Memaparkan catatan dengan label jemputan program. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jemputan program. Papar semua catatan

Selasa, November 20, 2012

BENGKEL AKTVISME BERSIRI

Pernah terfikir apa yang boleh kita buat jika; ada kes keluarga miskin anaknya dipaksa melacur? ibubapa dan ahli keluarga prihatin mencari pusat pemulihan berkualiti untuk pemulihan anak terjebak gam, arak, dadah? didepan mata ada kes-kes remaja (pemimpin masa depan) yang disogok seks bebas termasuk seks songsang. terserampak dengan isu-isu masyarakat marhain seperti gelandangan, rakan dari negara jiran mohon bantuan untuk menyokong perjuangan mereka? Dan lain-lain.

  "KITA SAMA-SAMA BELAJAR JADI AJEN PERUBAHAN"


 Tempat : Serambi Dakwah, Lorong Bagan Lalang 22, Taman Bagan Lalang, 13400 Butterworth, Pulau Pinang.
 Masa    : 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.
 Tarikh   : Siri 1  ( 17 November 2012 )
                Siri 2 (  01 Disember  2012 )
                Siri 3 ( 15 Januari       2013 )
                Siri 4 ( 19 Januari       2013 )
                Siri 5 ( 02 Febuari      2013)

Kandungan Bengkel : 

1) aktivisma dengan kesedaran
2) hemo hemoi
3) membezakan isu dan masalah & pemantauan media
4) survey, pemetaan setempat & analisa data
5) advokasi dan ekspressi
6) advokasi media
6) surat, laporan dan urusan rasmi
7) merancang plan strategik
8) asas fasilitator & kaunseling
9) VIPP (visualization in parsipatory program)
10) membina organizasi dan mengumpul dana 



Ahad, Oktober 21, 2012

Forum Bersama Ulama' - Hukum Hudud:Konsep Dan Penghayatan

JEMPUTAN KE FORUM BERSAMA ULAMA' : HUKUM HUDUD - KONSEP DAN PENGHAYATAN


Bersama Panel :
1. Dr. Wan Salim bin Wan Mohd. Noor (YDP PUMPP)
2. Dato' Haji Salleh bin Ahmad (Ahli Majlis Fatwa P. Pinang)
3. En. Munir Faeed (Peguam Syar'ie)

Pada : 24 Okt. 2012 (Rabu)
Jam  : 7.30 malam
Di   : Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Program adalah anjuran Persatuan Ulama' Malaysia Pulau Pinang (PUMPP)

Perhubungan :
Saudara Amir +6013-7069509
Saudara 'Izzat +6013-4025570

Mohon disebarkan...


Selasa, November 15, 2011

Kuliah Tafaqquh Fid-din Bulan Ini: Akhlaq dan Fiqh Wanita


Bismillahirrahmanirrahim....


Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T, Kuliah Tafaqquh Fid-din sudah bermula. Kelas pertama telah diadakan pada 23 Oktober 2011 yang lalu. Kelas pertama "Usul al-din" disampaikan oleh Prof Dr Wan Salim Wan Mohd Nor. Buku rujukan yang digunakan ialah "IMAN: Rukun, Hakikat dan Pembatalannya" karya Dr Muhd Naim Yasin, terbitan Pustaka Darussalam. InsyaAllah, kelas kedua akan diadakan pada:


Tarikh: 20 November 2011
Hari: Ahad
Masa: 8 pagi - 10 pagi
Tempat: Serambi Dakwah, Lorong Bagan Lalang 22, Taman Bagan Lalang, 13400 Butterworth, Pulau Pinang.


Fokus kali ini adalah Akhlaq dan Fiqh Wanita. Akan disampaikan oleh Ustazah Mardziah Zakaria. Dijemput sahabat-sahabat untuk datang ke majlis ilmu ini. Sebar-sebarkan untuk manfaat bersama.

MUSLIMIN: Kenapa anda perlu
datang?

