Memaparkan catatan dengan label bedah buku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bedah buku. Papar semua catatan

Rabu, April 20, 2011

Ulasan Bedah Buku ' Memelihara Persaudaraan Islam: Adab dan Cara-caranya



BEDAH BUKU

TARIKH : 13 April 2011 (Rabu)
MASA : 5.45 petang – 6.40 petang
TEMPAT : Anjung Semarak, USM
PEMBEDAH: Saudara ‘Izzat Anwari bin Hasni


TAJUK BUKU : Memelihara Persaudaraan Islam: Adab dan Cara-caranya
PENULIS : Panel Penulis JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)
TERBITAN : JAKIM

Kata-kata Aluan
ALHAMDULILLAH, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan taufik dan 'inayah-Nya, satu risalah kecil yang membicarakan tentang adab-adab dalam memelihara persaudaraan Islam dapat diterbitkan pada masanya yang sesuai dan bertepatan dengan kehendak semasa. Sesungguhnya agama Islam yang diturunkan oleh Allah S.W.T. telah menetapkan peraturan-peraturan dan garis panduan yang sempurna bukan sahaja sesuai pada sebarang tempat dan masa, malahan bertepatan dengan naluri dan fitrah makhluk manusia ciptaan-Nya. Sebarang percanggahan atau pelanggaran batas-batas yang ditetapkan ini akan mengakibatkan berlakunya kepincangan dan kerosakan kepada kehidupan dan diri manusia itu sendiri. Oleh itu, peraturan-peraturan Ilahiah yang berlandaskan al-qur'an,hadith ijmak ulama' dan qias mestilah dipegang sekukuh-kukuhnya tanpa sebarang kompromi atau bersyarat. Segala dakwaan,pandangan dan sikap yang jelas bertentangan dengan nas-nas yang sarih mestilah ditolak kerana ia bukan bertunjangkan sumber yang muktabar tetapi bertopengkan hawa nafsu dan kepentingan peribadi yang keji. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan panel penulis JAKIM atas kegigihan menyiapkan risalah ini sehingga dapat diterbitkan tepat pada masa yang ditetapkan. Mudah-mudahan risalah ini menjadi panduan yang berguna kepada umat Islam seluruhnya terutama dalam membina perpaduan dan kekuatan ummah yang kini sedang hebat diserang oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan tidak bertanggungjawab.
BRIG.JEN.(B) DATO'ABDUL HAMID BIN HJ ZAINAL ABIDIN
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
RINGKASAN PEMBENTANGAN:
- Buku ini bagus dalam menggariskan adab dan cara-cara dalam memelihara persaudaraan Islam.
- Pada sesi pembentangan, tajuk yang difokuskan adalah pada bab ‘Perdebatan’.
o Dalam pergaulan seharian, kita sering berhadapan dengan perbincangan atau perdebatan tentang sesuatu isu. Islam menggariskan beberapa panduan yang patut diikuti ketika perbincangan atau perdebatan untuk mengelakkan berlakunya perbalahan. Perdebatan tentang agama, politik, ilmu pengetahuan dan lain-lain yang dilakukan tanpa berlandaskan adab-adab yang dibenarkan oleh syarak, akan mengakibatkan rosaknya agama, kehidupan dan ilmu pengetahuan. Barangkali perdebatan seperti yang mereka lakukan itulah yang mengakibatkan rosaknya kesejahteraan ummat dan lahirnya golongan yang berpecah-belah.
o Perdebatan seumpama ini bukanlah pembahasan yang sihat dan bukan pula usaha memperolehi kebenaran dengan cara yang sebaik-baiknya. Ini tergambar apabila para sahabat pernah berdebat antara satu dengan lain tentang sesuatu perkara. Apabila Rasulullah s.a.w. datang, baginda bersabda:
o Maksudnya :
Hai umat Muhammad, berhati-hatilah! Orang sebelum kamu dahulu binasa kerana perbuatan seperti itu. Tinggalkanlah perdebatan kerana orang beriman tidak patut berdebat! Tinggalkanlah perdebatan kerana orang yang berdebat jelas akan memperolihi kerugian! Tinggalkanlah perdebatan kerana perdebatan mendatangkan dosa bagi orang selagi ia berdebat! Pada Hari Kiamat aku tidak akan memberi syafaat kepada orang yang suka berdebat! Tinggalkanlah perdebatan, kujamin tiga buah rumah di dalam syurga: di taman-tamannya,di tengahnya, dan yang di bahagian atasnya tersedia bagi orang yang menjauhkan diri daripada perdebatan dalam keadaan ia benar! Tinggalkanlah perdebatan kerana perkara pertama yang aku dilarang oleh Tuhanku sesudah melarang penyembahan berhala perdebatan.'
(Riwayat At-Tabarani)
o Sepatutnya, dalam perbincangan tentang sesuatu isu yang timbul, kita hendaklah mengawal diri dan jangan sekali-kali menyanggah atau menyampuk kata-kata atau pandangan orang lain yang sedang memberikan pandangannya. Ini kerana setiap kata-kata yang kita dengar itu, jika benar, hendaklah kita mempercayainya atau menyetujuinya. Tetapi sekiranya kata-kata atau pandangan yang diutarakan itu salah, maka hendaklah perbetulkan. Itulah sebenarnya cara yang sepatutnya dilakukan ketika kita berdebat atau berbincang,
o Bukannya saling cabar-mencabar dan bertikam lidah hingga membawa pertengkaran yang tidak berkesudahan, serta tidak menghasilkan apa-apa keputusan.
o Firman Allah S.W.T.Maksudnya:
'...Dan berdebatlah dengan mereka mengikut cara yang terbaik...’
(Surah an-Nahl : 125)

