Sudah setahun blog ini tidak diupdate. Ini kerana API sedang menghadapi saat-saat sukar. Para senior sudah ramai yang berkeluarga dan mempunyai bebanan hidup masing-masing untuk terus aktif. Para junior semakin kurang yang mahu mengambil tangungjawab untuk memikul beban dakwah sebenar. Masyarakat kita semakin terpisah antara satu sama lain meskipun sangat terhubung melalui media sosial. Anak-anak muda lebih gemar bersosial di internet berbanding di alam nyata.
Ahad, Disember 27, 2015
Khamis, Julai 17, 2014
Uzlah Tazkiyah: "Mengutip mutiara ilmu sebagai pedoman hidup"
Alhamdulillah.. Berkat rahmat ALLAH s.w.t, Uzlah Tazkiyah kali ini yang membawa tema, "Penyucian Jiwa Menghadapi Fitnah Akhir Zaman" berjalan lancar selama 3 hari 2 malam di Teluk Nipah, Kedah.
Sedikit perkongsian ilmu buat tatapan sahabat-sahabat yang tidak berkesempatan untuk menyertai uzlah kali ini.
Berdasarkan kedua-dua ayat ALLAH ini, jelas bahawa ALLAH menunjukkan perbezaan hidup hamba-NYA yang ingar dan yang beramal soleh.
Peringatan ini sangat jelas ditujukan kepada kita. Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w yang akan menyuluh hidup kita dalam meniti kegelepan. Jika kita tidak bersungguh-sungguh mengamalkannya, bahkan menyimpang pula darinya, maka bangkitlah kita dalam keadaan yang buta. Nauzubillah...
Moga kita sentiasa berusaha meningkatkan amal ibadah kita setiap hari.....
Info tambahan:
"Aku memohon agar Allah berikan Hidayah, tetapi aku lupa bahawa aku juga belum memliki Taufik"
Apa bezanya Hidayah dan Taufik?. Hidayah itu Petunjuk, manakala Taufik itu pula kekuatan untuk melaksanakan apa yang diilhamkan ALLAH.
Analogi yang mudah: "Aku sedar bahawa mendirikan solat itu indah, manisnya bersimpuh di hadapan Allah memohon keampunan, persoalannya, adakah aku berusaha untuk bangun mendirikan solat malam itu?"
"Baru aku sedar selama ini jiwa aku subur dengan Hidayah, namun hati aku ketandusan Taufik"
Dalam dunia dakwah, banyak ujiannya. Tambahan pula, menghadapi manusia akhir zaman ini amatlah mendesak jiwa seorang pendakwah itu untuk sentiasa berhati kental, tidak mudah berasa kalah dan berputus asa.
Peringatan dari Ustaz Hafiz, "Pendakwah yang betul-betul menginfakkan diri dalam masyarakat perlu sentiasa membetulkan niat sepanjang perlaksanaan usaha dakwah kerana khuatir hati berasa riak"
Info tambahan: "Sesiapa yang memelihara matanya dari melihat yang ALLAH haramkan, selamatlah dari api neraka". Mata yang akan menjadi penyuluh setiap diri dalam kehidupan seharian.
Mata kadang-kadang melihat, tetapi tak nampak aya yang dilihat. Dan, kadang-kadang juga, mata tidak melihat tetapi dia nampak apa yang tidak dilihat. Justeru, kita perlu berhati-hati dengan mata. Sentiasa memohon ALLAH agar menampakkan apa yang tidak terlihat. Semua itu, perlu ada usaha. Usaha menambahkan ilmu di dada.
Analogi mudah, akhir zaman nanti, Dajjal dengan mudahnya boleh menipu kita dan dengan mudah kita terpedaya dengan Dajjal. Semuanya bermula dari pandangan mata kerana mata yang akan mempengaruhi pemikiran kita.
Sedikit perkongsian ilmu buat tatapan sahabat-sahabat yang tidak berkesempatan untuk menyertai uzlah kali ini.
![]() |
| Mejar Zaidi mengetuai slot riadah: Survival dalam hutan |
![]() |
| Tazkirah Subuh oleh Ustaz Afif Zuhdi |
Mentadabbur ayat ALLAH dalam Surah Taha dan An-Nahl bersama Ustazah Mardziah Zakaria.
Petikan dari ayat 124: Surah Taha
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan
pertunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan
Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".
