Selasa, Disember 13, 2011

KELAS RAKYAT DIDIKAN SERAMBI




Alhamdulillah, semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah. Flyers tentang kelas percuma ini telah diedarkan dari rumah ke rumah di kawasan Bagan Lalang, biasalah ada yang menyokong dan ada juga yang memfitnah itu dan ini tentang usaha kita ini. Namun hampir semua penduduk menyokong kecuali beberapa pakcik yang prejudis terhadap keberadaan kita di Serambi Dakwah yang kononnya ada agenda politik. Sebelum itu, biar saya ceritakan tentang projek kita ini.



Nama: Kelas Rakyat Didikan Serambi

Objektif:
1) menjadi satu platform kepada aktivis untuk aktif hadir ke Serambi Dakwah. Jika tidak dapat mengajar sekalipun, dengan program ini, akan sentiasa ada org di SD dan sesiapa pun boleh datang ke sini untuk berkongsi cerita, idea dan semangat.

2)merapatkan jurang penduduk setempat dengan Serambi Dakwah dan juga mendidik anak-anak sekitar serambi dengan didikan yang baik secara tidak formal.

Kaedah:
setiap hari daripada jam 4.30 ptg (solat asar) hingga 7.30 (maghrib) SD akan dibuka kepada sesiapa sahaja remaja / kanak-kanak untuk datang belajar di SD secara percuma. Jadual akan disediakan. Kaedah pengajaran adalah santai tidak ikut silibus sekolah tetapi lebih kepada menjawab atau memberi persoalan kepada pelajar agar mereka lebih berfikiran terbuka dan matang. Yang penting semua subjek mesti dikaitkan dengan agenda islamisasi.

Contoh:

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris: boleh buat pertandingan pidato, hafal simpulan bahasa, kaedah komunikasi dll. pelajar juga boleh membawa buku latihan dari rumah untuk diajukan apa -apa soalan kepada guru macam konsep klinik.

Matematik : kaedah mudah hafal sifir, cara kira jam ikut 24 jam@12 jam, latihan matematik mudah dll.

Sejarah: sesi bercerita penglipur lara yang penuh dengan ibrah.

Sains: boleh ajar beberapa teori ringkas sains dan al-quran, kalau tak ada idea boleh ajar dengan video harun yahya dll.

fardhu ain: setiap kali sebelum maghrib, buat praktikal solat, ambil wuduk dll.

Dana: kawan kita Iskandar sedang cuba untuk memohon daripada pusat urus zakat untuk peruntukan mengajar fardhu ain dan kelas akademik. Jika ada kewangan, sekali sekala kita boleh buat aktiviti sukan atau perayaan kepada pelajar. Juga sedang disahakan khemah, kerusi dan meja untuk memudahkan mengajar di luar yang lebih luas kawasannya.

Jadual:

kita memerlukan sekurang -kurang nya tiga guru untuk satu subjek untuk memudahkan handle budak-budak dan juga sebagai 'back-up' jika ada yang tidak dapat hadir.
Setiap hari boleh diadakan satu subjek akademik iaitu sesi pertama daripada jam 5 ptg - 6.30 ptg. selepas jam 6.30 ptg boleh terus buat kelas fardhu ain setiap hari.

'Hopefully' korang berminat untuk terlibat. Kalau korang rasa ada email kawan-kawan atau orang yang korang rasa berminat, silah forward kepada mereka terutama pelajar-pelajar universiti / kolej. ok.

Kelas telah pun bermula. :) Setakat ini, ada 30 ahli yang mendaftar untuk belajar di sini.

2 ulasan:

Asti berkata...

Ada tak sesapa nak jadi sukarelawan untuk mengajar adik2 kita nie?

Ibnu Batutah berkata...

Ilmu itu ada nilai.Kalau selalu diberi percuma hilanglah nilai.Percuma kepada mereka yang benar-benar tidak mampu.