Selasa, Julai 30, 2013

"Siapa Mereka Di Hati Kita?"

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Program Ramadhan Discovery 2.0 kali ini terlaksana seperti yang dirancang. Seramai 44 sukarelawan (19 sukarelawan UTP, 20 sukarelawan Darul Hadis, 4 sukarelawan UUM, Seorang USIM) yang menyertai misi menyantuni gelandangan sekitar Georgetown. Jom bersama-sama menyelusuri perjalanan sepanjang program.




Barang keperluan (buah, biskut, air kotak, baju) dimasukkan ke dalam ‘goodie bag’
  


Pembahagian kumpulan


Bertaaruf sebelum bertolak ke lapangan


Masa untuk bertolak ke Georgetown

Sesi taklimat oleh Bukhori (Pak Teh)


Pak cik – pak cik sabar menanti nombor kuponnya dipanggil
                                                                                 

 
Sesi membahagikan 'goodies bag' mengikut nombor kupon gelandangan

Sesi resolusi  diketuai Sdr NurFitri Amir (YDP API Malaysia)
  

Alhamdulillah. Program tamat pada 10pm. Pelbagai maklum balas yang diberikan oleh sukarelawan. Paling penting RD merupakan pengalaman yang sukar dilupakan. Insha Allah RD akan bertemu lagi pada Ramadhan akan datang.





 

Khamis, Julai 04, 2013

SIAPA MEREKA DI HATI KITA?

~Ramadhan merupakan bulan yang berbeza dalam 'scene' gelandangan di Georgetown. Fakir miskin akan hadir dari tempat sejauh Baling dan Taiping membawa keluarga mereka tidur dijalanan.~

~Ramadhan kita bermakna tatkala berbuka puasa dengan makanan yang enak bersama keluarga, namun Ramadhan mereka bermakna tatkala menerima makanan daripada insan lain untuk berbuka~

Seperti tahun sebelumnya, Aktivis Pengupayaan Insan (API MALAYSIA) akan turun ke lapangan menyaksikan realiti segelintir masyarakat dalam mencari “kesenangan” di bulan Ramadhan. “Kesenangan”  mereka  berbeza ertinya berbanding insan lain.

Memahami mereka mampu mengajar erti kesyukuran


Butiran program:-
Tarikh                    : 26 Julai 2013/18 Ramadhan 1434 (Jumaat)
Tempat                  : Sekitar Pulau Pinang
  •  Penyertaan amat dialu-alukan
  •  Sumbangan (wang tunai/derma/material/makanan dll)
  • Sumbangan wang tunai boleh disalurkan ke dalam akaun, API MALAYSIA: 07140000118104 (CIMB Islamic)
  •  Keterangan lanjut/Pendaftaran penyertaan: 0194223850 (Afifaliza)

“Jangan biarkan Ramadhan anda berlalu sepi”

"Bila kiamat telah tiba, andai ditanganmu biji kurma, usah ragu untuk menanamnya, kerana ALLAH tidak menilai hasilnya, tetapi usaha yang kamu serahkan".

BLESSING RAMADHAN: "Perjalanan Perjuangan, Rohani, Kebajikan dan Silatulrahmi"

UMAT ISLAM bakal menemui RAMADHAN, namun bersediakah kita menyambutnya?

Sebagai sebuah NGO yang bermatlamatkan pembangunan jiwa insan serta masyarakat, Aktivis Pengupayaan Insan
(API MALAYSIA) bersama Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS MALAYSIA), Pertubuhan Kebajikan Aman Pattani (AMANI MALAYSIA) akan menganjurkan sebuah program MEGA iaitu BLESSING RAMADHAN. Antara programnya ialah:-

1) Uzlah Tazkiyah (Kem Pemantapan Jiwa Aktivis)
1) Program beri makanan kepada gelandangan dan fakir miskin (Siapa Mereka di Hati Kita?)
3) Ifthar bersama keluarga mangsa konflik di Pattani


* Untuk keterangan lanjut/sumbangan/infak/zakat serta penyertaan, boleh hubungi/sms Afifa (0194223850).


"Bila kiamat telah tiba, andai ditanganmu biji kurma, usah ragu untuk menanamnya, kerana ALLAH tidak menilai hasilnya, tetapi usaha yang kamu serahkan".