Petikan dari ayat 97: Surah An-Nahl
"Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan,
sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan
kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan
memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan".
Peringatan ini sangat jelas ditujukan kepada kita. Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w yang akan menyuluh hidup kita dalam meniti kegelepan. Jika kita tidak bersungguh-sungguh mengamalkannya, bahkan menyimpang pula darinya, maka bangkitlah kita dalam keadaan yang buta. Nauzubillah...
Moga kita sentiasa berusaha meningkatkan amal ibadah kita setiap hari.....
Info tambahan:
"Aku memohon agar Allah berikan Hidayah, tetapi aku lupa bahawa aku juga belum memliki Taufik"
Apa bezanya Hidayah dan Taufik?. Hidayah itu Petunjuk, manakala Taufik itu pula kekuatan untuk melaksanakan apa yang diilhamkan ALLAH.
Analogi yang mudah: "Aku sedar bahawa mendirikan solat itu indah, manisnya bersimpuh di hadapan Allah memohon keampunan, persoalannya, adakah aku berusaha untuk bangun mendirikan solat malam itu?"
"Baru aku sedar selama ini jiwa aku subur dengan Hidayah, namun hati aku ketandusan Taufik"
Memantapkan niat bersama Ustaz Hafiz Mustafa Lubis
Peringatan dari Ustaz Hafiz, "Pendakwah yang betul-betul menginfakkan diri dalam masyarakat perlu sentiasa membetulkan niat sepanjang perlaksanaan usaha dakwah kerana khuatir hati berasa riak"
Info tambahan: "Sesiapa yang memelihara matanya dari melihat yang ALLAH haramkan, selamatlah dari api neraka". Mata yang akan menjadi penyuluh setiap diri dalam kehidupan seharian.
Mata kadang-kadang melihat, tetapi tak nampak aya yang dilihat. Dan, kadang-kadang juga, mata tidak melihat tetapi dia nampak apa yang tidak dilihat. Justeru, kita perlu berhati-hati dengan mata. Sentiasa memohon ALLAH agar menampakkan apa yang tidak terlihat. Semua itu, perlu ada usaha. Usaha menambahkan ilmu di dada.
Analogi mudah, akhir zaman nanti, Dajjal dengan mudahnya boleh menipu kita dan dengan mudah kita terpedaya dengan Dajjal. Semuanya bermula dari pandangan mata kerana mata yang akan mempengaruhi pemikiran kita.
Menghayati Ramadhan bersama Ustaz Kamaruddin Kassim
Dalam kita menempuhi Ramadhan, pernahkah kita meletakkan standard pencapaian sebelum dan selepas? Standard ini amat penting untuk mengukur kesan ibadah puasa dalam diri kita.
Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkat, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)
Ramadhan adalah bulan yang BERKAT. Keberkatan dalam diri dapat dirasai dalam 3 standard:-
Pertama: Az-Ziadah (Pertambahan)
Kedua: As-Sa a'dah (Bahagia)
Ketiga: Ad-Dawamah (Berterusan)
Dalam ketiga-tiga standard ini, tiga hal iaitu ILMU, AMAL dan REZEKI perlu ada. Setiap muslim perlu ada pertambahan, bahagia dan berterusan dalam tahap ilmu, amal dan rezeki. Sekiranya, ketiga-tiga standard ini tercapai, maka kita tergolong dalam orang-orang yang bertaqwa. Allah s.w.t meninggikan taraf seorang hamba-NYA sekiranya berjaya menjalani ibadah puasa dengan penuh penghayatan.
Ianya jelas dalam firman ALLAH:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
.
“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan puasa ke atas kamu sepertimana telah diwajibkan ke atas orang-orang daripada sebelum kamu. Semoga kamu bertaqwa”(al-Baqarah: 183)
Rabu, Jun 11, 2014
"PENYUCIAN JIWA MENGHADAPI FITNAH AKHIR ZAMAN"
Pada 11 Julai hingga 13 Julai (Ramadhan 13 hingga Ramadhan 15), API Malaysia bersama lapngan NGO lain akan menganjurkan program Uzlah Tazkiyah di Chalet Juwitaku Sayang, Teluk Nipah, Kota Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah.
Berbeza dengan tahun lepas, modul yang digunakan iaitu "Untukmu Yang Berjiwa Hanif" lebih ringan, namun tahun ini agak luas berikutan umat Islam sekarang ditimpa ujian terus-menerus.