Isnin, April 18, 2011

Ulasan Diskusi Bedah Buku " Risalah Bagi Setiap Muslim"



TARIKH : 6 April 2011 (Rabu)

MASA : 5.55 petang – 7.00 malam

TEMPAT : Anjung Semarak, USM

PEMBEDAH : Saudara Nurfitri Amir bin Muhammad

TAJUK BUKU : Risalah Bagi Setiap Muslim

PENULIS : Al-Imam Ibnul Qayyim Al-Jauziyah

RUJUKAN & OLAHAN : Dr. Usamah Muhammad Abdul Azim Hamzah

TERBITAN : Jahabersa

MUKASURAT : 51 Muka Surat

HARGA : RM 4.90


SINOPSIS:

Buku yang merupakan terjemahan "Al Thoriq ilal Hidayah " ini dihidangkan kepada pembaca agar ia menjadi satu garis panduan bagi cara mendapatkan hidayat petunjuk ke jalan yang lurus yang diredhai oleh Allah Taala. Buku kecil ini amat penting kerana ia adalah hasil nukilan ulama terkenal iaitu Al-Imam Ibnul Qayyim Al-Jauziyah dan telah dirujuk oleh Dr. Usamah Muhammad Abdul Azim Hamzah, Doktor dalam Syariah Islamiyah.

RINGKASAN PEMBENTANGAN:

- Buku ini bagus untuk penyucian jiwa yang mana ia mempersoalkan tentang keberkatan.

- Selain itu, buku ini juga membincangkan tentang kelalaian (hati kosong) yang mana disebabkan oleh:

o Mengikut hawa nafsu

o Tidak mengingati Allah

- Kelalaian ini akan menyebabkan:

o Kerosakan kepada alam

o Kerosakan kepada yang khusus (diri dsb)

- Firman Allah dalam Surah Kahfi : 28

Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran.