· "Setiap kamu adalah penjaga dan akan ditanya tentang jagaannya; pemimpin akan ditanya tentang jagaannya, lelaki akan ditanya tentang isteri dan anak-anaknya.." (H.R Muslim)


Ya akhi: Allah taklifkan ke atasmu untuk memegang amanah untuk mentaati kedua ibu bapamu dan juga memegang amanah untuk mendidik isteri dan anak-anakmu u
ntuk mentaati Allah dan RasulNya. Bersediakah kau memikul amanah itu? Sudah cukupkah ilmu di dada buat bekalan melayari bahtera dunia menuju negeri yang abadi di mana segalanya akan dipersoalkan dan diberi balasan setimpal?


MUSLIMAT: Kenapa anda perlu datang?

· "...Isteri adalah penjaga di rumah suaminya dan akan ditanya tentang jagaannya dan anak adalah penjaga harta bapanya dan akan ditanya tentang jagaannya." (H.R Muslim)

Ya ukhtie: Allah jadikan dirimu sebagai pelengkap rusuk suamimu sebagai tanda kekuasaanNya. Kau diamanahkan untuk mentaati suamimu setelah Allah dan RasulNya. Tugasmu juga, mengasuh dan mendidik permata hatimu untuk mentaatiNya. Sudah cukupkah ilmu di dada untuk mendidik diri dan anak-anakmu kelak? Kerana tarbiyah itu bermula dengan tarbiyah diri.

Ya Akhi..wa Ukhtie...

Rebutlah kesempatan ini...tingkatkan bekalan ilmu di dada. Rujuklah pada ahlinya, agar terpandu ke jalan yang diredhai..insyaAllah. Bawa bersama keluarga anda, tarbiyah awal untuk permata hati kalian. Moga hati anak-anak kecil itu terpaut pada kemanisan menuntut ilmu dan keberkatan berada dalam majlis ilmu..insyaAllah.

· Orang-orang yang berkumpul mengingati Allah (majlis ilmu @ zikir) akan dikelilingi Malaikat, dipenuhi Rahmat, diturunkan Ketenangan dan disebut-sebut nama mereka. (H.R Muslim)

Semoga kita sama-sama diberi keberkatan atas ilmu yang Allah kurniakan dan diberi kekuatan untuk mengamalkannya dan istiqamah dengannya..insyaAllah..('',)

Sebarang pertanyaan sila hubungi 019-5236057.

Selasa, Oktober 11, 2011

Kenali Islam-Jom ke Kuliah Tafaqquh Fid-din PUMPP-API

*Sila 'Klik' pada gambar untuk besarkan.
Bismillahirrahmanirrahim...
“Dan barangsiapa yang diberi rahmat oleh Allah, maka diberikan kepadanya kefahaman dalam agama.”
(H.R Ahmad)
“Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”

(H.R Muslim)

Jom tambah ilmu, tingkatkan amal..('',)
Semua dijemput hadir ke Kuliah Tafaqquh Fid-din
anjuran Persatuan Ulama' Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUM PP)
&
Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API)

*Sila 'Klik' pada gambar untuk besarkan.
Tarikh: Ahad minggu ketiga setiap bulan (*Rujuk jadual)
Masa: 9.00-11.00 pagi
Tempat: Serambi Dakwah, Lorong Bagan Lalang 22, Taman Bagan Lalang, Butterworth.



TAK PERLU BAYAR APA-APA...:)
HANYA DATANG DAN DENGAR... :) :)
ADA PERSOALAN, BOLEH TANYA.. :) :) :)
INSYAALLAH AKAN DIJAWAB OLEH PENCERAMAH... :) :) :) :)
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI UNTUK BERKONGSI ILMU..INSYAALLAH..(^_^)
BOLEH BAWA ISTERI DAN ANAK-ANAK SEKALI...ISI HATI DENGAN KEBERKATAN MAJLIS ILMU...(^_^)

Untuk pendaftaran dan pertanyaan sila hubungi urusetia di talian 019-5236057.
api_penang@yahoo.com.my

Jom Bedah Buku: Bukti Saintifik Pengharaman Khinzir

Bismillahirrahmanirrahim...