Antara penceramah jemputan ialah Ustaz Hafiz Mustafa Lubis dari ABIM Kedah, Ustaz Kamaruddin Kassim, Ketua Jurulatih Pertubuhan Urusetia Menangani Gejala Sosial Malaysia, Ustazah Mardziah Zakaria dari SALIMAH Pulau Pinang dan Ustaz Rosli Othman dari Persatuan Ulama Malaysia.
Untuk mendaftar: Hubungi/SMS: 0145058825 (AJK Pendaftaran)
Info tambahan:-
Program Uzlah Tazkiyah: "Penyucian Jiwa Menghadapi Fitnah Akhir Zaman" adalah salah satu program di bawah Program Mega: Kembara Ramadhan. Program Mega ini adalah anjuran bersama NGO UNGGAS Malaysia, AMANI Malaysia, API Malaysia, Kumpulan MIM BROTHERS dan Pergerakan Perkhidmatan Msyarakat USM.

Selasa, Jun 10, 2014
Rabu, Mei 14, 2014
Mohon Maaf Kerana Tidak Dikemaskini
Pihak pengelola Blog memohon maaf kerana gagal mengemaskini blog ini dari semasa ke samasa. Untuk pengetahuan, aktiviti kuliah, usrah dan keilmuan API masih berjalan secara berkala. Dan aktiviti kerja buat lapangan aktif dilaksanakan melalui jaringan lapangan-lapangan API iaitu UNGGAS Malaysia, Aman Patani dan PPM. Turun naik dalam usaha dakwah adalah adat dan merupakan ujian daripada Allah S.W.T
Teruskan Perjuangan !!. Terima Kasih.
Selasa, Disember 03, 2013
KULIAH BULANAN: BICARA ILMU BERSAMA USTAZ HAFIZ MUSTAFA LUBIS
Assalamualaikum.
Insha ALLAH pada 14 Disember 2013 (Sabtu) ini, berkesempatan untuk mendengar mutiara kata daripada murobbi, Ustaz Hafiz Mustafa Lubis.
Ayuh bersama-sama hadiri majlis ilmu ini.
Semua dijemput hadir.
Insha ALLAH pada 14 Disember 2013 (Sabtu) ini, berkesempatan untuk mendengar mutiara kata daripada murobbi, Ustaz Hafiz Mustafa Lubis.
Ayuh bersama-sama hadiri majlis ilmu ini.
Semua dijemput hadir.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya : “Apabila
kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi
ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu
Sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman Syurga tersebut? Rasulullah
berkata: Majlis-majlis ilmu. (Hadis riwayat at-Tirmizi).
- See more at: http://harithfaisal.blogspot.com/2011/01/bertamu-di-taman-syurga.html#sthash.a3ZRgRPd.dpuf
Rasululullah
s.a.w bersabda: "Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman
syurga (di atas muka bumi ini), maka endaklah kamu berhenti untuk
menikmati (hasilnya). Lalu Sahabt bertanya Apakah taman-taman syurga
tersebut. Rasulullah menjawab: Majlis-majlis ilmu."
(Hadis riwayat: at-Tirmizi)
Isnin, November 11, 2013
"HARI AKTIVISMA DAN KESUKARELAAN"
WAKE UP CALL!!
Calling all northern activists and volunteer ! Hadir dan segarkan semangat aktivisma anda.
"HARI AKTIVISMA DAN KESUKARELAAN" bersama API Malaysia serta lapangan
UNGGAS dan AMANI. Dengan kerjasama Gabungan kelab-kelab UUM.
Isnin, Oktober 28, 2013
PENCARIAN SUKARELAWAN!
Assalamualaikum.
Berminat untuk berkhidmat? Jom sertai NGO pada 16 Nov hingga
17 Nov (Sabtu dan Ahad) di Kampus UUM Sintok. Program seperti:
1) Jualan buku, baju, button badge dll (Keuntungan akan disalurkan kepada tabung Perubuhan Kebajikan Aman Patani Malaysia)
2) Pencarian sukarelawan/aktivis Pertubuhan Menangani Gejala Sosial
(UNGGAS), Pertubuhan Kebajikan Aman Patani (AMANI) dan Aktivis
Pengupayaan Insan (API)
3) Membina jaringan bersama Persatuan dan Kelab UUM
* Hubungi/SMS: 0194223850 atau PM dalam FB Klik di sini
Ahad, Oktober 27, 2013
PPMUSM bersama gelandangan sekitar Georgetown
![]() | ||||
| Penerangan dari mantan PPM, Kak Abel mengenai program-program PPM |
Kebanyakan peserta mengatakan bahawa ini adalah pengalaman mereka untuk turun berjumpa secara face to face dengan gelandangan. Sebelum ini, mereka hanya memandang dari jauh. Jadi, mereka perlu menggunakan peluang ini sebaik mungkin dalam usaha memahami pelbagai peringkat masyarakat.
