Rabu, Februari 17, 2010

Catatan Malam


.....makanan yang tidak habis, diberikan kepada 'homeless' people. jangan nafikan, gejala sosial juga ada kaitan dengan bertambahnya jumlah homeless ni... masyarakat kelas bawahan yang miskin dan kurang berkemampuan yang anak-anak mereka terbiar dan terlibat dengan gejala sosial pasti tidak akan ada perubahan ekonomi keluarga kerana anak itu leka dengan hedonisma, apabila mereka dewasa nanti, yang layak bagi mereka adalah jadi buruh yang gagal dalam pelajarannya... Golongan berada yang masih berkesempatan masuk universiti kerana ibubapanya berkemampuan pula, jika terlibat dalam gejala sosial, mereka inilah nanti yang jadi penyangak sosial yang lebih dahsyat daripada peragut. Mereka punya kepandaian, berpelajaran, tapi kerana tiada akhlak, rasuah berlaku, penindasan berlaku, penipuan berlaku dan bertambah-tambah lagilah orang yang digelar mustad'afin... (www.sinarloronggelap.blogspot.com)

Rabu, Februari 10, 2010

Jerat-V-Day

Kenyataan Media
Tarikh: 7 Febuari 2010

Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai kalangan masyarakat kita khususnya di kalangan muda-mudi, sekitar akhir tahun 1980-an beriringan dengan munculnya siaran-siaran televisyen, iklan dan filem yang bertemakan perayaan ini. Perayaan ini biasanya diraikan dengan setiap pasangan memberikan hadiah kepada orang yang dikasihi. Setelah itu diadakan pesta-pesta yang diisi dengan hiburan seumpama nyanyian, tarian dan sebagainya. Kebelakangan ini, pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa, mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasang-pasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks.

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat! Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang Islam.

Tidak dapat dinafikan bahawa statistik ini menunjukkan kejadian zina semakin berleluasa dan tidak dapat tidak, Hari Kekasih dilihat sebagai salah satu hari daripada hari yang digelar ‘Musim Mengawan’ kepada muda-mudi kita. Lebih-lebih lagi, apabila laporan akhbar menyatakan wujudnya kempen ‘Bare Your Loves, No Panties During Valentine’ yang menular ke IPT-IPT dan sekolah-sekolah. Walaupun pihak atau individu yang memulakan kempen ini tidak kami ketahui, kempen ini jelas mencabar ajaran Islam yang malarang umatnya mendekati zina. Maka, harus diingat, Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa “Amalan menyambut Hari Valentine’s Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam”. Manakala Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Oleh itu, dengan ini Urusetia Menangani Gejala Sosial P.Pinang (UNGGAS), Persatuan Ulama’ Malaysia Caw P.Pinang (PUMPP), Angkatan Penuda Pemudi Islam (API) dan Komunti Suara Kehidupan (KoSuKe) akan memulakan kempen ‘Jerat Valentine Day’ bertujuan mendidik masyarakat terutama ibubapa tentang bahaya membiarkan budaya songsang ini terus hidup dalam masyarakat Islam. Dengan itu, kami akan turun ke peringkat akar umbi untuk berkempen dalam bentuk pengedaran poster, edaran cd-cd kesedaran, ceramah-ceramah umum, tayangan video-video kesedaran di pasar-pasar malam dan tempat awam. Acara kemuncak adalah program Latihan Aktivis Dakwah Dalam Isu Sosial (LANDAS) yang bertujuan membentuk pendakwah lapangan yang berkemahiran tinggi pada 13 – 14 hb Feb dan Operasi Sayangi Remaja iaitu satu bentuk operasi pencegahan maksiat dalam bentuk kaunseling di lapangan yang akan dilaksanakan disekitar Pulau Pinang. Kami menyeru agar masyarakat Pulau Pinang memberi sokongan yang padu dalam usaha kami ini.
Hubungi saudara Nurfitri Amir Muhammad di talian 013-7069509 untuk maklumat lanjut.

Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS)
Persatuan Ulama' Malaysia Caw P.Pinang (PUMPP)
Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API)
Komuniti Suara Kehidupan (KOSUKE)

Jerat V-Day Poster
Copy dan send kepada kawan2..
Print, fotocopy dan tampal di tempat2 awam..

InsyaAllah banyak pahala.

Rehlah API

Gambar-gambar yang sempat diambil semasa program rehlah API pada 7 Feb 2010 bertempat di Taman Negara Teluk Bahang, Pulau pinang.

Amir menunjukkan jarak tracking ke Teluk Aling (USM-CEMAC)


Tracking

Pemandangan indah di Teluk Aling



Antara menu yang disediakan



Sesi tazkirah dan perkongsian

Pelancong asing yang kami jemput untuk makan satay


Selasa, Februari 09, 2010

Sidang media kempen ‘Anti -Ventine Day for Muslims’ dan membantah kempen ‘ Bare Your love, No Panties During Valentine’

7 feb 2008 - Satu sidang media telah dianjurkan oleh Urusetia Menangani Gejala Sosial Pulau Pinang (UNGGAS), Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUMPP), Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API) dan Suara Komuniti Kehidupan (KoSuKe) bertampat di pejabat UNGGAS di Taman Bagan Lalang, Butterwoth.