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
“Diharamkan ke atas kamu bangkai, darah, daging khinzir.”
(Surah al-Maidah : 3)

Kenapa khinzir diharamkan ke atas umat Islam?
Apakah hikmah di sebalik pengharaman khinzir?
Dan pelbagai persoalan lagi yang berkaitan dengan khinzir....

Akan dikupas dalam Bedah Buku pada kali ini.

Tajuk buku: Bukti Saintifik Pengharaman Khinzir
Penulis: Basri Ibrahim

Tarikh: 12 Oktober 2011 (Rabu)
Masa: 5.30 petang
Tempat: Anjung Semarak, USM

Akan dikupas oleh Saudari Noor Afifaliza.

Jom beramai-ramai...cari jawapan kepada persoalan yang perlu diketahui oleh kita semua sebagai umat Islam..('',)

Sebarang pertanyaan sila hubungi 019-5236057.
api_penang@yahoo.com.my

"Membina generasi pewaris ulama"

Isnin, Oktober 10, 2011

Aplikasi Ihsan dalam Jiwa Aktivis Muslim

Bismillahirrahmanirrahim...Align Center
Assalamualaikum..('',)


Apa itu ihsan?
Sudahkah kita mencapai tahap ihsan dalam hidup?
Bagaimana mencapai tahap ihsan dalam kehidupan seorang mukmin?
Apakah kesan ihsan terhadap gerak laku seorang muslim?

Persoalan-persoalan ini akan terjawab...insyaAllah..('',)

Sahabat-sahabat dijemput hadir ke Usrah Murobbi anjuran Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API) pada:

Tarikh: 11 Oktober 2011 (Selasa)
Masa: Jam 8.30 malam
Tempat: Serambi Dakwah, Lorong Bagan Lalang 22,
Taman Bagan Lalang, Butterworth

Pengisian bertajuk 'Aplikasi Ihsan Dalam Jiwa Aktivis Muslim'

Disampaikan oleh Ustaz Nazmi Desa.

Ayuh semarakkan majlis ilmu...di samping mengeratkan ukhuwah sesama kita...('',)
*Feel free to bring your child along...('',)


Sebarang pertanyaan sila hubungi 019-5236057.

Isnin, Oktober 03, 2011

AKAN DATANG: KULIAH TAFAQQUH FID-DIN PUMPP-API

Assalamualaikum.



MAKLUMAN:

InsyaAllah, team API merancang untuk mengadakan satu program kuliah pengajian Islam "KULIAH TAFAQQUH FID-DIN PUM PP-API". Program ini merupakan anjuran bersama Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API) dan Persatuan Ulama' Malaysia cawangan Pulau Pinang. Program ini berbentuk pengajian intensif meliputi kulia dan tugasan. kuliah akan disampaikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dan menjadi tempat rujukan dalam bidang masing-masing. Kuliah ini akan memfokuskan empat subjek utama iaitu:

1. Usul al-din
2. Sejarah dan Tamadun Islam
3. Akhlaq dan Fiqh Wanita
4. Shari'ah Islamiyyah

Kuliah ini akan diadakan pada setiap bulan dan terdiri daripada empat siri meliputi empat subjek yang akan difokuskan. Penyertaan adalah TERBUKA kepada orang ramai dan TIADA BAYARAN dikenakan.

Maklumat terkini program akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Sebarang pertanyaan dan maklumat sila hubungi 019-5236057.

Sabtu, Oktober 01, 2011

Jom Ke Kuliah Dhuha..

Assalamualaikum...

Jemputan ke Kuliah Dhuha anjuran Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API) pada

Tarikh: 2 Oktober 2011 (Ahad)
Masa: 9 pagi
Tempat: Serambi Dakwah, Bagan Lalang, Butterworth.