![]() |
| Berkumpul di Masjid Kapitan Keling |
![]() | |
| Taklimat ringkas dari A.Amir mengenai gelandangan |
![]() | ||||||
| Masa untuk bertolak Taklimat daripada Bukhori a.k.a Pak Teh |
![]() |
| Lena dalam tidur |
![]() |
| Aktivis dari Darul Hadis rancak bersembang dengan seorang pak cik |
![]() |
| Iqmal, remaja 14 tahun yang lari dari rumah |
![]() |
| Gelandangan di KOMTAR |
![]() |
| Tidur melepaskan lelah seharian mengayuh beca |
![]() |
| Bersama Pak Cik Lagend di Lebuh Chulia |
![]() |
| Kencing manis dan bengkak hati punca bergelandangan |
![]() |
| Fokus... A.Amir menerangkan tentang perancangan Community Development |
Selasa, Oktober 08, 2013
SISWA-SISWI UITM KOTA BHARU DEKATI GELANDANGAN
Petikan mesej seorang siswi:
“kami dah tak tahu dah
nak rujuk siapa untuk program ni, kami cuma nak turun bagi makan untuk
gelandangan. Tarikh cadangan Jumaat malam (27 September).”
Pada tarikh 28 September dan 29 September, UNGGAS perlu
berada di Ipoh, Perak untuk Program Dakwah bersama IPTA/IPTS seluruh Perak.
Jadi, UNGGAS terpaksa tolak untuk membawa siswa-siswi UITM Kota Bharu mendekati
gelandangan. Turun ke lapangan gelandangan, masa yang sesuai adalah 12 tengah
malam dan ke atas kerana pada masa itu mereka akan kembali ke ‘tempat tidur’ di
sekitar Georgetown.
Petikan mesej dari UNGGAS:
“Kalau macam tu, kita
tukar tarikh ke Khamis malam (26 September)”
Penyelesaiannya, mereka setuju untuk turun pada tarikh
tersebut. Untuk makluman, mereka datang ke Pulau Pinang kerana menghadiri
program di UITM Pematang Pauh. Namun, bagi memanfaatkan masa di sini, mereka
memohon UNGGAS untuk membawa mereka mengembara ke ‘dunia’ gelandangan.
![]() | |
| Mengisi 'minyak' di sebuah restoran Nasi Kandar |
![]() |
| Mengisi 'minyak' di sebuah restoran Nasi Kandar |
![]() |
| Mesra... Sukarelawan sempat bergambar dengan mak cik yang tiada rumah ini |
![]() | |
| Tidak lama kemudian, hujan lebat membasahi bumi. Air naik hingga ke paras betis, kami tidak dapat meneruskan perjalanan kerana hujan terlalu lebat dan kilat serta guruh tidak kurang hebatnya. |
![]() |
| Abang yang mesra |
![]() |
| Pak cik yang kesejukan kerana hujan lebat |
Sepanjang kami berbual-bual bersama pak cik-pak cik di situ,
ALHAMDULILLAH kedatangan kami disambut baik. Tidak kurang juga yang berbual
panjang, menceritakan pengalaman bekerja dari satu tempat ke satu tempat. Ada
yang menolak pemberian nasi kandar yang kami berikan, sudah kenyang katanya.
Ada juga yang minta 2dua bungkus nasi. Sedap dan lapar mungkin.
Semasa kami mengedarkan makanan kepada pak cik-pak cik di
situ, kelihatan seseorang yang menghulurkan satu bungkusan plastik besar yang
isinya adalah makanan. Kelihatan encik itu adalah seorang yang berbangsa Cina.
(Persoalan yang patut ada dalam benak, halalkah makanan itu? sumbernya dari
mana?) Tetapi persoalan ini hanya perlu ada dalam benak seseorang yang
bertindak mencari jawapannya.