Sidang media ini diadakan adalah bagi melancarkan kempen 'Anti -Ventine Day For Muslims' dan membantah serta mengecam keras kempen ‘ Bare You Love, No Panties During Valentine’.

Kempen ‘Anti-Valentine Day for Muslim’ ini dijalankan adalah sebagai satu usaha untuk membanteras kegiatan tidak bermoral yang dilakukan oleh remaja-remaja Islam semasa menyambut Hari Kekasih. Kebiasaanya semasa sambutan sebegini remaja-remaja terdedah kepada kegiatan tidak bermoral seperti zina dan rogol.

Selain itu sidang media ini juga diadakan adalah bagi mengecam keras tindakan sesetengah pihak yang telah menganjurkan kempen ‘ no panties’ ( lihat sini) dan (sini) serta memberi pendedahan kepada masyrakat islam agar tidak terpengaruh dengan kempen tersebut. Kempen ‘no panteis’ ini dipercayai telah disebarkan melalui mulut ke mulut dalam kalangan remaja termasuklah pelajar-pelajar IPT.

Menurut Nurfitri Amir, Koordinator UNGGAS, perkara ini agak membimbangkan umat Islam kerana semasa sambutan sebegini kes-kes zina dan rogol meningkat dan ini akan mengakibatkan kes-kes kelahiran anak luat nikah juga akan meningkat akibat daripada perlakuan tidak bermoral dalam kalangan remaja yang terlibat dengan sambutan ini.

Walaupun majlis fatwa kebangsaan telah menfatwakan bahwa meyambut Valentine Day adalah salah dan bertentangan dengan ajaran agama Islam, (rujuk sini) namun kita percaya ada segelintir umat Islam yang turut menyambut dan meraikannya.

Semasa kempen anti-valentine yang dinamakan sebagai ‘ Jerat Valentine Day’ , edaran poster dan VCD akan dijalankan disekitar tempat-tempat awam bagi memberikan maklumat tentang perkara ini. Aktiviti ceramah kepada orang awan juga akan dianjurkan di tempat awam Semasa malam sambutan Hari Valentine, Ops Sayangi Remaja akan dijalankan bagi memberikan kaunseling lapangan kepada pasangan-pasangan yang berdua-dua agar tidak terjebat dengan aktiviti tidak bermoral terutamanya zina di tempat tumpuan remaja di sekitar Pulau Pinang.

Sempena dengan kempen ini juga, ibu bapa dinasihati agar mengawasi anak-anak mereka agar tidak terbabit dengan aktiviti-aktiviti tidak bermoral pada hari tersebut.

Pertikan akhbar klik sini

Sabtu, Februari 06, 2010

LANDAS dan OPS Sayangi Remaja

Salam. Sertai kami membenteras b Gejala Sosial ‘Valentine Day’.

LANDAS
Srtai latihan turun lapangan & pemetaan isu sosial dalam program LANDAS; 13 – 14 Feb, Butterwoth. Hubungi Amir (013-7069509) utk mndftr, terhad 30 org shj.

OPS SAYANGI REMALA
Turun beramai2 mencegah isu sosial di malam Valentine dengan pendekatan dakwah kasih sayang dalam program Ops Sayangi Remaja.
Brkmpl di Msjd Kubang Boya, B’worth. 14 Feb jam 7mlm. Daftar di Msjd pd mlm trsbt. SEBARKAN!


Nurfitri Amir Muhammad
Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS)
Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API)
Persatuan Ulama' Malaysia P.Pinang (PUMPP)

Cerita di sebalik bancian penduduk Tanjung Tokong

serba sedikit tentang UDA Holding…

Established by the government on November 12, 1971, the Urban Development Authority (UDA) was given the responsibility to promote planned urban development. After 29 years of successfully fulfilling its responsibilities UDA was incorporated on September 1, 1996 and became known as UDA Holdings Sdn Bhd.

The drive to firmly establish the company was achieved when it changed its status to that of a public limited company with effect from July 14, 1999, to be known as UDA Holdings Berhad. The company was listed on the Main Board of Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) on November 18, 1999.

Today, led by a board of experienced directors and highly qualified professionals, UDA is committed to enhance its competitiveness and to partake a bigger role in urban development thereby contributing to entrepreneurial growth in line with the national aspiration.

The principal activities of the Company are in investment holding and property development while the principal activities of the Group are in land and property development, property management and leisure industry.