Disampaikan oleh Ustaz Hafizullah. Beliau merupakan seorang guru agama di Sekolah Menengah Kebangsaan Alma, Pulau Pinang.
Membincangkan buku Aqidatul Najihin (Sheikh Zainal Abidin Bin Muhammad Al-Fathoni).



Sebarang pertanyaan sila hubungi 019-5236057.

Selasa, September 06, 2011

Jamuan Santai-santai Aidilfitri API-PUM PP




Jom2 ke Jamuan Santai-santai Aidilfitri API-PUM PP

Tarikh : 11 September 2011 (Ahad)
Masa : 10 pagi-12 tengahari
Tempat : Serambi Dakwah, Bagan Lalang,Butterworth, Pulau Pinang.



Tema Pot Luck..sila bawa makanan untuk dikongsi bersama-sama..cari keberkatan dalam rezeki kurniaanNya.



Ayuh eratkan ukhuwah sesama kita..('',)

Sebarang pertanyaan dan makluman kehadiran sila hubungi 019-5236057.

Isnin, Julai 18, 2011

Tentatif Uzlah Tazkiyah API 2011




TENTATIF UZLAH TAZKIYAH API 2011


5 OGOS 2011 (JUMAAT)


9.30 pagi : Bertolak

1.00 tengahari : Sampai di tempat penginapan dan Solat Zohor/Solat Jumaat

2.00 petang : Rehat dan urus diri

3.30 petang : Taaruf dan taklimat program

4.45 petang : Solat Asar dan persiapan ifthar

7.30 malam : Ifthar dan Solat Maghrib

8.30 malam : Solat Isya’ dan Tarawikh

10.00 malam : Rehat 6 Ogos 2011 (Sabtu)


6 OGOS 2011 (SABTU)


4.30 pagi : Qiyamullail dan persiapan sahur

5.00 pagi : Sahur dan Solat Subuh

6.30 pagi : Slot 1: Kuliah Subuh
Bab 1: Adab Guru & Murid

8.00 pagi : Riadhah

9.00 pagi : Slot 2: LDK
Bab 2: Induk Sarana Tazkiyah.
Fasa 1-fasa 8: Dari Solat Hingga Mengingati Mati.

10.30 pagi : Solat Dhuha

11.00 pagi : Slot 3: Kuliah Umum
Bab 2: Induk Sarana Tazkiyah.
Fasa 9: Muraqabah, Muhasabah, Mujahadah & Mu’aqabah.
Fasa 12: Mengetahui Pintu-pintu Masuk Syaitan Ke Dalam Jiwa Dan
Menutup Jalannya.

12.45 tengahari : Persiapan Zohor dan Solat Zohor

2.00 petang : Slot 4: Kuliah Umum
Bab 3: Hakikat Kesucian Jiwa.
Fasa 1: 12 Aspek Penyucian Jiwa.

3.30 petang : Slot 5: LDK
Berakhlak Dengan Asma’ Al-Husna.

3.45 petang : Slot 6: Kuliah Umum
Bab 3: Hakikat Kesucian Jiwa.
Fasa 2 & 3: Tahaqquq & Takhalluq.

4.45 petang : Solat Asar dan persiapan ifthar dan urus diri.

7.30 malam : Ifthar jam’ie dan Solat Maghrib.

8.30 malam : Solat Isya’ dan Tarawikh.

9.30 malam : Slot 7: Kuliah Umum
Bab 4: Buah Tazkiyah.
Fasa 1: Mengendalikan Lidah: 20 Penyakit Lidah Yang Mengundang
Kehancuran Besar.


7 OGOS 2011 (AHAD)


4.30 pagi : Qiyamullail dan persiapan sahur.

5.00 pagi : Sahur dan Solat Subuh.

8.00 pagi : Riadhah

6.30 pagi : Kuliah Subuh @ sambungan/pembentangan LDK “Berakhlak Dengan Asma’
Al-Husna.