Alhamdulillah, sasaran kami untuk berjumpa dengan gelandangan sambil
memberi 30 bungkus nasi tercapai. Pertemuan kami berakhir sekitar jam
2.30 pagi. Moga UNGGAS dan siswa-siswi UITM Kota Bharu akan dipertemukan
lagi di program yang akan datang.
![]() |
| Moga pertemuan ini hanya detik permulaan berkenalan |
Rabu, September 18, 2013
Izinkan Aku Bermimpi!
Tidak, tidak... bukan mimpi itu,
Bukan Primadona, bukan Porsh,
Bukan Profesor, bukan Tan Sri, atau wang berjuta,
Bukan, bukan yang sebegitu,
Aku tidak sekecil itu.
Yang kuimpikan makhraja,
Pada igauan yang menghantuiku tiap malam,
Saudaraku di situ, nyenyakkah mereka?
Atau sadaraku di sebelah rumah,
Yang saban hari berfikir,
Dari getar suara anak di ICU,
Kepada getar tangan sang nelayan pinggir,
Menebar pukat pada saki baki lautan,
Apa ada harapan pada nusa ini?
Atau terus menjadi mangsa bahaman
Ketidakpedulian, Ketamakan, Kejahilan, Kegelojohan,
Dan arus Zionosma dan Waternisasi,
Sekuat arus sekularisasi, wahanisasi dan liberalisasi
Yang membaham benam umatku,
Bukan aku mahu bermimpi, tentang dunia yang seluruhnya
hijau,
Dengan derai tawa anak-anak dari pagi ke malam,
Anak yang berwarna hitam, putih, kuning dan coklat,
Tiada kesakitan, kemiskinan, kelaparan dan tiada kebodohan,
Aku tidak perlu yang itu,
Itu syurga sudah menantiku.
Aku mahu bermimpi,
Dalam derik pekik lolongan umat,
Aku mampu menghulur tangan,
Bukan satu, namun seribu tangan-tangan menghulur,
Tangan-tangan anak muda, yang kukuh dan perkasa,
Seperti bangunan yang tersusun kukuh,
Seperti kuda-kuda kencang di padang qital,
Anak-anak muda itu berdiri,
Gagah penuh hidayah,
Pedangnya selautan ilmu,
Dari Andalusia, Baghdad atau ke Aztec, Maya dan Inca,
Perisainya, hanya sanya ketaqwaan,
Disaduri kesederhanaan, diatah keikhlasan, disulami
kezuhudan,
Derap langkahnya jihad,
Nafasnya hikmah, pandangannya keadilan, lisannya kebenaran,
Aku hanya bermimpi,
Walau aku sedar mimpi sang pemuda mungkin berlainan,
Mimpi mereka tentang kereta cantik,
Yang mereka katakan padaku...
Abang, itu kuda segak untuk padang qital,
Mimpi mereka sang bidadari,
Yang mereka gambarkan pada aku,
Abg, itu mujahidah di medan dakwah,
Mimpi mereka istana kayangan,
Yang mereka ceritakan pada aku...
Abang, itu kubu para mujahid dan sekolah para ilmuan,
Mimpi mereka beralun tangan memekik perjuangan,
Abang bersuara seperti datuk yang nyanyuk... kata mereka
padaku,
Biarkan kami menarikan pedang menggetar musuh,
Biarkan kami setiap seorang menjadi panglima-panglima
agung...
Dengan kubu-kubu yang kami bina sendiri dari Masyriq ke
Maghrib,
Bagaimana bahasa lagi harus kusampaikan pada adikku ini,
Bermimpilah adikku, jangan berkhayalan,
Umat tidak berubah dengan Profesor kamu atau wang berjuta,
Hati ini tidak kan tertahan di Padang Qital,
sang bidadari memanggil sang abang
dan BARAH itu tidakkan tawar hanya dengan kamu berseorangan,
mengetuk-ngetuk rostrum meretorikkan perjuangan,
Aku bermimpi adikku,
Tangan-tangan pemuda yang kukuh itu,
Sedang menanam dalam, cerucuk tiang seri keimanan umat,
Sambil menyusun batu-batu ketamadunan, satu demi satu,
Melalui lisan kesedaran, para keilmuan,
Menyulam atap rumbia ketaqwaan umat,
Menutup kejahilan, kegelisahan, ketamakan dan kebobrokan,
Tersusun, penuh berseni dan tidak tampak mereka keletihan,
Yakinlah adikku,
Musuh itu tidak langsung gentar pada bilanganmu,
Atau keras gamat pekikmu,
Atau Angkasawan.com yang kamu miliki,
Yakinlah adikku, teratak yang kita bina ini,
Bukan hanya untuk hari ini,
Juga untuk mereka di masa-masa hadapan,
Aku belum bermimpi tentang Mahdi, atau Isa anak Maryam a.s.