- Selain itu, buku ini mengemukakan persoalan dan jawapan kenapa kita sebagai muslim seharusnya memohon pertunjuk (hidayah). Berdasarkan dalil yang kukuh dalam Firman Allah Surah Al-Fatihah : 6-7

Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

- Hidayah adalah merujuk kepada petunjuk dari Allah melalui alami atau tanzil (Al-Quran dan As-Sunah). Fungsi petunjuk ini adalah untuk taqwa. Manakala, fungsi taqwa adalah untuk beramal. Ini semua adalah untuk kita meningkatkan tahap/kedudukan kita iaitu dari:

Muttaqin (orang yang bertaqwa)

Mukmim (orang yang beriman)

Muslim (orang yang islam)

- Selain itu, buku ini juga turut membincangkan perihal sabar dan yakin yang mana kedua-dua sifat ini harus selari. Sabar diterjemahkan sebagai menahan nafsu/syahwat. Manakala yakin pula ditafsirkan sebagai menahan syubhat.

- Perkongsian yang bermanfaat yang boleh kita amalkan adalah bagaimana untuk menjadi individu yang afdhal? Ia dijawab dengan prosedur perkara berikut:

i) Makrifatul haq

ii) Beramal dengannya

iii) Mengajarinya

iv) Bersabar dalam mengenal, beramal dan mengajarinya

- Diakhir kalam, penulis menyimpulkan dengan satu hadis yang menarik yang memberi kesan kepada setiap muslim. Hadis tersebut adalah:

Sabda Rasulullah saw: ”Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka.” (Riwayat Muslim)

Rabu, Mac 16, 2011

BEDAH BUKU PERDANA BERSAMA PENULIS HERRY NURDY : UNTUK HIDUP LEBIH BERKAH.


25 mac 2011, 9 mlm, dewan kuliah x, pusat pengajian farmasi, USM.

Kandungan buku:

1. Hijrah, langkah pertama peradaban mulia
2. Menjaga kesadaran jiwa
3.' The Alchemist of happiness'
4. Alam, manusia dan perintah Allah
5. Konsumerisma di sebalik bencana alam
6. 'cutdown consumption'
7. Ketika peradaban mulia itu runtuh
8. Ulama', tarbiyah dan kebangkitan Islam
9. Melahirkan, Bukan menunggu kebangkitan
10. 'Good Muslim, Bad Muslim'
11. Melahirkan muslim ideal
12. Ilmu adalah cahaya
13. Ilmu ulamak yang dijarah
14. Ilmu yang menyelamatkan
15. Waspadai Fanatisma dan lemahnya ilmu
16. Pelajaran akhir zaman
17. Mampukah kita bertahan?
18. Mancari dan berpihak kepada kebenaran
19. Bisikan syaitan kepada penguasa
20. Pemimpin yang menbawa azab
21. Umat yang menunggu azab
22. Pertengkaran akhbar
23. Kudengar Rasul memanggil
24. Bergerak melawan kezaliman
25. Berbuat dari sekarang!
26. Muslim bersatu tak bisa dikalahkan
27. Hancurnya peradaban tanpa ima
28. Allahumma Labbaik, Kami datang pada Mu
29. Haji yang merdeka
30. Bangun dan tidak tinggal diam
31. Sumber kekuatan kaum muslimin

Kesemua tajuk ini merangkumi pelbagai aspek kehidupan zaman ini dan membawa kita berfikir apa sebenarnya yang mesti kita lakukan untuk berjaya mengharungi akhir zaman ini demi hidup yang lebih berkah.

Isnin, September 27, 2010

PARA DA’IE YANG BERADA DI PINGGIR DA’WAH


Ramai di kalangan para da’ie masa kini yang belum benar-benar memahami tentang selok-belok dan tujuan yang harus mereka ikuti; memahami berapa jauhkah jarak yang akan mereka tempuh. Mereka belum insaf bahawa da’wah adalah pengorbanan. Mereka belum mengerti tentang apa yang harus mereka korbankan dalam melaksanakan tugasnya itu, baik yang berupa harta dan jiwa raganya.