9.00 pagi : Slot 8: Kuliah Umum
Bab 4: Buah Tazkiyah.
Fasa 2: Adab Berbagai Hubungan: Perihal Adab Dalam Muamalah.

10.30 pagi : Solat Dhuha

11.00 pagi : Slot 9: LDk
Daripada Faham Kepada Amal: Kearah Aktivis Cekap & Berakhlak.

12.45 tengahari : Persiapan Zohor dan Solat Zohor

2.00 petang : Riadah “Jelajah Gua Kelam” (bagi yang mampu dan mahu)

5.00 petang : Lambaian Ukhuwah


Modul Uzlah Tazkiyah pada kali ini adalah berdasarkan buku "mensucikan Jiwa: Kaedah Tazkiyatun Nafs Bersepadu" yang ditaskhih dan disusun semula oleh Sa'id Hawwa.

MEMBELI SAMBIL BERAMAL...('',)

Sahabat-sahabat digalakkan untuk mendapatkannya sebagai rujukan. Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan buku ini boleh membuat tempahan awal kepada pihak kami. Harga RM 50 sebuah (termasuk infak untuk Tabung Dana Untuk Ummah).

Sebarang pertanyaan, pendaftaran dan tempahan buku sila hubungi 019-5236057).

Sabtu, Julai 09, 2011

Tazkiyah Al-Nafs Kunci Hidup Mukmin...



“Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (perilaku) kejahatan dan ketakwaannya. Sungguh beruntung orang yang menyucikannya, dan sungguh merugi orang yang mengotorinya.”
(Surah Asy-Syams: 7-10)

UZLAH TAZKIYAH

Anjuran Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API)

Tarikh: 5-7 Ogos 2011

Tempat: Gua Kelam, Perlis.

Tema: "Tazkiyah Al-Nafs Kunci Hidup Mukmin"

Mengupas
-pengertian, prinsip dan penghayatan tazkiyah al-nafs dalam kehidupan mukmin
-dua dimensi tazkiyah al-nafs: takhalli dan tahalli
-metodologi: muhasabah, mujahadah, muraqabah...
-apa itu ummahatul akhlaq dan bagaimana memilikinya?

Semuanya akan terjawab di sini...ahlan2...('',)

*Tempat adalah terhad dan keutamaan diberi kepada penyertaan awal.

Untuk pertanyaan dan pendaftaran sila hubungi 019-5236057.

Jumaat, Julai 08, 2011

Jom2..Usrah Murobbi Fasa 2...



AYUH SAHABAT2..JOM2...

Usrah Murobbi Fasa 2

Anjuran Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API)


Perbincangan Buku Risalah Untuk Kaum Muslimin

Karya: Syed Naquib al-attas)

Oleh Sdr Nizam Mahshar

Tarikh: 12 Julai 2011 (Selasa)

Masa: 8.30 mlm

Tempat: Serambi Dakwah, Taman Bagan Lalang, Butterworth.

Sebarang pertanyaan sila hubungi 019-5236057.

Selasa, Julai 05, 2011

Ya Allah...aku hambaMu yang penuh dosa....



Ya Allah..
Kotornya hati ini hanya Engkau yang tahu...
Andai...
Andai saja manusia melihat hati ini...
Pasti mereka merasa jelak...
Benar kataMu...
Maksiat itu membuat dada terasa sesak dan sempit...
Namun aku yakin pada janjiMu...
Aku yakin pada asma'Mu...
Biar dosa menggunung tinggi...
Namun rahmat dan keampunanMu melangit luas...

"Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya, dan sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Az-Zumar: 53)

Ya Allah...
Jadikanlah aku daripada kalangan hambaMu yang sentiasa bertaubat kepadaMu...
Jadikan titisan air mataku hanya untukMu..
Air mata taubat...yang bisa memadamkan api nerakaMu...