Bukan juga bermimpi tentera, menggempur Yakjuz dan Makjuz,
Membenamkan sang Dajjal dari kedurjanaan,
Tetapi izinkan aku, dan tidak salah aku bermimpi,
Dari redup bayang, keringat islah dan dakwah ini,
Yang membasah bening anak-anak muda ini,
Kalau tidak pun lahir dari tangan ini,
Namun biarlah ia bersusur galur dari tangan dan lisan ini,
Sekumpulan pemuda yang muncul entah dari mana,
Memegang bendera-bendera hitam,
Menjulang ketinggian agama... setinggi-tingginya,
Aku sekadar mahu bermimpi,
Ya Rabbul Jalla Jallalah,
Menggantikan igauan yang mengganggu,
Saban siang dan malam,
Setidak-tidaknya,
Bisa ku turap lubang-lubang kejahilan,
Bisa ku rawat sakit bisa kemiskinan, kemelaratan,
Bisa ku mampu berkubu pada asakan korupsi dan kebinatangan,
ketamakan,
Sedang aku merindui,
Bahawa kekasihMU Muhammad (SAW) hadir dalam mimpi ini,
Sehingga aku tidak perlu bermimpi lagi,
Namun izinkan aku bermimpi Ar Rahman,
Bahawa lahirlah pemuda-pemuda ini,
Menjulang API kebangkitan umat,
Menyambung risalahMu Ya Mustafa,
Selepas berlalu mereka sebelum kami,
Omar Al-Khattab, Al-Syafiee, Al-Ghazali, Salahuddin Al
Ayubi, Abduh,
Muhammad Ibn Wahab, Hassan Al-Banna, Shariati, Allama Iqbal,
Buya Hamka, Syeikh Yassin....
Dan mereka-mereka di kalangan yang terpilih di jalanmu,
Ku redupkan mataku Ya Rahim,
Agar mimpi itu bisa hadir,
Agar dapat ku tempa
Zama'shari
Abu Saif Al Mahshari
(Ramadahan-Syawal 1428H)
Rabu, Ogos 28, 2013
AMBANG MERDEKA 2013: OPS SAYANGI REMAJA
"Hari Kemerdekaan 31 OGOS 2013 bakal tiba, tarikh
keramat bagi MALAYSIA.
Jika pejuang kemerdekaan mengalirkan air mata kemenangan
tatkala menggamit memori lama, kepayahan, keperitan sehinggalah tiba MALAYSIA
melaungkan MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!,
![]() |
| Merdeka! Merdeka! Merdeka! |
Bagaimana pula PARA REMAJA menterjemahkan perasaan mereka
tanda kesyukuran MALAYSIA mendapatkan kemerdekaan tarikh tersebut?"
Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS Malaysia) bersama
TERAS akan turun ke lapangan bersama sukarelawan terlibat untuk menyaksikan
sendiri senario Malam Countdown Kemerdekaan 2013:-
Butiran program:
Tarikh: 30 Ogos 2013 (JUMAAT)
Tempat berkumpul: Masjid Sultan Muzaffar Syah, Sungai
Petani, Kedah.
Jam: 9.00 Malam
* Sebarang pertanyaan, sila hubungi Afifa (0194223850) atau
Asti Toba (0134451037)
* Sukarelawan UNGGAS yang berada di sekitar KEDAH dan
P.PINANG sangat dialu-alukan untuk menyertai program ini.
| Remaja yang didekati |
| Seorang dai' mestilah tahu dan mahir 'hemoi' |
Rabu, Ogos 21, 2013
HIJRAH: MENUJU SINAR BARU
Zina? Dadah? Ragut? Rogol? Berita kes-kes ini tidak terlepas daripada menjadi halwa telinga kita pada setiap hari. Jika bukan melalui televisyen atau radio, pasti ia menjadi perbualan ahli keluarga, sahabat handai dan rakan sekerja.
