Rabu, Ogos 01, 2012

Ramadhan Discovery : Siapa Mereka Di Hati Kita (penemuan mengejutkan)




PENDEDAHAN EKSKLUSIF 
HOMELESS vs PADERI KRISTIAN


Semasa Kami menjalankan program mengumpul Database Warga Jalanan untuk program kerjasama bersama Lapangan API iaitu UNGGAS Malaysia (maklumat lanjut http://sinarloronggelap.blogspot.com/2012/07/kutipan-databse-homeless-sekitar-masjid.html), kami terdengar perbualan diantara 2 orang 'Pelancong*' dengan seorang pengayuh beca yang tidak berumah
yang juga turut ingin mendaftarkan diri dalam Database kami.

Apa yang mengejutkan kami, 2 orang 'Pelancong*' tadi memberikan ceramah Agama Kristian secara terbuka kepada Pak Cik tadi.

"2 Paderi ini Menyamar sebagai Pelancong dan menyogok Pak Cik dengan RM50 dan berkata Jesus itu betul dan Muhammad tidak betul, mereka akan datang esok untuk mem baptis kan saya, saya mengelak dan mengatakan tiada air dan tidak berminat"- Ulas Pak Cik Pembawa beca.

Menurut Makluman dari IPSI pada bulan Ramadhan ini mereka [Paderi Kristian] menjalankan modus operandi menyebarkan Dakwah Kristian secara terang-terangan, mereka menjemput masuk Paderi dari Filipina dan Juga Jawa yang fasih berbahasa melayu. Mereka dengan bersahaja mendekati remaja muslim yang sedang berbuka di restoran dan bertanya "Kenapa anda berpuasa." -terang Salah seorang NGO IPSI


2 Paderi yag sedang menyebarkan Dakwah Kristian Kepada Pak cik pembawa beca yang tidak berumah. Mereka membawa brosur dan mengedar kepada gologan sasaran mereka.


Apa yang pihak kami khuatiri, golongan Warga jalanan yang dibelenggu kesempitan hidup ini mungkin tergoda dengan tawaran wang ringgit yang disogok Paderi ini dan boleh mengoyahkan Aqidah mereka dan menjadi Mangsa taktik Dakwah Kotor Paderi Kristian ini.

Selasa, Julai 17, 2012

Uzlah Tazkiah 2012 : Bahagiakan Hatimu


Hari untuk ilmu, kerja amal dan muhasabah...


Assalamualaikum...

Dijemput kalian sahabat-sahabat ke Uzlah Tazkiyyah Ramadan API 2012 ~ Bahagiakan Hatimu ~
pada 27 - 29 Julai 2012 (7 - 9 Ramadan 1433H) di Homestay Junjung, Kulim, Kedah.

Antara slot dalam Uzlah kali ini ialah :
1. Kuliah kupasan Buku "Bahagiakan Hatimu" karangan Ibnu Qayyim Al-Jauziyah
2. Sahur dan Iftar Jamaie
3. Qiamullail
4. Gotong-royong membersihkan perkuburan
5. Ziarah warga emas
6. Berukhwah fillah.

Infak peserta : RM20

Berminat?
Sila hubungi :Zaidi (013-2614371)     Syazwani (019-8932552)

Sebarkan.

Jazakumullahu khair.
 
Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Isnin, Mac 05, 2012

UPDATE: Seminar Pemikir Muda: Demokrasi Dan Hak Asasi Manusia, Konsep Dan Perlaksanaannya.


DIMAKLUMKAN, PROGRAM INI TELAH DISPONSOR SEPENUHNYA, OLEH ITU YURAN PROGRAM TELAH DIBATALKAN.

INSYA'ALLAH, KITA AKAN TERUSKAN PROGRAM BERBENTUK DIALOG INI DIMASA AKAN DATANG. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG BERUSAHA KERAS MENJAYAKAN PROGRAM INI.

"PEMBINAAN KETAMADUNAN BERMULA DENGAN KEMANTAPAN 
PEMIKIRAN DAN AKIDAH"



1. Apa Yang Ada Tahu Tentang Demokrasi Dan Hak Asasi Manusia? 



“Kerana kebebasan dan kesetaraan didokong sebagai prinsip penting, Negara progresif mestilah terbuka kepada pluralisme dan kepelbagaian di dalam budaya, agama dan cara hidup untuk rakyatnya. Kesan daripada pendirian itu ialah satu Negara progresif itu mestilah sekular. 
 Sekular ini bukan bermaksud anti-agama, istilah sekular ini untuk bermakna pemisahan atau penceraian agama daripada hal-hal pemerintahan dan kuasa. 
 
Hal ini juga tidak bermaksud bahawa agama dipinggirkan secara total. Agama boleh hadir di ruang awam dan ruang politk, tetapi undang-undang Negara mestilah menjaga prinsip kebebasan dan kesetaraan untuk semua.” 