-------------------------------------------------------------------------------------

Setiap manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan. Kerana sesungguhnya itulah tanda kekuasaan Allah. Yang sempurna itu hanyalah Allah. Namun, sebaik-baik manusia ialah apabila ia melakukan kesalahan, ia segera bertaubat kepadaNya dengan sebenar-benar taubat (taubat nasuha).

JOM BERAMAI-RAMAI KE PROGRAM BEDAH BUKU

Anjuran Angkatan Pemuda-Pemudi Islam (API)

Tarikh: 6 Julai 2011 (Rabu)
Tempat: Serambi Dakwah, Bagan Lalang,Butterworth

Tajuk buku: "Titisan Air Mata Keinsafan-Taubat: Amalan & Penghayatannya"
Karya: Muhammad Isa Selamat
Oleh: Sdri Azila


Sebarang pertanyaan sila hubungi 019-5236057.

Khamis, Jun 23, 2011

Jom Ke Kuliah Dhuha...

Assalamualaikum...



"Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan menuju ke syurga."
(H.R Muslim, Abu Daud, Turmizi dll)

Mafhum hadith ini, sesiapa saja yang sanggup melapangkan sedikit masanya untuk menambah pengetahuan lebih-lebih lagi ilmu yang berkaitan dengan agama, maka peluangnya untuk masuk ke dalam syurga adalah cerah kerana jalan ke sana telah dimudahkan oleh Allah SWT.

Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda:
"Selamat datang wahai orang yang menuntut ilmu, sesungguhnya para penuntut ilmu itu akan dinaungi oleh sayap-sayap para malaikat yang saling bertindihan satu sama lainnya sampailah ke langit dunia, ini kerana kecintaan mereka kepada orang yang menuntut ilmu."
(H.R Ibnu Majah, Ahmad, Thabrani & Ibnu Hibban)

-------------------------------------------------------------------------------------

Semua sahabat-sahabat dijemput beramai-ramai ke program pengisian ilmiah anjuran Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API)

KULIAH DHUHA

Kupasan buku Aqidatul Najihin (Sheikh Zainal Abidin Bin Muhammad Al-Fathoni)

Oleh: Ustaz Rosli Othman
(NYDP Persatuan Ulamak Malaysia Caw. P.Pinang dan Ahli Majlis Fatwa Negeri).

Tarikh: 26 Jun 2011 (Ahad)

Masa: 9.00-11.00 pg

Tempat: Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Bertam, Pulau Pinang.

Ayuh beramai-ramai imarahkan majlis ilmu...hayati sabda junjungan mulia...('',)

Selasa, Jun 21, 2011

Ukhuwah itu manis~Usrah Brothers API



Daripada Abi Hamzah Anas Bin Malik r.a. khadam Rasulullah s.a.w., daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya,
"Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah ia mengasihi kebaikan untuk saudaranya sebagaimana ia mengasihi kebaikan untuk dirinya sendiri" (Mutafaq 'alaih)

Ahlan-ahlan...('',) Dijemput bersama-sama ke program:

Usrah Brothers API

Tarikh: 26 Jun 2011 (Ahad)
Masa: selepas Kuliah Dhuha di Masjid Bertam
Tempat: Air Terjun Junjung

Pengisian-pengisian menarik menanti anda...come and join us..('',)


Sebarang pertanyaan sila hubungi En Amir (0137069509) atau En Zaidi (0132614371).

Ukhuwah itu manis~Usrah Sisters API



Daripada Abi Hamzah Anas Bin Malik r.a. khadam Rasulullah s.a.w., daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya,
"Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah ia mengasihi kebaikan untuk saudaranya sebagaimana ia mengasihi kebaikan untuk dirinya sendiri" (Mutafaq 'alaih)

Ahlan-ahlan...('',) Dijemput bersama-sama ke program:

Usrah Sisters API

Tarikh: 25 Jun 2011 (Sabtu)
Masa: 8 malam
Tempat: Teratak Sakinah, Permatang Buluh, Pulau Pinang

Pengisan-pengisian menarik menanti anda:

-Persoalan REDHA dalam kehidupan mukmin
-Diskusi ringkas Surah Al-Nasr
-Renungan hadis larangan melakukan bid'ah
-Diskusi: syaitan yg menyesatkan
-Muslimat mahir: Belajar cara-cara mengedit gambar menggunakan software

Sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Wani (0198932552).