Persoalannya, jika kita terdengar atau terbaca kes-kes melibatkan remaja berumur bawah 18 tahun, apakah taggapan kita terhadap mereka? Sememangnya remaja yang ditahan di bawah kes juvana harus dipantau oleh ibu bapa terutamanya dan pihak-pihak berkaitan. Mereka perlu didekati secara berhemah supaya pendekatan yang diambil bukan dilihat seolah memaksa, tetapi lebih kepada ambil berat.
Justeru, atas usaha untuk membantu mereka mencari sinar baru kehidupan, UNGGAS MALAYSIA bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM Alor Setar) akan menganjurkan program pemulihan. Program ini diharap dapat memberi kesan kepada peserta yang terlibat. Insha-Allah.
Butiran program:-
Tema : "HIJRAH: Menuju Sinar Baru"
Tarikh : 24 Ogos 2013 hingga 25 Ogos 2013
Tempat : Ken D Tepus, Mukim Wang Tepus, Jitra, Kedah
Sasaran : 20 remaja lelaki dan 20 orang ibu@bapa
Button badge yang akan dipakai peserta program
|
"Maka apakah orang yang dijadikan (syaitan) menganggap baik pekerjaannya yang buruk lalu dia meyakini pekerjaan itu baik, (sama dengan orang yang tidak ditipu oleh syaitan)? Maka sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya; maka janganlah dirimu binasa karena kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".
QS. Fatir [35] : 8
"Ya ALLAH, kami telah menzalimi pada diri kami sendiri, jika ENGKAU tidak ampuni kami dan merahmati kami tentulah kami menjadi orang yang rugi".
|
Selasa, Julai 30, 2013
Lambaian Kenangan Akademi Dakwah 2009
Akademi Dakwah merupakan salah satu program lapangan dakwah di bawah API Malaysia yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai isu masyarakat. Antaranya ialah isu gejala sosial, isu konflik antarabangsa, isu kepenggunaan, isu alam sekitar dan isu pemikiran.
Semasa akhir program, peserta diminta untuk memberi maklum balas mengenai sepanjang perjalanan program. Hasil daripada maklum balas tersebut, seorang peserta menterjemahkan perasaannya dalam bentuk puisi.
Tingkat 4 dan 5 Central Square, Sungai Petani,
dibanjiri anak-anak muda mentah untuk mengisi kekosongan jiwa,
Mereka cuba mencari makna hidup disebalik budaya Punk, Skin Head, Black Metal, Gothic dan Shuffle,
Mereka mencari ketenangan dengan melalak dalam karaoke jamban, melanggah arak, main snooker, hidu gam dan bermadu kasih di sana.
Kata kita, "Ini kerja penguatkuasa!!!"
Apabila Daie berehat...
"Islam tak pa, tak Islam pun tak pa.." ujar seorang warga Kg. Orang Asli di Kuala Mu.
Masyarakat minoriti ini bukan sahaja jauh daripada pembangunan dan kemajuan teknologi maklumat, bahkan jauh dari Islam.
Ada dalam kalangan mereka mengaku Islam namun dalam masa yang sama tangan cekap mengusap anjing.
Kata kita, "Nanti Daie lain lah buat!!!"
Apabila Daie berehat...
Penduduk Mukim Singkir, Yan berperang dengan K.S Chin Minerals Sdn.Bhd. dan Kemelong Engineering&Sankojaya Construction Sdn.Bhd.
Isu pertelingkahan tentu sahaja tentang kuari Jerai.
Keselamatan penduduk kampung berdekatan terancam sejak kuari ini beroperasi.
Antaranya banjir lumpur, penyakit (akibat debu kuari) dan retakan rumah.
Bukan itu sahaja, kuari ini sebenarnya beroperasi di kawasan hutan yang dilabel Kawasan Sensatif Alam Sekitar (KSAS), kawasan yang sepatutnya dipelihara rapi.
Kata kita, "Aik! Isu kuari Jerai ini pun kerja Daiekah?"
Apabila Daie berehat...
Penduduk kampung Tanjung Tokong terkontang kanting,
dibiarkan tanpa pembelaan apabila tanah mereka sedikit demi sedikit direbut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Alasan yang diberikan oleh pihak tersebut adalah tanah itu diambil untuk pembangunan.
Namun pembangunan yang sepatutnya menjaga hak, hakikatnya menodai hak.