Bancian ini telah dijalankan pada 23 Januari 2010 oleh PPMUSM dan API

Lihat apa reaksi penduduk Tanjung Tokong.


pelbagai reaksi yang dipertontonkan kepada kami sewaktu bancian dijalankan. rata-ratanya tidak bersetuju dan memberontak apabila mereka dituduh sebagai penduduk setinggan sedangkan geran tanah masih atas nama mereka. mereka merasakan UDA tidak sewajarnya meneruskan hasrat untuk membangunkan 650 unit banglow dan 40 unit rumah kos rendah di tanah sah mereka, tanpa memberi apa-apa jaminan kepada penduduk di situ. cuba bayangkan jika unit-unit perumahan itu didirikan, mampukah mereka menetap di kawasan yang sedang membangun pesat dengan pembelanjaan hidup yang sememangnya akan lebih tinggi dari apa yang mereka lalui sekarang.

mereka ini bukan lah golongan yang menolak pembangunan. mereka cuma akan bersetuju dengan cadangan UDA jika pembangunan itu dilakukan untuk penduduk di kawasan itu juga, bukan untuk kesenangan sebelah pihak sahaja. jika mereka dihalau, ke mana lagi mereka akan pergi? sedangkan seluruh keturunan mereka dilahirkan dan dibesarkan di situ…di Tanjung Tokong.


siapakah yang mampu menolak pembangunan jika masih hidup sebegini di celah-celah dunia yang mengila membangun sekarang ini???

saya mula terfikir, kadang-kadang, kita hanya memandang kepada kejayaan sesebuah negara dalam mengejar arus pemodenan dan giat bersaing dengan negara luar, hanya untuk dipandang tinggi oleh mereka… tanpa kita sedari, dalam masa yang sama, ramai rakyat kita sendiri yang ditindas!!!

cuma mungkin kita sering terlepas pandang akan cerita sebenar disebalik semua ini. ‘the big secret behind all this’. tak semua orang sedar bahawa disebalik berdirinya bangunan yang megah itu, ada permainan psycho!!! apa yang anda rasa kan jika anda dikelilingi manusia berbadan tegap, bengis dan menggerunkan?? sedangkan anda cuma seorg yang kurus, tidak ada ilmu seni pertahankan diri dan sedang lemah. apa yang anda akan lakukan??? pastinya anda akan lari kan diri dari tempat tersebut tanpa perlu dikerah oleh mereka yang menggerunkan itu!! kalau mahu selamat!! sedar atau tidak, analogi ini lah yang sedang membelenggu mangsa-mangsa pembangunan. inilah realitinya! realiti manusia yang semakin hari semakin hilang erti kemanusiaan.

dalam masa yang sama, cuba kita fikirkan tentang nasib generasi akan datang…

cabaran-cabaran yang kami tempuhi sepanjang membuat bancian:

ada sebilangan penduduk yang enggan memberi kerja sama kerana menganggap kami berpihak kepada sebuah puak saja. hal ini berikutan terdapat beberapa persatuan dalam kampung yang sama, yang memperjuangkan perkara yang sama, tetapi melalui cara yang berbeza dan tidak bersefahaman, maka terhasillah suatu gambaran berpuak-puak. yang menjadi kemusykilan kami, kenapa perlu berpuak-puak, jika mereka memperjuangkan perkara yang sama??? mungkinkah ini punca utama mengapa isu perampasan tanah masih gagal diselesaikan walau dah berpuluh-puluh tahun isu ini diperdebatkan?? ‘orang melayu tak bersatu’!!!! pada sudut pandangan saya sebagai sukarelawan yang tidak menyebelahi mana-mana pihak, saya merasakan, selagi orang melayu tak bersatu dan buang ego mereka, berapa banyak bancian yang dilakukan sekali pun, tidak akan membuahkan apa-apa hasil.

p/s: sebarang perkongsian dan pendapat boleh lah dikongsi bersama dalam bahagian komen dibawah ini. sebarang cadangan untuk mengatasi permasalahan ini juga amat dialu-alukan…:)

Rabu, Februari 03, 2010

REHLAH Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API)

Utk berkenalan dan mengukuhkan ukhwah kita. Sukarelawan API dijemput ke
program :R
EHLAH API
tempat:Tmn Negara P.Pinang di Teluk Bahang
tarikh: 7 Feb 2010 .
masa: 7.30 pa
gi (berkumpul)
Aktiviti: jungle tracking; B
BQ; Mandi Sg/laut; Tazkirah
Bayaran: Rm5 utk makanan
'gambar sekadar hiasan'


perhatian:Brkumpul di Hdpn Pondok Jabatan Hutan Taman Negara di pintu masuk jam 7.30-8pg. Kita akan 'tracking' bersama hingga ke pantai.

panduan prjalanan: Dr jeti pulau pinan
g, blh naik Bus Rapid Penang no 101 ke teluk bahang. Bus ni akan berhenti di taman negara sebagai hentian terakhir sebelum pusing balik ke Jeti. perjalanan dari jeti ke tlk bahang ambil masa 1 jam. klu naik kenderaan sendiri, ikut singbord batu feringgi, teluk bahang terus je, lg 10km.

sebarang persoalan berkenaan perjalanan ke REHLAH API boleh hubungi saudara Izzat Anwari (013-402 5770)

sebarang persoalan berkenaan REHLAH API boleh hubungi saudara
amir (013-706 9509)


sekian.....selamat datang ke REHLAH API