Hal ini menyebabkan para da’ie sering menjadi contoh yang tidak baik terhadap ajaran Islam yang mereka sampaikan kepada masyarakat. Mereka menjadi contoh yang tidak mulia terhadap perbuatan baik yang mereka kemukakan dalam Amar-ma’rufnya. Dengan demikian mereka menjadi beban yang berat bagi da’wah. Mereka menjadi batu penghalang yang memperlambatkan kelancaran da’wah.

Di antara mereka ada yang menyangka bahawa perintah-perintah Islam itu gugur dari pundak mereka kalau mereka sudah menulis buku tentang Islam, atau menulis artikel yang dimuatkan dalam surat khabar atau majalah, atau menyampaikan khutbah yang jitu di masjid, atau mengisi pengajian tetap. Ada pula yang menyangka bahawa puncak kemuliaan dan kedudukan yang dicita-citakan ialah terdaftar namanya sebagai pengurus yang aktif dalam sesuatu
jama’ah Islam dan nampak kegiatannya menghadiri program-program yang bertujuan memajukan jama’ah itu....!

Kita tidak ragu lagi bahawa mereka ini dan mereka itu adalah para petugas yang baru tegak di pinggir da’wah, di tepi ‘amal keislaman. Mereka belum turut terjun ke bidang da’wah. Mereka malahan belum turut masuk ke RUANG LINGKUP agama Islam yang sebenamya, malah masih belum turut menghirup udaranya yang segar…!


Pengertian yang benar tentang tugas ber’amal dalam Islam, seharusnya mendarah daging dalam fikiran mereka yang bertugas di lapangan itu.

Mereka sedang mengajak masyarakat dan memberi contoh untuk mengerjakan sesuatu yang bernama “PENGORBANAN”. Pengorbanan dalam ertinya yang luas, melewati batas-batas jenisnya dan sifatnya. Pengorbanan mencakupi segala peredaran dalam roda Islam, walau bagaimanapun hangatnya keadaan dan suasana alam sekitar, dan bagaimanapun beratnya tugas yang harus dilaksanakan!

Sesungguhnya anda sudah dicalonkan untuk tugas itu....
Jika anda telah mengerti hal itu....,
Maka anda perlu mempersiapkan diri....,
Agar jangan sampai tejadi...,
Anda dikenang orang di samping kegagalan


‘Amal dalam Islam merupakan usaha, yang bertujuan merombak masyarakat Jahiliyyah dalam segala seginya; kemudian membangun masyarakat Islam dalam segala aspek kehidupan! Jadi, mencabut kebudayaan Jahiliyyah sampai ke akar-akarnya, baik Jahiliyyah cara berfikir, atau Jahiliyyah susunan masyarakat, atau Jahiliyyah budi pekerti!

Hal itu bererti, bahawa para da’iee harus berhadapan dengan mereka yang menyiarkan dan mempertahankan kebudayaan, cara berfikir, budi pekerti, dan segala Ajaran Jahiliyyah itu!

Tujuan terakhir dari da’wah ialah menegakkan agama Allah di bumi ini, dan meruntuhkan kekuasaan Thaghut....



Jalan yang begini sukar menempuhnya, dan tujuan yang begitu agung, di samping tugas yang begitu berat, tentu saja sukar untuk dipikul oleh petugas yang lemah imannya. Yang sanggup mengerjakan tugas itu hanyalah para penda’wah yang telah mewaqafkan hidupnya untuk berjuang menegakkan agama Allah...., mereka yang sudah tidak ada yang lebih dicintainya selain Allah dan Rasul-Nya. Mereka bersedia melepaskan dirinya dari kesenangan hidup
dunia dan segala keinginannya. Mereka tidak mahu mengarahkan kegiatannya untuk meni’mati godaan dunia ini, dengan segala ragamnya....!

*bersambung...

dipetik daripada buku : Bagaimana Kita Menyeru Kepada Islam oleh Fathi Yakan

Selasa, April 08, 2008

Jom Lepak Bedah Buku

Assalamualaikum,

Semoga Saudara / i dan Sahabat sekalian berada di bawah lindungan rahmat dan kasih sayang Allah swt . ..