Kata kita, "Ini bidang tugas orang politik!!!"
Apabila Daie berehat...
"Ubat ini halal atau tidak?", "Gelatin ini umat Islam boleh makankah?", "Kasut ini dibuat daripada kulit apa?",
Isu halal haram terus dibangkitkan dari hari ke hari.
Kata kita, "CAP dan PPIM kan ada!!!"
Apabila Daie berehat...
Chik Salleh, 112 tahun terbongkok-bongkok menjirusan air pada tubuh cucunya yang sudah berusia 52 tahun.
Di gubuk yang sudah hampir roboh di tapak tanak rizab kerajaan Felda Bukit Tembaga Daerah Kuala Nerang, Kedah. Chik Salleh dan cucunya yang lumpuh sejak lahir itu tinggal.
Hidupnya yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tidak mendapat perhatian sewajarnya.
Kata kita, "Orang miskin bukan di bawah tanggungjawab daie!!!"
Apabila Daie berehat...
Kemusnahan hutan bakau di persisiran pantai semakin menjadi-jadi.
Pengeksploitasian sumber biodiversiti yang tidak terkawal seperti penerokaan kawasan paya bakau untuk pembangunan, ternakan ikan dalam sangkar, ternakan udang, perindustrian, perbandaran dan pembuangan sisa kimia oleh kapal dan bot nelayan telah mengancam ekosistem paya bakau.
Kata kita, "Sudahlah! Kerja Daiekah ini?"
Apabila Daie berehat...
"Kami perlukan bantuan kamu," ujar seorang mujahiddin dari Pattani kepada seorang mubaligh Kristian. Dalam terpaksa di amohon bantuan dari mereka yang tidak seagama dengannya namun sudi turut membantu.
Apa boleh buat tiada saudara seagama yang serius membantu.
Kata kita, "Iman tidak cukup tinggi lagi hendak pergi berjuang di sana!!!"
Apabila Daie berehat...
Lambakan kes-kes di mahkamah syariah terutamanya yang melibatkan wanita tertangguh.
Bukan sehari dua, bukan sebualn dua. Tetapi setahun dua bahkan ada yang lebih lama. Muncul heroin yang mneggelar diri mereka sebagai Sisters In Islam (SIS). Para daie mula gelabah.
Kata kita, "Haramkan SIS!!!"
Apabila Daie berehat...
"Tiada unsur ketuhanan dalam matematik," ujar seorang pelajar matematik.
Tuhan itu hanya terdapat dalam subjek agama. Subjek-subjek sains ini kosong dari mengingatkan kita kepada tuhan. Fahaman sekular ini mula menjangkiti bidang pendidikan.
Malunya saya hendak mengakui diri sebagai daie sedangkan kerja dibuat bermusim.
Ya Allah, kuatkan diri ini di atas jalan yang telah daku pilih ini.
Kerja kita masih banyak!
Jangan berehat wahai daie!!!!
Hasil nukilan: Siti Munirah Abdul Rashid
Semasa akhir program, peserta diminta untuk memberi maklum balas mengenai sepanjang perjalanan program. Hasil daripada maklum balas tersebut, seorang peserta menterjemahkan perasaannya dalam bentuk puisi.
APABILA DAIE BEREHAT
Apabila Daie berehat...Tingkat 4 dan 5 Central Square, Sungai Petani,

"Siapa Mereka Di Hati Kita?"
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Program Ramadhan Discovery 2.0 kali ini terlaksana seperti yang dirancang. Seramai 44 sukarelawan (19 sukarelawan UTP, 20 sukarelawan Darul Hadis, 4 sukarelawan UUM, Seorang USIM) yang menyertai misi menyantuni gelandangan sekitar Georgetown. Jom bersama-sama menyelusuri perjalanan sepanjang program.
|
Barang
keperluan (buah, biskut, air kotak, baju) dimasukkan ke dalam ‘goodie bag’
|
|
Pembahagian
kumpulan
|
|
Bertaaruf
sebelum bertolak ke lapangan
|
|
Masa
untuk bertolak ke Georgetown
|
| Sesi taklimat oleh Bukhori (Pak Teh) |
|
Pak
cik – pak cik sabar menanti nombor kuponnya dipanggil
|
| Sesi membahagikan 'goodies bag' mengikut nombor kupon gelandangan |
Langgan:
Catatan (Atom)