Isnin, Jun 20, 2011

Kehidupan sia-sia. Keracunan Radioaktif di Bukit Merah~Ibrah yang boleh diambil...



"Telah nampak kerosakan di darat dan laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)." (Surah ar-Rum, ayat 41)

Keracunan radioaktif di Bukit Merah, apakah ibrah yang dapat dikutip? Ikuti kupasan buku ini dalam program:

Bedah Buku Anjuran Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API)

Tajuk buku: Kehidupan Sia-sia. Keracunan Radioaktif Di Bukit Merah.
Penerbit: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Tarikh: 22 Jun 2011 (Rabu)

Tempat: Serambi Dakwah, Bagan Lalang, Pulau Pinang.

Oleh: Pn Fatin Safiah

Ayuh beramai-ramai sertai...('',)

Sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Zila (0195236057).

Jumaat, Jun 17, 2011

Isu Semasa Umat Islam: Apa Peranan Kita?



'Dari telinga (input=ilmu) naik ke otak (tahu/faham), kemudian turun ke hati (sedar) terus ke tangan (amal).'

Isu-isu semasa umat Islam: sejauh mana kita sebagai ahli masyarakat peka dengan permasalahan ummat dan sejauh mana kita memainkan peranan dalam mendepaninya. Semuanya akan dikupas dalam hiwar ini.

Ayuh bersama-sama sertai..('',)

Sebarang pertanyaan sila hubungi Sdr Jelani di talian 019-4603540.

Isnin, Mei 16, 2011

Jemputan Ke Program Wacana Tarbawi Bersama Pak Herry Nurdi

Assalamualaikum w.b.t.

Pihak Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API) dengan berbesar hati menjemput anda ke Program Wacana Tarbawi Bersama Pak Herry Nurdi pada ketetapan berikut:


Tarikh: 21 Mei 2011
Hari: Sabtu


Di sini disertakan bersama-sama tentatif program untuk rujukan.


Sebarang pertanyaan hubungi Sdr Zaidi (0132614371) @ Puan Arnisa' (0134529807).

Semoga dipermudahkan untuk hadir.


Syukran..('',)


-------------------------------------------------------------------------------------


Wacana TARBAWI BERSAMA PAK HERRY NURDI


Anjuran : Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API) Pulau Pinang

Tarikh / Hari : 21 Mei 2011/ Sabtu

Tempat :

-Muslimat : Serambi Dakwah

-Muslimin : RAUDHAH / Masjid (akan diberitahu)


Tentatif program

8.30 Pg
Pengisian dan Dialog Muslimat API bersama Pak Herry Nurdi
Moderator : Saudari Asti Toba

12.30 Tengah hari
Makan tengah hari
Solat Zohor
Bersurai

6.00 ptg
Muslimin berkumpul di tapak program
Pendaftaran

7.30 mlm
Solat Maghrib
Kuliah Maghrib

9.00 mlm
Makan malam

9.30 mlm
Pengisian dan Dialog Muslimin bersama Pak Herry
Moderator : Saudara Amir – Pengerusi API

11.30 mlm
Bacaan Surah Al-Mulk
Tidur

4.30 pg
Qiyamullail

6.00 pg
Solat subuh
Bacaan Al-Ma’thurat
Kuliah Subuh

8.00 pg
Sarapan dan sambung Kuliah Dhuha di Masjid Bertam dengan Ust. Rosli.


Sebarang masalah hubungi : Zaidi atau K.Nisa’



“Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya kerana sesungguhnyasebaik-baik bekal itu ialah taqwa”

(Surah Al-Baqarah: Ayat 197)