Di jemput kepada semua untuk turut serta dalam program mingguan ; "Jom Lepak Bedah Buku", setiap hari Rabu, jam 5.30 pm, bertempat di Kafe Desasiwa Bakti,USM.

Pada Minggu ini (09/04/08), kita akan bedah buku bertajuk ; " Membangun Ummah,Suatu Kenyataan Bukan Khayalan" Tulisan Sheikh Dr. Yusof Al Qardawi.

Saudara /i dan Sahabat sekalian di jemput untuk hadir bersama - sama dalam diskusi ini bagi menambah dan berkongsi ilmu pengetahuan. Insyaallah. ..

Di antara buku - buku yang telah selesai di bedah :

1. " Turki Negara Dua Wajah"- karya Dr. Abdullah Azam
2. " Mustadhafin/Masyarakat Terindas"- karya Azizi Abdullah
3. " Bai’ah Wanita Kepada Rasullullah"
4. " Falsafah Hidup" - karya Buya Hamka
5. " GMO a decade of failure (1994-2004)" – FOEI
6. " Ahmadinejad : Singa Baru Dunia Islam"
7. " Air Mata Kerpan" - CAP
8. " Wang Dan Kehidupan" - CAP
9. "Civilization & Modernization What’s the Diffrence" - karya Ali Shariati
10. "Islam Tunduk Menyerah" - IKD


Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi ;

Saudara Amir ; 013-7069509

Khamis, Mac 27, 2008

Bedah Buku "Civilization and Modernization: What’s The Difference"

Buku : Civilization and Modernization: What’s The Difference
Penulis : Ali Shariati (2006)
Terbitan :Citizens Ali Shariati (2006), International: Penang.

Introduction;

  • important issue is the relationship between an imposed modernization & genuine civilization
  • modernity has been imposed on us, the non European nations, in the guise of civilization
  • for the past 150 yrs, the West has under taken the task of modernizing men with the missionary zeal
  • intellectual? Assimilation? Alienation?

Dehumanizing effects of modern factory work

Analogy-factory

  • clearly illustrates that in the present system there is not the slightest room for expression of human sentiment
  • human becomes like a machine
  • “one dimensional man”, “depreciated man” @ “circular man”
  • Circular man: who produces for the sake of consumption & consumes for the sake of production

Alienation as a condition of being possessed

Alienation, which affects men through mechanical & dehumanized disciplined, may be caused by bureaucracy & technology

Cultural alienation

  • Alienation: indicates a condition in which one does not perceive himself as he is, but rather perceives something else in his place
  • Culture: collection of intellectual, non-material artistic, historical, literary, religious & emotional expressions of a nation which have accumulated in the course of its history & acquire unique form
  • Artificial factors wipe out any real culture & substitute a false culture for different conditions, different historical stage, different economy, different background, different political & social

Mosaic societies

Mosaic civilization

  • Civilization which carry some leftover parts from the past, some deformed parts from Europe & combination of the two produces a half-civilized, half-modernized society
  • Formless, no special shape, no goal

Welcome to the machine

Problem

  • To make people in Asia & Africa consumers of European products
  • Their societies must be structured so they would buy European products

Strategy

  • All the people of the world must becomes uniform
  • The differences in thinking & spirits of nations of the world must be destroyed in order for men become uniform
  • It shows all Easterners, Asians & Africans, how to think, how to dress, how to desire, how to grieve…etc
  • New culture-modernization
  • eg: a need of automobile in Africa

Effects

  • modernization is changing traditions, mode of consumption & material life from old to new

# aktiviti bedah buku yang dijalankan oleh Ummah Aid pada setiap hari Rabu jam 5.30 di Universiti Sains Malaysia. Terbuka kepada semua yang berminat. Jikalau berminat layari http://ummahaid.blogspot.com/