Khamis, Julai 04, 2013

SIAPA MEREKA DI HATI KITA?

~Ramadhan merupakan bulan yang berbeza dalam 'scene' gelandangan di Georgetown. Fakir miskin akan hadir dari tempat sejauh Baling dan Taiping membawa keluarga mereka tidur dijalanan.~

~Ramadhan kita bermakna tatkala berbuka puasa dengan makanan yang enak bersama keluarga, namun Ramadhan mereka bermakna tatkala menerima makanan daripada insan lain untuk berbuka~

Seperti tahun sebelumnya, Aktivis Pengupayaan Insan (API MALAYSIA) akan turun ke lapangan menyaksikan realiti segelintir masyarakat dalam mencari “kesenangan” di bulan Ramadhan. “Kesenangan”  mereka  berbeza ertinya berbanding insan lain.

Memahami mereka mampu mengajar erti kesyukuran


Butiran program:-
Tarikh                    : 26 Julai 2013/18 Ramadhan 1434 (Jumaat)
Tempat                  : Sekitar Pulau Pinang
  •  Penyertaan amat dialu-alukan
  •  Sumbangan (wang tunai/derma/material/makanan dll)
  • Sumbangan wang tunai boleh disalurkan ke dalam akaun, API MALAYSIA: 07140000118104 (CIMB Islamic)
  •  Keterangan lanjut/Pendaftaran penyertaan: 0194223850 (Afifaliza)

“Jangan biarkan Ramadhan anda berlalu sepi”

"Bila kiamat telah tiba, andai ditanganmu biji kurma, usah ragu untuk menanamnya, kerana ALLAH tidak menilai hasilnya, tetapi usaha yang kamu serahkan".

BLESSING RAMADHAN: "Perjalanan Perjuangan, Rohani, Kebajikan dan Silatulrahmi"

UMAT ISLAM bakal menemui RAMADHAN, namun bersediakah kita menyambutnya?

Sebagai sebuah NGO yang bermatlamatkan pembangunan jiwa insan serta masyarakat, Aktivis Pengupayaan Insan
(API MALAYSIA) bersama Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS MALAYSIA), Pertubuhan Kebajikan Aman Pattani (AMANI MALAYSIA) akan menganjurkan sebuah program MEGA iaitu BLESSING RAMADHAN. Antara programnya ialah:-

1) Uzlah Tazkiyah (Kem Pemantapan Jiwa Aktivis)
1) Program beri makanan kepada gelandangan dan fakir miskin (Siapa Mereka di Hati Kita?)
3) Ifthar bersama keluarga mangsa konflik di Pattani


* Untuk keterangan lanjut/sumbangan/infak/zakat serta penyertaan, boleh hubungi/sms Afifa (0194223850).


"Bila kiamat telah tiba, andai ditanganmu biji kurma, usah ragu untuk menanamnya, kerana ALLAH tidak menilai hasilnya, tetapi usaha yang kamu serahkan".

Jumaat, November 30, 2012

Siri Bengkel Aktivisma Kelas Ke-2



Jemput hadir ke Siri Bengkel Aktivisma kelas ke-2. 

Kali ini akan membincangkan Strategi Hemoi, Mengenali Isu & Permasalahan, Dan Mengenali Sumber Isu. 

Sabtu, 1 Dis 2012.

Serambi Dakwah, Lorong Bagan Lalang 22, Tmn Bagan Lalang. Butterworth. 

9.30 pg. 

Sebarkan Kepada Mereka Yang Prihatin.




Selasa, November 20, 2012

BENGKEL AKTVISME BERSIRI

Pernah terfikir apa yang boleh kita buat jika; ada kes keluarga miskin anaknya dipaksa melacur? ibubapa dan ahli keluarga prihatin mencari pusat pemulihan berkualiti untuk pemulihan anak terjebak gam, arak, dadah? didepan mata ada kes-kes remaja (pemimpin masa depan) yang disogok seks bebas termasuk seks songsang. terserampak dengan isu-isu masyarakat marhain seperti gelandangan, rakan dari negara jiran mohon bantuan untuk menyokong perjuangan mereka? Dan lain-lain.

  "KITA SAMA-SAMA BELAJAR JADI AJEN PERUBAHAN"


 Tempat : Serambi Dakwah, Lorong Bagan Lalang 22, Taman Bagan Lalang, 13400 Butterworth, Pulau Pinang.
 Masa    : 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.
 Tarikh   : Siri 1  ( 17 November 2012 )
                Siri 2 (  01 Disember  2012 )
                Siri 3 ( 15 Januari       2013 )
                Siri 4 ( 19 Januari       2013 )
                Siri 5 ( 02 Febuari      2013)

Kandungan Bengkel : 

1) aktivisma dengan kesedaran
2) hemo hemoi
3) membezakan isu dan masalah & pemantauan media
4) survey, pemetaan setempat & analisa data
5) advokasi dan ekspressi
6) advokasi media
6) surat, laporan dan urusan rasmi
7) merancang plan strategik
8) asas fasilitator & kaunseling
9) VIPP (visualization in parsipatory program)
10) membina organizasi dan mengumpul dana 



Ahad, Oktober 21, 2012

Forum Bersama Ulama' - Hukum Hudud:Konsep Dan Penghayatan

JEMPUTAN KE FORUM BERSAMA ULAMA' : HUKUM HUDUD - KONSEP DAN PENGHAYATAN


Bersama Panel :
1. Dr. Wan Salim bin Wan Mohd. Noor (YDP PUMPP)
2. Dato' Haji Salleh bin Ahmad (Ahli Majlis Fatwa P. Pinang)
3. En. Munir Faeed (Peguam Syar'ie)

Pada : 24 Okt. 2012 (Rabu)
Jam  : 7.30 malam
Di   : Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Program adalah anjuran Persatuan Ulama' Malaysia Pulau Pinang (PUMPP)

Perhubungan :
Saudara Amir +6013-7069509
Saudara 'Izzat +6013-4025570

Mohon disebarkan...


Khamis, Oktober 11, 2012

USRAH MUROBBI OKTOBER 2012

Usrah Murobbi bulanan datang lagi. Jom sama-sama kita isi kelompangan hati dan waktu yang terluang dengan sama-sama mengikuti kupasan buku Bahtera Penyelamat - Dalam Kehidupan Pendakwah Karya Fathi Yakan. KArya ini akan dikupas sendiri oleh Pengerusi API Malaysia. Bila usrah ini akan diadakan? Usrah ini akan diadakan pada 12 Oktober 2012. Kupasan buku ini akan berlangsung pada jam 8.30 malam di Surau Plaza Ivory, Bukit Gambier, Pulau Pinang. Jom sama-sama kiita imarahkan majlis ilmu.

usrah murobbi Oktober 2012