan menganjurkan program realiti sebenar dakwah di lapangan masyarakat pada 30 November 2009 hingga 13 Disember 2009. Selama 2 minggu ini, para peserta akan didedahkan tentang selok-belok dakwah di lapangan dengan menampilkan konsep dakwah yang lebih luas dan mendalam.

Diberi nama Akademi Dakwah, program ini terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti dakwah di lapangan secara terancang dan terfokus. Para peserta haruslah berumur di antara 19 hingga 30 tahun sahaja dan yuran yang dikenakan hanyalah RM70.00 sahaja (makanan dan penginapan).

Program ini akan diadakan di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Bertemakan serangan pemikiran, kepenggunaan, alam sekitar, gejala sosial, masyarakat minoriti dan dakwah dalam penulisan, program ini akan memberi pengalaman baru kepada para peserta dalam menghayati erti dakwah melalui pengisian oleh pakar-pakar dalam bidang dakwah yang disebutkan tadi.

Tentatif Program Madrasah Aktivis Umat (MAD’U) @ Akademi Dakwah 2009

Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API)

Tarikh

Lapangan Aktivisma

Tajuk Pengisian / Praktikal

Tempat

Penceramah / Fasilitator

30 Dis 09

Pengenalan dan Taaruf

- Pandangan Alam Tentang Perspektif Islam

- Pengantar Gerakan Islam

Sg. Dua, Pulau Pinang

- Ust Nizam Mahshar

-Ust Hafiz Nordin

1 Dis 09

Serangan Pemikiran Islam Liberal & Isu-isu Syariah

- Pengenalan Pemikiran-pemikiran Islam

- Islam & Pemikiran (LDK)

- Apa itu Liberalisma?

- Peranan pemuda mendepani dakyah-dakyah sesat

Sg. Dua, Pulau Pinang

-Ust Nizam Mahshar

-Ust Hafiz Nordin

-Izzat Anwari

-Dr Ali

2 Dis 09

Sistem Pendidikan Islam

- Falsafah Disebalik Sistem Pendidikan Islam

- Menyelongkar Isu-isu Pendidikan Semasa

- Kajian Kes (LDK)

- Halatuju Sistem Pendidikan Negara

Sg. Dua Pulau Pinang

- Dr Wan Salim Wan Mohd Noor

- Dr Fadhullah Jamel

- Ust Kamaruddin Kassim

- Ustzh Mardhiah Zakaria

- Cikgu Sakinah Abd Hamid

- Cikgu Mohd Zaidi

3 Dis 09

Konflik Umat Islam Global

- Pembahagian Isu Umat Islam Antarabangsa

- Merungkai Permasalahan Umat Islam Sedunia, Peranan Individu Muslim

- Kajian Kes: Memahami Realiti Sebenar Krisis Selatan Thai

- Plan Tindakan Krisis Selatan Thai (LDK)

Sg. Dua Pulau Pinang

- Mohideen Abd Kader

- Fawaz Abd Aziz

- Dr Kamarulzaman

- Dr Roslan Hashim

- Mohd Saiful Affindi

- Tetamu aktivis DeepPeace, HAP, dan SFST dari Patani.

4 Dis 09

Sosio Ekonomi Umat Islam

- Pengenalan Sistem Ekonomi Islam, Perbezaannya Dengan Kapitalisma dan Sosialisma

- Kajian Kes Isu Perkampungan Melayu dan Tanah Wakaf: Turun Lapangan ke Tg. Tokong & Kg. Makam.

Sg. Dua, Tg. Tokong, Kg. Makam, Pulau Pinang

- Norhadi Hamsar

- Pak Usop (PAJIM), Cg Saleh, Shahril, Hafiz

5 – 6 Dis 09

Masyarakat Orang Asli dan Anak Yatim

- Permasalahan dan Aktiviti Dakwah Orang Asli di Malaysia

- Permasalahan Anak Yatim Di Malaysia

- Turun Lapangan ke Perkampungan Orang Asli

Kuala Mu Perak

- Salman Siddiqi

- Mohd Shahrizal

- Izzat Anwari Hasni

7 – 9 Dis 09

Alam Sekitar dan Kepenggunaan

- Isu Alam Sekitar Di Malaysia

- Erti Pembangunan Sebenar

- Islam Dan Ekologi

- Kajian Kes: Pembangunan Vs Kuari Jerai

- Bagaimana Mengadu Dan Mendapatkan Hasil

- Story Of Stuff

- Turun Lapangan: Soal selidik Isu Alam Sekitar dan Strategi Tupperware.

Singkir Kedah

- Ust Nizam Mahshar

- Fatin Kamaruddin

- Prof. Talhah

- Shamsul Ery

- Mohd Ridzuan

10 – 11 Dis 09

Permasalahan Sosial

- Situasi Permasalahan Sosial Negara

- Pengenalan Dakwah Lapangan Dan Pemetaan Komuniti

- Strategi Hemoi dan Kaunseling Lapangan

- Turun Lapangan: Isu Gam, Arak, Pusat Hiburan, Mat Rempit, Dadah dan Pergaulan Bebas.

- Membuat Laporan dan Bantahan

Sg Petani Kedah

- Ust Abdullah

- Asti Toba

- Noor Azam

- Mohd Farid

- Abrar

- Kak Long Siti

- Nurfitri Amir

- Ust Ali

12 Dis 09

Penulisan

- Membina Asas Penulisan

- Bagaimana Menganalisa Isu

- Bagaimana Menulis Artikel?

- Bagaimana Menulis Di Akhbar?

Yan Kedah

- Wan Azalina

- Ust Azizi

- Mariani

- Haris Zalkapli

13 Dis 09

Resolusi dan Perancangan Gerak Kerja

- Satu Dunia Baru

- Bergerak Dalam Satu Angkatan

- Strategi Masa Depan

Yan Kedah

- Izzat Anwari

- Norhadi Hamsar

- Mohd Saiful Affindi

- Fatin Safiah

- Azwahida Badaruddin

- Mohd Zaidi