– Islamic Renaissance Front

"kami telah pun menjelaskan bahawa idea hak asasi manusia (HAM) adalah idea kufur yang datangnya dari Barat. Begitu juga dengan idea kebebasan (freedom) yang lahir dari sistem demokrasi, kesemuanya adalah idea kufur yang dibawa oleh Barat ke dunia Islam. Idea hak asasi manusia dan kebebasan yang dilaungkan atas nama demokrasi adalah bencana kemanusiaan yang paling mengerikan yang menimpa seluruh umat manusia sejak runtuhnya sistem Islam dan diganti dengan sistem demokrasi. Idea ini telah menjunamkan darjat dan martabat manusia di negara-negara demokrasi sampai ke tahap yang lebih hina daripada binatang! Demokrasi yang membawa empat jenis kebebasan (beragama, bersuara, berpemilikan dan bertingkah laku) adalah idea kufur buatan manusia yang bercanggah seratus peratus dengan Islam." 

 - Hizbut Tahrir Malaysia


"Kita perlu faham bahawa kita tidak menolak kemajuan, hak asasi yang membawa kebaikan, dan ekonomi yang baik untuk dikongsi bersama semua golongan masyarakat. Namun dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama dan akhlak, kita perlu mempertahankan soal ini sedaya upaya kerana telah terbukti kita mempunyai cara atau sistem yang lebih baik daripada mereka. Mereka menafsirkan semula al-Quran berasaskan pemikiran dan pemahaman mereka yang kebanyakan tidak selari. Mungkin pada asalnya elok tetapi ia berakhir dengan penekanan yang berat sebelah dan hanya berdasarkan apa yang mereka mahu. Apatah lagi mereka perjuangkan berlandaskan hak asasi dan kebebasan yang keterlaluan dan akhirnya ia menjurus kepada kekeliruan. Oleh itu saya menekankan supaya kefahaman umat Islam mengenai agama perlu dimantapkan supaya mereka boleh membezakan yang mana betul dan yang mana keliru."

- Himpunan Keilmuan Muslim

Adakah anda bersetuju dengan mereka? Ingin bersoal jawab?


2. Apa Yang Anda Tahu Tentang Isu-isu Demokrasi Dan Hak Asasi Di Malaysia, Indonesia Dan Thailand?


Ranking Kebebasan Media melalui Reporters Without Borders:

Malaysia   : 124
Thailand   : 137
Indonesia : 146


Isu-isu Melalui Human Right Watch:

Malaysia : 

Detention without Charge or Trial, Migrant Workers, Refugees, Asylum Seekers, and Trafficking Victims, Drug Policy, Freedom of Expression and the Media, Freedom 0f Assembly and Police Abuse, Sexual Orientation and Gender Identity, Due Process and Trial of Anwar Ibrahim, Freedom of Religion.


Indonesia :

Freedom of Expression, Military Reform and Impunity, Freedom of Religion, Sexual Orientation and Gender Identity, Papua/West Papua, Aceh, Migrant Domestic Workers, Child Domestic Workers, Migration and Refugees.

Thailand:
Political Violence, Emergency Decree Detention, Repressions of Media Freedom and Freedom of Expression, Abusive Anti-Narcotics Policy, Violence and Abuses in the Southern Border Provinces, Refugees, Asylum Seekers, and Migrant Workers, Human Rights Defenders.

Apakah yang dilaporkan benar? Apakah perspektifnya sahih dari sudut pandang Islam? Ingin bersoal jawab?

Jumaat, Mac 02, 2012

MEMBANTAH GERAKAN UNTUK MENERIMA DAN MENYEBARLUASKAN KANDUNGAN RESOLUSI 17 JUN 2011, PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU BERKENAAN ORIENTASI SEKSUAL & IDENTITI GENDER DAN HAK KEBEBASAN BERAGAMA

Pada 17 Jun 2011, Majlis Hak Asasi Manusia (HAM) Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu telah meluluskan suatu resolusi berkenaan apa yang didakwa sebagai pencabulan hak asasi manusia berdasarkan orientasi seksual dan identiti gender. Walaupun mendapat sokongan yang kecil (hanya 23 negara yang menyokong), resolusi ini telah diluluskan dan bakal menzahirkan akibat yang sangat besar terhadap kelangsungan tamadun manusia dan kehidupan beragama. Resolusi ini terhasil dari tafsiran yang dangkal dan dimanipulasi mengenai fitrah seksual manusia, norma-norma kehidupan beradab serta menafikan peranan dan pengaruh agama di dalam kesejahteraan manusia. Resolusi tersebut meletakkan golongan LGBT di tempat yang salah, dengan memberikan pengiktirafan yang mengelirukan kepada mereka tanpa menyelesaikan permasalahan sebenar mengikut lunas agama dan nilai-nilai sebenar kemanusiaan.